Wallpaper Calendar - December 2011

Click the image to download. Free of charge.heh!

Photo & Video Sharing by SmugMug

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Muda dan Berbahaya

Semasa kami form 4 kami agak tidak ngam dengan batch atas kami, form 5. Aku tidak pasti macam mana permusuhan ini bermula. Katanya, mereka ini lebih disayangi cikgu-cikgu di sekolah budak-budak pandai, tempat kami belajar itu. Mereka baik-baik belaka, kononnya tiada seorang pun di kalangan mereka yang buri, ketika itu, berbanding kami yang kononnya haprak-haprak belaka, bak kata sesetengah.

Pernah satu hari hampir tercetus satu pergaduhan besar. Biasalah petang-petang, kami bermain bola di dataran, depan dewan makan. Form 4 ada, form 5 ada. Form 4 main team form 4, form 5 main team form 5. Mula dengan sentuh-sentuh, cuit-cuit, kemudian jadi semakin kasar, ditambah dengan caci maki. Akhirnya bola dicampak tepi, kedua puak mula berkonfrontasi. Ada yang bersiap-siap nak terjun tingkap, nak join sekaki. Kau pernah tengok cerita Young and Dangerous? Ketika geng-geng Hung Hing berdepan dengan geng Tung Tsing. Ha, begitulah keadaan ketika itu.

Mujurlah kebetulan petang itu, ada warden yang mengajar muzik kat bangunan sebelah perasan. Terus dijerkah dan dihalau kami yang ketika tu bagai dirasuk. Kalau tak, aku pasti, pergaduhan besar akan terjadi, dan akan jadi sejarah zaman berzaman, sekolah budak-budak pandai itu.

Itulah salah satu peristiwa yang aku ingat ketika masih muda dan berbahaya dulu. Sekarang ini aku, dan kebanyakan kami dah berubah, cuba menjadi semakin matang dan mencari ketenangan hidup.heh!

NOTA KAKI
Kadang-kadang terasa rindu juga untuk ke sekolah budak-budak pandai itu, walau pun tiada apa yang aku tinggalkan di situ, selain kenangan.


Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Fasha Tak Sendat Lagi

Photo & Video Sharing by SmugMug Gambar ini gua ambil di Sure Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu hari. Bukanlah gua nak sangat pergi, tapi stadium tempat Sure Jom Heboh ni sebelah hospital tempat gua kerja. Singgah lah sekejap, sambil-sambil tengok, betul ke tidak orang kata Fasha Sanda datang Kelantan pakai tudung. heh!

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Pan Asian

Suatu hari sedang gua berjalan dengan bini, gua ditegur seorang lelaki berwajah pan asia yang kacaklah juga, bak jejaka-jejaka komik The Oriental Heroes, dalam bahasa yang gua tidak fahami.

Gua meluaskan mata, membuat mimik muka terpinga-pinga.

"Chinese?",tanyanya lagi.

"No, no.", balas gua seraya memandang bini gua.

"Chinese..", gua ulang sambil membuat muka bangga. Buah hati gua itu mencebik, dan kami tergelak bersama-sama.heh!

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Lari Ke Tasik, Ketika Masih Berdua

Photo & Video Sharing by SmugMug

Agak susah untuk kami rancang cuti bersama, walau apapun yang orang cerita, atau apa sistem pun yang pak menteri cipta. Nak dijadikan cerita kami dapat cuti sehari dua, sebelum melangkah ke department yang lain pula . Nak jadikan cerita juga, cuti kali ini kami ke Tasik Kenyir, Terengganu. Cuti rehatkan minda, getaway kata orang putih,heh!

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir ini merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Luasnya dikatakan setara Singapura. Di sini terdapat pulau-pulau yang dulunya merupakan puncak-puncak bukit dan gunung. Kau boleh sewa bot untuk ke destinasi-destinasi tertentu di pulau-pulau ini.

