Showing posts with label Russia. Show all posts
Showing posts with label Russia. Show all posts

St.Petersburg lwn Helsinki


Aku pasti ramai antara kita yang pernah, atau teringin untuk pergi ke St. Petersburg, Russia atau dulunya dikenali sebagai Leningrad. Pergilah, sementara masih di Russia ini, kerana setelah beredar dari negara ini, hampir pasti kalian tidak akan, taknak, atau susah nak datang lagi.

Aku pernah pergi, tahun lepas, setahun selepas aku bergelar suami orang,heh! Memang aku akui ia sebuah bandar yang cantik. Menikmati 'White night' sambil bersiar di pesisir Neva, berpiknik di taman-taman yang hijau, atau melawat pinggiran bandar - Peterhoff, Pushkina dll.


Namun, aku melihat kecantikan sesuatu tempat dengan keindahan budi dan pekerti penghuninya. St. Petersburg masih lagi Russia, walaupun budaya dan cara penduduknya mungkin sedikit lebih baik dari bahagian Russia yg lain. Tempat tarikan pelancongnya masih mengamalkan double standard. Caj dan layanan berlainan diberikan untuk pelancong asing.

Alang-alang ke St. Petersburg, aku cadangkan kalian teruskan semalaman perjalanan ke Helsinki, Finland. Ambil saja bas atau van mini di Moskovky Vokzal. Ketika itu tambangnya sekitar 800 ruble. Kita, pemegang pasport Malaysia memang

VOLGAMES'09 - Bedah Siasat

Alhamdulillah. Sukan intervarsiti universiti-universiti Russia telah berjalan dengan jayanya. Banyak juga acara yang aku masuk - lompat jauh sebagai bidan terjun, lompat kijang, bola tampar dan bola baling sebagai pemain pinjaman.

Hasilnya - badan dan otot yang lenguh-lenguh menandakan untuk menjadi bertambah tough.eheh!

Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang terlibat terutamanya otai-otai yang bersengkang mata tak tidur malam pening-pening kepala untuk menjayakan acara ini. Susah beb nak anjurkan program sebesar ini di negara orang. Syabas diucapkan.

Pendapat peribadi aku - program yang mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia dari universiti-universiti seantero Russia ini amat menarik. Bila lagi kau dapat tengok Siti berseluar ketat berbaju menampakkan pangkal dada dan Hafiz yang berambut perang bersubang memakai rantai?

Russian Winter - Jarang Dapat Kita Lihat



Semalam, 3 Mac. Kalau ikut kalendar sepatutnya sudah masuk musim bunga. Tapi siapalah kita untuk menetapkannya. Salji turun dengan lebat. Jalan jadi beku, kereta tak dapat nak bergerak. Jalan jadi sesak.

Aku kata, kita orang tolong juga, tolak kereta yang sangkut tu. Ada orang kata, kereta tu tayar Dunlop pun tak lekat, takkan tapak kasut kau boleh lekat, nak tolak kereta tu.

Cis! Mestilah jauh beza manusia, ciptaan maha Pencipta, dengan kereta, yang dicipta manusia.

Aku tak pandai nak berdebat. Kalau cakap banyak nanti, takut tangan yang naik. Apa kata kau tengok sendiri video tu.

Apa pun, peristiwa tu menarik, jarang dapat kita lihat.

::NOTA KAKI::Baru aku sedar, badanku semakin memberat, perutku semakin sihat dan sendi-sendiku semakin berkarat. Heh!

Russian Winter

Lampu pijar, akan mengeluarkan cahaya yang terang, lebih terang dari biasa, sejurus sebelum ia terbakar.

Semasa musim sejuk sudah hampir ke penghujungnya, suhu di sini dianggarkan kurang lebih 16 darjah selsius bawah tahap beku, semalam.
Verily, when He intends a thing, His Command is, "be", and it is! (36:82)

Antara Yang Kecil Ada Yang Besar

Udang saiz sederhana, 109.90 Rubles. Udang saiz besar tidaklah besar mana, 129.90 Rubles. Aku cedok udang saiz sederhana, masuk dalam plastik, timbang, tampal tanda harga dan terus ke kaunter.

