Awang dan Tempurung Kaca

Hari ini akan diadakan pilihanraya untuk memilih badan tertinggi Kelab Umno
Volgograd..Kepada yang bertanding,semoga berjaya..kepada pihak yang terlibat
menjayakan pilihanraya ini,tahniah diucapkan..terutamanya kepada pihak
SPR..untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.umnovolgograd.blogspot.com/ ..jangan
tanya aku,sebab aku tak pergi mengundi pun..umno no
more.
eheh


Awang pernah tinggal bawah tempurung kaca itu..Seronok..selamat..banyak penduduk,..muhibbahnya kuat..dari bawah sana Awang nampak suasana di luar..dahulu semasa tinggal di sana Awang pelik,kenapa orang yang tinggal di luar tidak suka datang ke bawah tempurung itu..mungkinkah mereka lupa diri?padahal mereka juga pernah tinggal di bawah tempurung kaca itu..

Kini Awang telah jadi sebahagian dari mereka,yang tinggal luar tempurung kaca..barulah Awang sedar..rupa-rupanya setelah meninggalkan tempurung kaca keadaaan jadi lain..awal-awal dulu Awang selalu juga melawat ke sana..tapi memang Awang tak dapat nafikan,suasana telah berubah..hambar..entah lah..mungkin itu hanya perasaan Awang..sebab Awang rasa penduduk-penduduk di sana amat rapat antara satu sama lain..riang gembira..apa taknya..kalau jalan pun boleh selisih bahu..awang tak boleh salahkan penduduk tempurung kaca kerana kemanjaan mereka..

Tak lama lagi satu pertandingan diadakan dalam komuniti Awang, untuk memilih ahli pasukan pancaragam..Pertandingan terbuka kepada semua penduduk,dalam tempurung kaca,mahupun penduduk di luar..Awang harap biarlah ada penduduk luar yang menang,jadi penyanyi solo mahupun penyanyi latar..sebab Awang rasa,penduduk luar juga ada yang bersuara merdu..bukanlah tujuan Awang untuk bersikap perkauman.Tetapi Awang hanya inginkan hubungan yang rapat antara penduduk komuniti..Mahukan perlibatan yang menyeluruh,tidak mahu hanya berpusat di dalam tempurung kaca..Sebelum ini canang pun tidak,beduk pun tidak,alih-alih dah jalan..(atau mungkin juga silap penduduk luar,sebab tak ambil tahu..atau mungkin sebab tiada saluran untuk hebah2..maklumlah,luar tempurung ini terpencil..jauh dari masyarakat)..kali ini sebaran maklumat sampai sepenuhnya.baguslah,Tahniah kepada pihak pencari bakat..bukan apa,takut nanti yang jadi penyanyi dia, pemukul gendang pun dia, peniup serunai pun dia..Memang tak salah sebenarnya..Memang betul sesetengah orang itu perkemampuan,berkebolehan..Hm..mungkin juga harus disalahkan kepada penduduk luar tempurung,kerana terlalu menyendiri,rasa merendah diri dan tidak mengambil peluang untuk menyelinap masuk semula ke tempurung itu..Takkan penduduk luar nak harapkan orang naikkan,baru nak menghunus keris?hmm..Entahlah..Nak cakap pun bukannya Awang reti sangat.

Awang tahu,tempurung kaca itu tak boleh dihapuskan..kerana masing-masing ada pendapat..masing-masing ada hal dan alasan sendiri..dalam mahu pun luar semuanya ada kelebihan..semoga selepas ini komuniti bertambah rapat..itu sahaja yang Awang inginkan.

Aku Dan Kejiwanganku..

Artwork by Matpih13

Doa Orang Bercinta

Ya Allah,kurniakanlah aku CINTA-Mu,
Kurniakan kepadaku CINTA orang yang CINTA pada-Mu,
Dan kurniakanlah kepadaku CINTA apa sahaja yang mendekatkan diriku kepada CINTA-Mu,
Sesungguhnya CINTA-Mu lebih aku dambakan dari seteguk air yang dingin.


"Allahummarzukni hubbak, Wa hubba man ahabbaka, Wa hubba maa yuqorribunii ila hubbika, Waj'al hubbaka ahabbu ilaiya minal maail baaridi."


*sumber = Ustaz Badrul Amin, Al-Kuliah (Cinta Remaja)