Kosnya bolehlah tahan, kalau kau pergi ramai-ramai. Kalau pergi berdua agak sengkeklah juga. Satu bot sekitar RM60-RM1500, bergantung kepada aktiviti dan lokasi. Di sini kau boleh mandi-manda di beraneka air terjun, memancing, lawat taman herba, bermain-main dengan ikan kelah, berkhemah dan sebagainya. Yang RM1500 tu kau boleh sewa rumah bot yang boleh muat 18 orang, pergi kemana saja kau suka di situ, selama 2 hari 1 malam. Aku berangan-rangan untuk sewa bot ni, suatu hari nanti

Di bawah ini ada beberapa gambar panorama yang sempat aku ambil, kalau kau nak hayati. Klik "Read more" di bawah jika kau di laman utama.

Oh ya, perut buah hati aku sebegitu kerana berisi sesuatu.heh!

Berapa Harga

Akhbar ini
Kubaca kuteliti
Hujan puluru sana-sini
Nyawa manusia kian tiada harga
Pilihan raya kecil tak henti-henti
Harga barangan naik lagi

Hati kecilku kembali bertanya
Berapa harga seekor lapar seorang nelayan
Harga seguni miskin seorang petani
Harga sekilo derita seorang penoreh getah
Harga setitik peluh seorang buruh kasar
Di bawah panas mentari
Semangkuk darah seorang askar
Berapa harga.

Lim Kim Hui
Utusan Zaman, 11 Jun 1989

Sajak ini memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1989 dan termuat dalam antalogi Surat dari Kuala Lumpur.

Cuba kau lihat tahun puisi ini dikarang - 1989. Sembilan belas lapan puluh sembilan.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Terus Dari Minda

Seorang sahabat bertanya, bila nak update blog? Sudah lama dibiarkan sepi, menghambat penghuni yang bertandang.

Bukannya sengaja taknak update. Banyak benda yang aku nak cerita - Pengalaman pahit manis kehidupan, cerita-cerita alam kerja, karenah-karenah manusia yang bermacam ragam, pandangan tentang sistem-sistem ciptaan manusia yang semakin caca-merba, kritisan minda dan teguran-teguran manja.

Nak aku sambung siri-siri yang aku mulakan - Siri Umar Denjeros dan Siri Housemanship During My Time umpamanya. Nak juga aku tambah slot-slot pendek siri pendidikan pesakit atau apa-apa yang berkenaan.

Tapi tu lah, selain kekangan masa, sedikit sukar nak aku terjemahkan buah fikiran ini kepada askara-askara untuk kalian baca.

Kalaulah blog ini boleh ditulis terus dari minda.



Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

During My Time

"During my time, baju ayah buat dari getah je."
"Kain payung terjun yang tuk sedara askar kau tu bawa balik, nenek kau jahit, buat baju, during my time."
"During my time, orang gali kubur orang kaya, curi kain kapan depa yang banyak lapis, buat baju nak pakai."
"During my time, tanak nasi campur dengan kulit pisang, bagi anak-anak makan. Beras tak cukup."
"Cawan pun buat dari buluh, during my time."
"During my time, gaji Koperal RM75 saja."

"Kalau nak kira during my time, during my time,tak ke manalah kita. Asyik di takuk lama saja," sambung ayah aku, sambil tangannya meramas-ramas ikan kembung panggang tawar,dengan budu bergaul tempoyak itu.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Peace Train

Tiada kata madah pujangga, hanya lagu untuk dihayati.

Ngise'Khaya, Ngise'Khaya.

Layan..



Liriknya di sini.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Aprilia RS 125

Photo & Video Sharing by SmugMug
Ini buah hati gua yang lagi satu. Namanya April, berasal dari Italy,heh!

Bukan, ia bukan superbike, tapi hanyalah sebuah sportbike. Kalau lu nak panggil ia kapcai pun gua tak kisah.