Si cashier tak percaya yang aku ambil tu udang saiz sederhana. Dia kata aku ambil udang saiz besar tidaklah besar mana. Ini maknanya dia dah tuduh aku menipu, mempersoalkan kredibiliti aku dan buat aku malu.

Kalau aku peguam, dah lama lama aku saman kau. Ptuih!!


* * * * * * *


Semalam aku nak forward perkembangan Masjid Kirovsky. Macam biasalah,'Broadcast an IM to this group..'

Baru tulis salam, aku dah tekan enter. Niat di hati nak buat baris lain. Lupa pula dia terus hantar. Ada lah dekat 20 orang yang menyahut. Penuh skrin ni dengan tetingkap Yahoo Messenger. Bertuah dapat kawan-kawan yang prihatin macam kalian. Sungguh!

Apa-apa hal, kepada sesiapa yang rasa ringan tangan nak sedekah untuk Masjid Lavrovaya Kirovsky, silalah klik di sini. Banyak lagi duit yang kita perlu, nak buat masjid ni.

Buah Idaman Ramai

Aku ingat aku nak jual buah. Ya, buah. Buah yang ramai orang suka tu. Mungkin kau ingat idea aku ni gila. Tapi aku tak kira, aku nak juga, aku nak juga.

Jangan takut nak cuba sesuatu yang baru, yang baik. Boleh saja kalau betul-betul usaha. Selagi tak cuba kita tak tahu. Positif lah sikit. Half full man, half full!

Aku rasa tak salah aku ambil kesempatan sedikit. Buah ni bukan buah sebarangan, dari Malaysia. Eksotik bagi orang sini. Susah nak dapat. Lagipun kesian orang-orang sini, asyik tengok buah yang sama saja.

Aku nak jual sepasang 250 Rubel. Kalau ikut duit sekarang 250 Rubel lebih kurang RM25. Tu baru sepasang. Kalau 13 pasang RM325. Kalau 100 pasang dah RM2500 . Kalau ratus-ratus, ribu-ribu pasang? Aku dah boleh pusing-pusing Europe. Bawa awek bini. Peh!

Mahal? Ni dah kira murah dah. Ini barang baik. Ranum, segar, lemak lagi berkrim. Aku pernah jumpa, dia orang jual dua pasang 540 Rubel. Cuba tengok gambar di bawah ni :

Rambutan 4 Biji 54o Rouble

Dah la kecut, buruk pula tu. Gila apa?

Doakan Agar Kembali..

Tak lama dulu,di sini,di volgograd,ada jalan yang dibaiki,jalan raya,yang diguna pakai banyak orang.

Ada orang merungut,katanya,di negara yang normal,kalau ini kesnya,kerja akan dilakukan,walaupun di tengah-tengah malam,bukannya sedikit-sedikit,pada waktu yang terhad,setiap hari.

Russia bukan negara yang normal?

Mungkin betul.Mungkin sebab itulah internet,di rumah kami (aku dan isteri).Masih tidak dapat dipasang.

Ini agak membantutkan.

Ya,bukan sebab kahwin aku jarang layari internet.Tapi kerana Russia ini bukan negara yang normal.

Doakan agar aku kembali

Akan Datang

Nantikan kemunculannya musim panas ini :

PERMANDANGAN INDAH
MENGGELAPKAN HATI
MENGGEGARKAN IMAN

Tungggguuuuuuu.....!!!
..dan bersedia untuk tundukkan kepala anda..

Pencemaran Bunyi

Hari esok Hari Buruh...hari lain pun sama sahaja

"bla bla bla bla bla bla", pensyarah di depan bersyarah.
"pot pet pot pet pot pet", pelajar di belakang bercakap.
"Ssshhhh..shhhhhhh!", ada orang tak senang

"Saya ganggu kamu semua bercakap ke?", tanya pensyarah

Hari esok Hari Buruh...hari lain pun sama sahaja

Peraturan SSS

Dulu, sesampainya di Volgorad, yang kononnya bandar pahlawan ini, kami diingatkan oleh seorang senior,

"Korang kat sini kena amalkan 3S..asal jumpa je orang malaysia,tak kira Melayu, China, India, muda atau tua, junior atau senior, korang kena buat 3S ni..SAPA, SALAM, SENYUM..."

