Ciak Urasia/Tree Sparrow (Passer montanus)


Burung Ciak Urasia (bahasa InggerisTree Sparrow ) ialah sejenis burung pipit yang tersebar di kebanyakan kawasan Eropah dan Siberia, dengan jenis-jenis berkait terdapat di kawasan-kawasan lain di Asia. Nama saintifiknya Passer montanus. (Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)

Lagi gambar :

Peace For All

Photo & Video Sharing by SmugMug

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Anak = Anugerah

Anak itu satu anugerah. Sungguh! Semoga Ameer Muizzuddin membesar menjadi anak yang soleh dan muslim yang hebat. Amin.

Photo & Video Sharing by SmugMug

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Salad Minda

Hmm. Gua tak pos apa-apa entri rupanya bulan lepas. Tak tercapai jugalah azam sekurang-kurangnya 1 bulan 1 entri gua. Dalam otak gua ni banyak nak cerita. Nak cerita pasal kisah masyarakat kita yang pelbagai, nak bagi pendidikan pesakit, yang gua rasa penduduk negara 1 Malaysia ni amat kurang faham, isu-isu semasa, cadangan dan idea-idea, kritikan bernas, siri-siri pendek berkenaan hidup di asrama dan lain-lain. Tapi entah, bahasa pemikiran susah nak diterjemahkan ke tulisan. Kalau nanti diciptakan satu alat yang boleh berbuat demikian - menaip terus dari pemikiran, ala alat yang Doraemon bagi kat Nobita itu, mungkin gua orang pertama yang akan beli. Hmm.. Apa lagi nak cerita?

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Raya - Kita, Mahram & ...

Esok hari raya. Biasalah, hari raya, salam dihulur maaf dipinta. Tapi dengan siapa? Atau dihulur sahaja? Sempena hari raya yang bakal tiba marilah kita sama-sama revise. Ilustrasi di bawah amat menarik dan agak mudah untuk difahami. Kredit kepada pelukisnya.





"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

Akhir kata, sempena hari raya ini saya dan keluarga ingin memohon maaf kepada saudara mara, kenalan handai atau sesiapa saja yang saya pernah berbuat salah, sama ada dalam atau luar sedar saya. Semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya.

P/s :
Raya pertama saya off post double shift.
Raya kedua saya kerja pagi, habis jam 430 ptg
Raya ketiga kerja petang, masuk jam 2 ptg
Raya keempat saya double shift lagi. 730pg-4ptg, 10mlm-8pg
Raya kelima saya ke Johor, ke rumah mertua

Life In Mono

Aprilia RS 125

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Sakit 101 - Kemasukan ke Hospital

Ada beberapa cara untuk pesakit dimasukkan ke hospital. Secara umumnya saya boleh kelaskan kemasukan ke hospital ini kepada 3 iaitu kecemasan, elektif, dan pindah masuk. Saya akan huraikan satu persatu.

Kemasukan Kecemasan

Setiap kes baru akan melalui Jabatan Kecemasan dan Trauma samaada dirujuk atau datang sendiri. Di sini pesakit akan disaring mengikut tahap keterukan penyakit dan rawatan awal diberikan. Keutamaan diberikan kepada pesakit yang lebih teruk keadaannya. Ada pesakit yang dirujuk pula ke jabatan lain, sebagai contoh kes patah dirujuk ke jabatan orthopedics, kes lelah dirujuk ke jabatan perubatan (medical) dan sebagainya. Pesakit yang memerlukan rawatan seterusnya akan dimasukkan ke wad-wad yang berkenaan.

Kemasukan Elektif

Dalam kemasukan elektif, pesakit diberitahu lebih awal tarikh beliau akan dimasukkan ke hospital. Pesakit-pesakit ini biasanya sudah mendapatkan rawatan di hospital sebelum ini dan dirancang untuk kemasukan semula. Sebagai contoh pesakit yang dirancang untuk menjalani prosedur-prosedur tertentu yang memerlukan beliau bermalam di wad.

Pindah Masuk

Pindah masuk melibatkan dua hospital yang berlainan. Sebagai contoh pesakit yang tidak dapat dirawat di hospital daerah lantaran ketiadaan kepakaran atau kemudahan akan dirujuk dan dipindah masuk ke hospital besar. Pesakit dari hospital besar juga boleh dipindah masuk ke hospital daerah untuk menyambung rawatan. Selain itu pindah masuk juga boleh berlaku antara jabatan-jabatan di sesebuah hospital.

Untuk setiap kemasukan pesakit disarankan untuk membawa pengenalan diri dan perkara-perkara lain termasuklah nota disjas terdahulu, kad-kad lawatan ke hospital atau klinik dan ubat-ubatan yang sedang pesakit ambil. Tindakan ini akan memudahkan para doktor dan petugas perubatan untuk memberi rawatan yang sepatutnya kepada pesakit. Ini kerana menurut pemerhatian saya, tidak ramai pesakit yang saya jumpa mengetahui secara jelas tahap kesihatan sendiri dan penyakit yang telah beliau alami, rawatan terdahulu yang diterima, nama ubat-ubatan yang beliau ambil dan sebagainya.

Sekian dulu bagi entri kali ini. Sila hubungi saya melalui ruangan komen di bawah jika ada kemusykilan. Saya akan cuba menjawab sedaya mampu. Sehingga berjumpa lagi.