Gua ingat nak tukar solekannya. Ada idea yang bernas?

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Konvoi Rock Riders

Ini hari Rock Riders ada anjur konvoi sempena perasmian pasar tani mega teman FAMA di Tunjong, Kota Bharu. Ini hari juga gua dapat off hari minggu selepas sebulan ulang alik kurang lebih 40km, kerja tak henti-henti. Awek cun buah hati gua pula post-call hari ni, tak larat lagi nak ke mana-mana. Jadi dengan tanpa segan silunya gua join konvoi berkenaan.

Jam 9 pagi berkumpul, jam 9.30 gerak. Ada dekat 50 buah gua rasa - yang easy, yang naked, yang sport, semua ada. 5-6 buah polis trafik iring beb. Lintang motor depan kereta, sekat-sekat jalan. Memang bikin panas. Maaflah kalau lu salah seorang drebar kereta-kereta tu.

Gua pula tertinggal beg duit, lesen tak bawa. Tak boleh lah nak tunggu lama-lama. Mujur menang cabutan bertuah. Dapat lah Maggi sebungkus dengan madu satu botol. Kamera gua bawa, tapi bateri pula tertinggal. Tak dapat ambil gambar bukti.

Lain hari kalau ada aktiviti macam ni gua nak join lagi, walaupun segan juga sebenarnya - motor orang lain semua vroom-vroom, motor gua preng-preng saja. Nanti dah jadi pakar gua nak angkat motor lagi besar. CBR 100 mungkin.

P/s : Entri pasal motor kenalah cakap lu-gua. Awak-saya, you-i rasa tak kena pula.heh!

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Itu Hari Aku Eksiden

Photo & Video Sharing by SmugMug Itu hari, 2 April. Aku sauk jeket putih Gerd Muller, aku sarung gloves Bell, aku pakai fullface Grayfosh. Di belakang kupikul beg berisi baju, berus gigi, minyak rambut, stethoscope dan lain-lain. Dalam kepala terngiang-ngiang lagu Menuju Impian dendangan Kaza. Memang feeling gila-gila remaja habis.heh!

Jalan lembab, udara nyaman, aku syak semalam hujan. Aku membelah keheningan pagi. Si Aprilia masih dalam pantang. Meter 6000-7000rpm saja. Belok sana belok sini, lupa yang aku ni rabun ayam. Kat depan ada jambatan tak siap. Dah dekat baru aku perasan kereta-kereta dah perlahan, dan jalan dah jadi satu arah.

Aku brek, terus terbabas. Aku dan Aprilia terseret dengan aku melekat di situ. Sebijik macam adegan jatuh di MotoGP, kalau kau dapat bayangkan. Cuma tiada api memercik dan tayar-tayar kat tepi sahaja, hanya kepala jambatan yang aku nyaris-nyaris nak merempuhnya. Aprilia calar balar, signal tercabut, gear patah.

Aku? Alhamdulillah. Calar kaki sedikit sahaja, dengan jari kelingking yang sampai sekarang tak boleh nak bengkok. Tunggu kereta sampai, si Aprilia aku tinggal, terus sambung perjalanan, ke Tanah Merah, untuk oncall hari itu.

Mahu saja aku EL tapi siapa nak ganti? Kami berdua sahaja yang mereka hantar. Oncall selang sehari selama sebulan, during my time punya pasal. Pergi pagi ni balik petang esok. Agak-agak bila aku boleh pergi repair?

Apa-apahal, hidup mesti terus. I love my job!!

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Cuti. Bola. Kawan-kawan

Sudah lama aku tidak turut serta perjumpaan bekas budak-budak Jenan, sungguh. Bukan depa tidak buat. Ada. Tapi aku yang tidak berkesempatan, lantaran belenggu tempat dan masa. Dan semalam, dilangsungkan kejohanan futsal alumni SMSAH (baca: Sek Men Sultan Abdul Halim, Jenan, Jitra, Kedah).