Itu dulu..Semasa rakyat Malaysia di sini beberapa kerat sahaja..Sekarang, bila sudah ramai orang kita disini, bila sudah ada puak-puak,undang-undang lain pula yang dipakai..sapa,salam,senyum, kemudian MENGATA BELAKANG...

Aiskrim Goreng

Suatu hari itu..di dalam bas..menuju ke rumah..

Berdekatan, seorang Ruski..

Bersubang hidung, berkepala botak, ber'boot' tebal, ber'jeans' ketat.

Cakapnya kuat, bersemburan air liurnya..

Tiba-tiba..

Berbunyi hensetnya...

"Aankhein khuli ho ya ho band, Deedar unka hota hai. Kaise kahoon main o yaara, Ye pyar kaise hota hai."

Lagu hindustan...Hm..mungkin betul kata Najib..jangan terlalu cepat menghukum..

Russia dan Perkauman..

Semalam..aku tengok bola..dalam tv..belakang gol ada papan iklan..dia tulis "Russians Against Racism"..

Hari ini..aku main bola..di padang..datang seorang makcik tua..membebel..katanya tak boleh main di situ..

Mungkin kami ini hitam-hitam belaka..

Aku tersenyum sendiri..otak ingat semalam..hati terus kata bulls**t!!

Mungkin..

Buku-buku terbitan Russia isi kandungannya di belakang.
Apa signifikannya?
Mungkin Russia mahu menggalakkan rakyatnya rajin berusaha.
Mungkin juga Russia memang suka menyusahkan orang.

Ganjil

Lokasi : Dalam Trolley bus itu
Masa : Suatu tengah hari itu

"Penumpang2 diminta untuk menbayar tambang bas kepada konduktor.."

"Harga tambang = 6 rubles
Harga tambang percuma = 100 rubles"

"Stesen sterusnya..Ploshad Chekiztov"

Dua Kali Kecewa

"Tak lama lagi tahun baru.Selalunya tahun baru kita sambut dengan meriah,ada persembahan.Kamu semua nak buat persembahan,nyanyi-nyanyi macam tahun 1,2 dan 3 dulu?",tanya cikgu kurus berambut blonde itu.

"Taknak!".kata Mus.
"Kami semua dah besar panjang",kata aku,spontan.

"Kita ada lagu baru yang best-best..Dewan pun dah baru.Ada muzik semua,macam artis.",kata cikgu berambut blonde yang kurus itu.

"Taknak!".Kata Zura.Geleng-geleng kepala.
"Macam budak-budak,buat barisan atas pentas,nyanyi-nyanyi.",tambah Kak Huda.

Yang lain ada yang tersengih,ada yang buat bunyi,ada yang tarik muka.

"Saya kecewa dengan kamu semua.Kamu semua fikir dulu,lain kali saya akan tanya lagi.",kata cikgu kurus berambut blonde itu.

"Jangan..NANTI KECEWA DUA KALI..",kata aku,dalam hati...

*Dialog ini telah diringkaskan.Kali ini kami taknak mengalah kepada cikgu blonde yang kurus,yang tak sporting itu.Kami perlukan anjakan paradigma.

Dongak Ke Langit,Tunduk Ke Bumi

Semasa latihan pusat dahulu jurulatih ada cakap,"Awak jalan dah bergaya,cuma perlu dongak sikit.Bagi nampak gah".

Tapi di sini,di Russia ini,kau tak boleh jalan dongak.Kau kena tunduk ke bumi.Takut nanti terpijak...tahi anjing

Warna-warni Kehidupan..

Sabtu,1 September 2007
Semester baru,semangat baru,subjek baru..

Ish,lecturer ni.Gunalah mic..Lecture hall ni besar.Student pula ramai.Macam mana nak dengar..Slide pun takde,cakap semata-mata”,Gegendang telinga menangkap ngomelan seorang pelajar,komplen.

