Pengajian Perubatan di Russia - Tamat Sudah

Tamat sudah sebuah lagi bab dalam hidupku. Selepas ini mula bab baru pula, yang lebih mencabar, kata mereka.

6 tahun di Russia banyak mengajarku perkara - yang baik akan kuguna, yang buruk dibuang jauh, semestinya. Bekas bumi soviet itu banyak menyaksikan drama hidupku yang disulami dengan suka dan duka. Apa perasaanku setelah meninggalkannya? Bercampur-baur. Sukar untuk digambarkan. Adakah akan kurindui bumi itu? Mungkin, namun akan kupendamkan sahaja.

Pernah dahulu aku dinasihatkan, supaya tidak pergi ke situ. Mungkin, nasihat yang sama juga akan kuberikan, kepada mereka, yang bertanya. Kepada yang keras kepala, ingin pergi juga (seperti aku), pergilah. Ambil peluang itu, perah setiap titik kebaikan darinya. Kita yang ingin berjaya, maka kitalah yang mesti berusaha. Jangan terlalu mengharap dan menyalahkan pihak lain sahaja. Buangkan mentaliti subsidi, belajar erti hidup berdikari.

Kita doktor diajar untuk memberi. Bersedia membantu menjadi budaya kita, tanpa mengira apapun perbezaan yang ada. Usahlah bertelingkah perkara yang tidak perlu.

Tamat sudah sebuah lagi bab dalam hidupku. Selepas ini mula baru pula, yang lebih mencabar, kata mereka.

NOTA KAKI
Esok aku akan mula bertugas sebagai pegawai perubatan siswazah di HRPZII, Kota Bharu. Pembedahan sebagai posting yang pertama. Doakan aku dapat lalui dengan jayanya. Doa kalian amat bermakna, sungguh!

Indah Langit Tuhan

Photo & Video Sharing by SmugMug

Malam ini aku dan isteri akan menaiki bas ke KL untuk berkursus induksi dan kenegaraaan selama 5 hari sebelum ditentukan tempat bertugas.

Gambar ini dirakam di sebuah jambatan berhampiran Kem Pengkalan Chepa, semalam. Setelah mula bertugas sebagai doktor pelatih nanti aku akan hidup dalam kegelapan - pergi gelap, balik gelap. Hampir mustahil untuk merakam gambar sebegini lagi.

Jika suka gambar ini, kliklah butang 'like' di bawah untuk berkongsi dengan kawan-kawan yang lain pula.heh!

Bumi Cinta Buat Isteri Tercinta

Tidak lama dulu pernah aku katakan kepada buah hatiku yang aku takkan keluar dari kedai buku tanpa membeli sebuah buku, atau dua.

Ketika ke KB Mall tadi kami singgah di Popular, lagi. Fikirku ada baiknya juga bawa bekal buku ke Kursus Induksi dan Kenegaraan selama 5 hari di Hotel Midah, KL, Isnin nanti. Boleh juga baca ketika ceramah-ceramah yang membosankan, jika ada. Kali ini aku beli sebuah novel, berjudul "Bumi Cinta". Kata isteriku ada kawan yang sudah ada novel ini.

Muka depannya agak menarik perhatianku. Ada St. Basil Cathedral - gereja yang bumbungnya berwarna-warni, bak gula-gula lollipop tu. Ada orang ramai berbaju tebal, bertudung kepala, berjalan merentasi salji lebat, memutih, mengimbau kenangan ketika aku menuntut di Russia dahulu.

Sinopsisnya boleh tahan - kisah graduan lulusan agama, yang hidup di negara yang menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia. Ada Yelena dan Anastasia. Penulisnya pun bukan calang-calang - Habiburrahman El Shirazy, penulis novel Ayat-Ayat Cinta dan Ke Ce Be (baca: Ketika Cinta Bertasbih) yang sudahpun ke layar perak itu, dan yang paling penting, buah hatiku nampak berminat dengan novel ini.

"Betul ke nak beli ni? Boleh je pinjam kalau nak baca.", tanya isteriku.

"Beli je, buat koleksi.", kata aku lantas ke kaunter membuat bayaran.

Sampai di rumah, buah hatiku balut dengan plastik lut cahaya. Aku ambil pen dan bingkiskan di halaman pertama novel tersebut, ayat yang berbunyi, "Buat isteriku yang tercinta, terima kasih kerana berkongsi perjalanan ini bersamaku", dalam bahasa Inggeris, semestinya. Heh!

The 10 Golden Rules of Good Medical Practice

1. Practise with Kindness, Ethics and Honesty.

2. Upgrade Professional Knowledge and Clinical Skills.

3. Maintain good Patient Records.

4. Maintain good Communication with Patients and Relatives.

5. Maintain Doctor-Patient Confidentiality.

6. Allow Second Opinion and Referral to Colleagues.

7. Maintain good Working Relationship With Colleagues.

8. Be conscious of Cost of Healthcare.

9. Avoid Publicity, Self-promotion and Abuse of Position.

10. Be a Partner in promoting Global Health.

Taken from : DUTIES OF A DOCTOR
A publication of Majlis Perubatan Malaysia Malaysian Medical Council