Showing posts with label Selendang Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Selendang Merdeka. Show all posts

PCB - Pantai Cinta Berahi

Itu hari kami, aku dan buah hati ke PCB. Saja, ingin bercanda sekali-sekala. Beli jagung 2 batang, air tebu 1 gelas, duduk atas batu tengok ombak, layan bayu pantai. Peh!

Ramai juga pasangan selain kami. Ada yang duduk atas batu, ada atas tunggul kayu. Ada yang tangan di pinggang, ada yang kepala terlentok di bahu. Ada yang berjalan berpimpin tangan. Muda-muda belaka, macam kami juga. Aku syak mereka semua dah sah bernikah, macam kami juga.

Matahari nak terbenam kami bersiap pulang. Pantai tidak jauh mana, sempatlah solat di rumah. Azan berkumandang. Ada pasangan yang baru sampai. "Diorang dah solat kat masjid tepi jalan tadi kot.", kata buah hati aku.

Lain hari kami nak ke pantai lain pula.heh!

Neraca

"Mat, mai lah!! takkan dah penat kut?!", laung seorang kenalan yang matanya sudah kemerah-merahan.

"Sat, sat..Aku nak habiskan ayaq ni!" laung dia balik seraya meneguk air kuning dalam gelas ramping itu sampai habis, lalu terus menuju ke arah kenalannya.

"Bolehlah boleh datang kerumahku. Kalau dirimu masih belum berpunya. Bolehlah boleh datang kerumahku. Kalau dirimu mahu melamar diriku", nyanyi mereka, serentak, sambil bergelek mengikuti rentak lagu Mas Idayu itu. Nak longgarkan sendi-sendi, setelah seharian berdiri memegang sepanduk tadi. Kata mereka.

Orang Kita

Orang kita adabnya tinggi malunya banyak. Benda tak enak, taknak jumpa depan-depan. Lagi suka kita sembur dibelakang, muncung-muncung tuding jari, umpat-mengumpat sesama kita.

Itulah orang kita. Hati remuk rendam pendam saja, kerja tetap siap juga. Hati tak puas belakang kira. Rumah dah siap pahat berbunyi itu dah biasa.

Orang kita patut fikir. Perangai kena ubah. Kalau tak berani cakap lebih baik diam sahaja. Nanti barang ikhlas entah ke mana. Buat penat tulang sahaja.

Terasa

Maulidurrasul tiap tahun disambut, tapi sunnahnya dirasa tidak releven, hukum Islam tak nak diikut. Nauzubillah..

Nasi Lemak Sebungkus

Lokasi : Kantin Tadika R

"Mat, kau copkan meja tu, boleh?"

"Eh, aku baru main selut. Tangan tak berbasuh lagi, baju pun bau hapak."

"Ala, kau duduk je situ. Kau nak makan apa?"

Sejarah dan Kita - Pemimpin Perasan

Dipetik dari wikipedia - ensiklopedia percuma.
With a firm belief that his power to rule was granted by Divine Right, Nicholas assumed that the Russian people were devoted to him with unquestioning loyalty. This ironclad belief rendered Nicholas unwilling to allow the progressive reforms that might have alleviated the suffering of the Russian people. (Sumbernya di sini).
Pemimpin yang perasan pernah wujud. Tidak mustahil masih wujud.

Perihal Iklan dan Hijab

Sepanjang aku berada di Kelantan, tanah tumpah darahku, ada sesuatu yang menarik perhatian.

Ya, iklan-iklan, yang memaparkan wanita di dalamnya, semua berhijab.(kecuali tuanku permaisuri yang mungkin belum mendapat seru)

Alangkah indahnya...

Yang Mana Satu?

Musim panas di Russia.Sungguh panas.

S kata dia mangsa liwat.A yang bertanggungjawab.
A kata dia tidak liwat.N yang kena jawab.

Aib sama dibuka.
Tuduh sama menuduh, surat khabar laku jua.

M kata jangan berbalah.Buat saja mubahalah.(?)
Suruh saja bersumpah.Minta laknat siapa yang salah.

Memang Islam ada segala penyelesaian.Segalanya boleh diselesaikan.
Tapi kau boleh tengok sendiri.Sejauh mana Islam itu dihayati.Di negara kau sendiri.

Sungguh panas.Musim panas di Russia.

psssttt..lusa aku balik ke Malaysia, adakah mungkin panasnya serupa?

Basikal

22,000 anak Kelantan 'kelik ngundi' tunai tanggungjawab

KUALA LUMPUR 7 Mac - Sebanyak 22,000 anak Kelantan yang berada di perantauan hari ini pulang ke negeri itu melalui Program Pakat Kelik Ngundi anjuran Majlis Pemuafakatan Anak-Anak Kelantan di Perantauan (Muafakat) untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 esok.
Pengerusi Muafakat, Profesor Hashim Hassan memberitahu, pengundi-pengundi terbabit merupakan anak-anak Kelantan yang bekerja di Lembah Klang, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka tetapi merupakan pengundi berdaftar di Kelantan.
Sumbernya di sini

"Boh, demo lamo doh kow dop kelik kelate?"

"Uish..sudeh lama juggeeek..sudeh lama kepingin mau baaalik..kawan-kawanku
billlang cewek-cewek di kelantan mannis-maaanis dong.."

Statistik

1) Statistik menunjukkan orang yang menguasai 2 bahasa asing mempunyai jangka hayat 2 kali lebih lama.

2) Semakin banyak artis, semakin berleluasa arak

.....kata cikgu aku.

Kesimpulan aku : Adalah amat tidak wajar untuk artis menguasai bahasa asing.

*habis sudah ozz, children infection pula menanti

Aku Lukis Malaysia

Semalam aku chat dengan Najib,dia suruh aku lukis..Aku lukis semula di kelas cikgu blonde itu,aku paparkan di blog ini.

Malaysiaku Yang TercintaKata Najib ini fenomena di Malaysia sekarang.Segenap lapisan masyarakat seronok berfanstasia.Sampai ada menteri bangkitkan isu pelajar AF tersingkir di parlimen..AKU GELENG KEPALA..pening.

Pssstt..Hari ini hari kanak-kanak sedunia.Lindungi anak-anak kita.