Ya,dewan kuliah ini memang besar,pelajar juga memang ramai.Ada kuning langsat,ada yang coklat ciku,ada yang hitam manis.Aku,yang hitam,tak berapa manis pandang sekeliling.Akhirnya mata terpaku pada pensyarah,yang putih kemerah-merahan itu.

Aku menguap,terus melakar rambutnya yang coklat.

Semester baru,semangat baru,pensel ‘Shaker’ baru..

Sabtu,8 September 2007
Timbalan menteri penerangan Malaysia,Datuk Mohd Zahid Hamidi membuat lawatan rasmi ke Volgograd aka Stalingrad ini,berucap di dewan yang sama.Anehnya beliau bercakap menggunakan mic,dan layar tayangan slide itu berfungsi pula.

"Saya sebut betul,VOLGOGRAD!",kata beliau..

Crocodile,Cobra & Tarantula

Aku rasa mereka bertuah..

Kau baling joran ketengah.Tali pancing kau ditarik-tarik.Sangka kau umpan dah mengena.Kau tarik,berat.Kau tarik lagi,perlahan-lahan..bimbang tali putus.Rupa-rupanya mata kail kau tersangkut jaring.Kau bawa jaring ke darat.

Pada jaring tersangkut 4-5 ekor,paling kecil sebesar tapak tangan,paling besar setengah hasta.Ada Platva,ada Ukon,ada Chekhon..Ditambah lagi dengan Buchok kecil-kecil yang kau pancing di tepi.Kau bawa kesemuanya balik ke rumah.

Buchok kau goreng salut tepung.Platva,Ukon dan Chekhon kau masak asam pedas..

Bertuahkan mereka??

Di Sini Aku,Aku Disini

Hmm..post terahkir bertarikh 20hb.Hari ini 25.Makna sudah lebih sebulan tidak update.Menurut kata Sinaganaga,blogger tersohor itu,membiarkan blog tanpa update adalah trend terkini.heh!

Peta ke rumah Matpih
Rumah baru kami masih tiada internet,telefon dan siaran televisyen.Senang sahaja nak ke rumah kami.

Kimi : Weh,camne nak gi rumah Matpih aa??
Adib : Kau naik mashrutka no.18,kau akan lalu Ibiza,kelab malam tu,kemudian kau akan nampak satu gereja,ortodoks.Sebelum sampai gereja tu mashrutka akan pusing ke kiri,kau minta berhenti dekat Pyateroshka,kedai tu.Bila kau turun,kau akan nampak satu jalan di sebelah kanan.Ikut jalan tu,rumah Matpih depan taman permainan.
Kimi : Ala..susah la
Adib : Ish,kredit internet aku pun dah habis.Kalau tak boleh aku send map yang aku lukis.

Rumah baru kami agak damai..

Kata Yang Ditunggu-tunggu

Bakal bapa yang menunggu kelahiran anak pertama di ruang menunggu hospital – Encik dapat anak lelaki.
Seorang ibu pada Ahad kedua setiap Mei – Selamat hari ibu mommy.
Pemuda yang baru selesai akad nikah – Sah!
Pemudi yang hanya makan sebiji epal setiap hari selama sebulan – Eh,awak dah kuruslah.
Peserta ‘Who Wants To Be A Millionaire’ – Tahniah!Anda baru sahaja memenangi wang sebanyak RM8 juta.

♥Aku,selepas lebih 3 jam di kelas bahasa Rusia cikgu berambut blonde itu – Все,Вы свободны.Урок закончилься. (Kelas dah habis,awak semua boleh blah).
Semacam suatu kelegaan yang amat bagi aku bila kata-kata itu diucapkan.

KUCABARA
Esok ada barbeku anjuran UMNO Volgograd di pinggiran Sungai Volga."Pih,kau tak pergi kan?",tanya Chris

......sengih......
Aku dah agak dah.Kau anti UMNO kan..
Takdelah sampai anti.Cuma kurang minat je....sengih lagi......