Konvoi Rock Riders

Ini hari Rock Riders ada anjur konvoi sempena perasmian pasar tani mega teman FAMA di Tunjong, Kota Bharu. Ini hari juga gua dapat off hari minggu selepas sebulan ulang alik kurang lebih 40km, kerja tak henti-henti. Awek cun buah hati gua pula post-call hari ni, tak larat lagi nak ke mana-mana. Jadi dengan tanpa segan silunya gua join konvoi berkenaan.

Jam 9 pagi berkumpul, jam 9.30 gerak. Ada dekat 50 buah gua rasa - yang easy, yang naked, yang sport, semua ada. 5-6 buah polis trafik iring beb. Lintang motor depan kereta, sekat-sekat jalan. Memang bikin panas. Maaflah kalau lu salah seorang drebar kereta-kereta tu.

Gua pula tertinggal beg duit, lesen tak bawa. Tak boleh lah nak tunggu lama-lama. Mujur menang cabutan bertuah. Dapat lah Maggi sebungkus dengan madu satu botol. Kamera gua bawa, tapi bateri pula tertinggal. Tak dapat ambil gambar bukti.

Lain hari kalau ada aktiviti macam ni gua nak join lagi, walaupun segan juga sebenarnya - motor orang lain semua vroom-vroom, motor gua preng-preng saja. Nanti dah jadi pakar gua nak angkat motor lagi besar. CBR 100 mungkin.

P/s : Entri pasal motor kenalah cakap lu-gua. Awak-saya, you-i rasa tak kena pula.heh!

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Itu Hari Aku Eksiden

Photo & Video Sharing by SmugMug Itu hari, 2 April. Aku sauk jeket putih Gerd Muller, aku sarung gloves Bell, aku pakai fullface Grayfosh. Di belakang kupikul beg berisi baju, berus gigi, minyak rambut, stethoscope dan lain-lain. Dalam kepala terngiang-ngiang lagu Menuju Impian dendangan Kaza. Memang feeling gila-gila remaja habis.heh!

Jalan lembab, udara nyaman, aku syak semalam hujan. Aku membelah keheningan pagi. Si Aprilia masih dalam pantang. Meter 6000-7000rpm saja. Belok sana belok sini, lupa yang aku ni rabun ayam. Kat depan ada jambatan tak siap. Dah dekat baru aku perasan kereta-kereta dah perlahan, dan jalan dah jadi satu arah.

Aku brek, terus terbabas. Aku dan Aprilia terseret dengan aku melekat di situ. Sebijik macam adegan jatuh di MotoGP, kalau kau dapat bayangkan. Cuma tiada api memercik dan tayar-tayar kat tepi sahaja, hanya kepala jambatan yang aku nyaris-nyaris nak merempuhnya. Aprilia calar balar, signal tercabut, gear patah.

Aku? Alhamdulillah. Calar kaki sedikit sahaja, dengan jari kelingking yang sampai sekarang tak boleh nak bengkok. Tunggu kereta sampai, si Aprilia aku tinggal, terus sambung perjalanan, ke Tanah Merah, untuk oncall hari itu.

Mahu saja aku EL tapi siapa nak ganti? Kami berdua sahaja yang mereka hantar. Oncall selang sehari selama sebulan, during my time punya pasal. Pergi pagi ni balik petang esok. Agak-agak bila aku boleh pergi repair?

Apa-apahal, hidup mesti terus. I love my job!!

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!