Suka entri ini? Klik butang dibawah untuk dikongsi dengan orang lain juga. Jangan lupa tinggalkan komen anda. Ia boleh menjadi tonik untuk saya meneruskan penulisan ini.heh!

[WTS] DSLR, Lenses, Camera bags & Tripod

Assalamualaikum/Salam sejahtera

Saya ada beberapa barangan kamera untuk dijual seperti berikut:

1. NIKON D60 DSLR - SOLD!!
- Body only : RM 690
- Body + Nikkor 18-55mm VR : RM 990
2. AF-S NIKKOR 18-55mm 1:3.5-5.6G (VR) Lens : RM 380 - SOLD!!
3. AF-S NIKKOR 55-200mm 1:4-5.6G ED (VR) Lens : RM 550 RM 520
4. Tamron SP AF 17-50mm f/2.8 XR Di II LD IF (Nikon) : RM 990 RM 950
5. Helios-40 85mm f1.5 (M39) : RM 1 500
6. Crumpler 'The Royal Court' Camera + Laptop Bag/Backpack : RM 450
7. Crumpler 'Pretty Boy' M Camera Bag : RM 180
8. Keep TR-54 Tripod (Brand new) : RM 65

COD area Kota Bharu atau Pos Laju ke seluruh Malaysia. Harga sudah termasuk kos pos. Jangan segan untuk hubungi saya jika ada sebarang kemusykilan.

Gambar dan penerangan barangan seperti di bawah. Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas. Gambar-gambar juga boleh didapati di sini.

Senyum Itu Sedekah

Photo & Video Sharing by SmugMug

Buat ikhtibar para peniaga dan para pekerja sektor awam sekalin.heh!

Lagi potret menarik di sini : http://www.lensa13.com/Showcase/Portraiture

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Tragis

Selasa, 17 April 2012

Hari itu masih lagi panas walaupun sudah menjelang petang. Matahari terik menghitamkan lagi lengan Udin yang sudah sedia hitam. Mujurlah helmet fullface yang Udin pakai visornya gelap. Tidaklah sinar matahari dapat menyepetkan lagi mata Udin.  

Jalan itu jalan sehala - 3 lorong,  agak lengang. Ada sebuah van di lorong tengah, warna putih seingat Udin, yang amat perlahan, sama-sama menuju ke arah lampu isyarat - van di depan, Udin di belakang. Udin di lorong kiri. Di depan ada simpang, lampu isyarat sudah kuning. Van itu masih perlahan. Ya lah, ia sudah di depan, cukup hampir dengan simpang. Mesti ia sempat lepas, walaupun perlahan.  

"Lampu kuning, van lorong tengah, tak ada signal ke kiri. Selamat ni", detik otak Udin, seraya terus memecut motosikalnya, di lorong kiri itu.  

Tiba-tiba van itu membelok.  

"Gedegang!!!"  

Udin tidak tahu apa yang berlanggar. Yang Udin ingat dia sudah melambung di udara.  

"Gedebab!Kelekukk!"  

Kepala Udin yang masih berhelmet menghentak tar, bersama badannya.

Udin terpinga-pinga. Dari meniarap Udin melentangkan badan. Udin cuba untuk bangun, namun terasa sungguh lemah sekali batang tubuh. Udin matikan hajat murninya dan teruskan sahaja terlentang di atas jalan.

Udin dapat lihat langit biru. Suasana kedengaran hingar. Macam-macam bermain dalam kepala Udin - tiada apa-apakah aku ini, amalan tidak cukup lagi. Anak umur baru dua bulan, minggu depan baru dapat bersua dengan anak bini. Kalau jadi apa-apa siapa nak jaga depa. Terukkah motosikal aku. Mana nak baiki. Macam mana nak kerja malam ini. Kalau tak kerja siapa nak ganti. Cuti pula dah nak habis.  

Udin pejamkan mata..  

"Moto, moto. Angkat moto dulu.", itulah ayat terakhir yang Udin dengar sebelum dia dipapah ke tepi jalan.  

Van tadi sudah tidak kelihatan..

Tragis 1

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Kelantan - Seindah Namamu

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri tadahan wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah kulewati
Taat menjunjung al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudusku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah kuduga
Bertemu seorang ulama'
Yang dicintai rakyatnya

Lalu...
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama'
Yang lembut.. tapi tegas beribadat
Yang pengasih.. namun tidak goyah
Pada percikan kealpaan dunia
Pasti aku merinduimu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa kutitip buatmu
Memacu
Membangun Islam bersama
Semoga kita bertemu kembali

- Oki Setiana Dewi, Kota Bharu, Mac 2012


Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

‏امیر معزالدین بن محمد حفظ الدين

Memperkenalkan permata hati kami Ameer Muizzuddin Bin Mohd Hafizuddin, lahir 17 Feb 2012 jam 1.20pg, hadiah hari lahir yang paling bermakna dari isteri tercinta.

Hidung ikut Umi, mata semestinya ikut Abi.heh!

Photo & Video Sharing by SmugMug

Ameer bermaksud ruler, prince, commander.
Muizzuddin bermaksud one who strengthens the Deen.

Semoga Ameer membesar menjadi anak yang soleh, sesuai dengan namanya. Amin..



Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Bertapa

Harap maaf. Pemilik blog ini sedang bertapa.