Showing posts with label Aku dan Dia. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Dia. Show all posts

Pan Asian

Suatu hari sedang gua berjalan dengan bini, gua ditegur seorang lelaki berwajah pan asia yang kacaklah juga, bak jejaka-jejaka komik The Oriental Heroes, dalam bahasa yang gua tidak fahami.

Gua meluaskan mata, membuat mimik muka terpinga-pinga.

"Chinese?",tanyanya lagi.

"No, no.", balas gua seraya memandang bini gua.

"Chinese..", gua ulang sambil membuat muka bangga. Buah hati gua itu mencebik, dan kami tergelak bersama-sama.heh!

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Bumi Cinta Buat Isteri Tercinta

Tidak lama dulu pernah aku katakan kepada buah hatiku yang aku takkan keluar dari kedai buku tanpa membeli sebuah buku, atau dua.

Ketika ke KB Mall tadi kami singgah di Popular, lagi. Fikirku ada baiknya juga bawa bekal buku ke Kursus Induksi dan Kenegaraan selama 5 hari di Hotel Midah, KL, Isnin nanti. Boleh juga baca ketika ceramah-ceramah yang membosankan, jika ada. Kali ini aku beli sebuah novel, berjudul "Bumi Cinta". Kata isteriku ada kawan yang sudah ada novel ini.

Muka depannya agak menarik perhatianku. Ada St. Basil Cathedral - gereja yang bumbungnya berwarna-warni, bak gula-gula lollipop tu. Ada orang ramai berbaju tebal, bertudung kepala, berjalan merentasi salji lebat, memutih, mengimbau kenangan ketika aku menuntut di Russia dahulu.

Sinopsisnya boleh tahan - kisah graduan lulusan agama, yang hidup di negara yang menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia. Ada Yelena dan Anastasia. Penulisnya pun bukan calang-calang - Habiburrahman El Shirazy, penulis novel Ayat-Ayat Cinta dan Ke Ce Be (baca: Ketika Cinta Bertasbih) yang sudahpun ke layar perak itu, dan yang paling penting, buah hatiku nampak berminat dengan novel ini.

"Betul ke nak beli ni? Boleh je pinjam kalau nak baca.", tanya isteriku.

"Beli je, buat koleksi.", kata aku lantas ke kaunter membuat bayaran.

Sampai di rumah, buah hatiku balut dengan plastik lut cahaya. Aku ambil pen dan bingkiskan di halaman pertama novel tersebut, ayat yang berbunyi, "Buat isteriku yang tercinta, terima kasih kerana berkongsi perjalanan ini bersamaku", dalam bahasa Inggeris, semestinya. Heh!

PCB - Pantai Cinta Berahi

Itu hari kami, aku dan buah hati ke PCB. Saja, ingin bercanda sekali-sekala. Beli jagung 2 batang, air tebu 1 gelas, duduk atas batu tengok ombak, layan bayu pantai. Peh!

Ramai juga pasangan selain kami. Ada yang duduk atas batu, ada atas tunggul kayu. Ada yang tangan di pinggang, ada yang kepala terlentok di bahu. Ada yang berjalan berpimpin tangan. Muda-muda belaka, macam kami juga. Aku syak mereka semua dah sah bernikah, macam kami juga.

Matahari nak terbenam kami bersiap pulang. Pantai tidak jauh mana, sempatlah solat di rumah. Azan berkumandang. Ada pasangan yang baru sampai. "Diorang dah solat kat masjid tepi jalan tadi kot.", kata buah hati aku.

Lain hari kami nak ke pantai lain pula.heh!

Tak Suka

Org taknak cakap dengan dia..Mulut dia berbau..Busuk!

Ok..

Hari tu tidak duduk dekat dengan dia..Bercakap tidak..Balik kelas pun sorang-sorang..Merajuk kononnya..

Memang manusia tak suka dikeji,walaupun betul...