Seawal sebulan lagi aku diberitahu. Bolehlah aku rancang cuti dan jadual, yang kau sedia maklum teramat kejam, bagi seorang pegawai perubatan siswazah, seperti aku. Terus aku tempah tiket penerbangan murah dan terbang membawa semangat kesukanan dan setiakawan. Tak terbang pun sebenarnya. Aku terlepas flight, terus burn tiket. Syarikat penerbangan murah, seperti yang kau sedia maklum, amat tidak bertimbang rasa. Mujur ada Najib yang sudi ambil aku di stesen Shah Alam.

Pasukan kami Batch 2003-C, fighters fight kata Eja. Menang 1 perlawanan sahaja. Ok lah tu bagi kami dah dah berkarat urat sendi ni. Sudah lama tidak keluar peluh seronok juga rasanya. Sudah main kami lepak makan-makan di Murni Discoveries. Orang kampung macam aku dan Mussaddiq mana pernah makan sini. Aku makan ayam Napoleon dan minum air "i love you". Ya, memang namanya sebegitu. "I kiss you satu", kata Musaddiq kat pelayan lelaki berseluar yankee itu. Malamnya cadang nak ke show Argon, tapi semua terlelap tak bangun-bangun.

Sudah lama tidak lepak ramai-ramai macam ni. Seronok juga gelak-gelak kongsi cerita. Ramai yang dah kerja stabil, ramai juga yang merancang untuk berkeluarga. Aiman kata nanti kita buat hari keluarga pula. Bawa anak dan bini. 5 tahun lagi aku kata.

Masa balik aku ada masalah lagi dengan penerbangan tambang murah ni. Sampai lambat tak boleh check in. Terpaksa beli tiket untuk next flight. Balik lepak dengan Kapten Gagah dan Matyie. Petang ni bermesra dengan bini nombor dua sekejap, sementara tunggu bini nombor satu balik kerja.heh!

Esok, hidup macam biasa, kerja macam tak berkesudahan. On call lagi. I love my job!

Gambar-gambar boleh layan di sini. Hasil kerja E'o.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Demi Masa

Photo & Video Sharing by SmugMug

By the declining day,
Lo! man is in a state of loss,
Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.
[103:1-3]

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Housemanship During My Time - Cuti Rehat

Kalau nak tahu, house officers (aka H.O. aka housemen) sekarang perlu melalui 6 posting berlainan (medical, surgical, orthopedics, paediatrics, obstetrics & gynecology dan accident & emergency/anaesthesiology) dalam tempoh 2 tahun, berbeza dengan housemen dulu yang hanya perlu melalui 3 posting sahaja (medical/paediatrics, surgical/orthopedics dan obstetrics & gynecology) dalam tempoh 1 tahun.  Tidak kiralah satu tahun, atau dua, setiap posting lamanya 4 bulan, jika tiada aral melintang.

Seorang houseman dibenarkan untuk mengambil cuti rehat selama 8 atau 9 hari setiap posting (25 hari setahun). Di HKB ini ada department yang tidak membenarkan cuti panjang terus atau sekaligus. Surgical department misalnya. Kadang-kadang nak dapat cuti 3 hari pun susah. Tapi tengok juga. Ada kes-kes tertentu kau boleh ambil cuti lama. Aku pernah ambil cuti 3 hari, sebab nak ke Johor teman insan tersayang bawa balik kereta dari sana.

Harus diingatkan cuti 8 atau 9 hari tersebut, jika kau tak habis guna, kau tidak boleh bawa ke posting seterusnya. Contohnya, jika kau cuti 2 hari sahaja ketika di medical, cuti kau ketika di surgical nanti tidak akan bertambah menjadi 15 atau 16 hari. Biasanya housemen akan ambil cuti 2 hari setiap bulan jika tiada rancangan untuk kumpul cuti untuk digunakan ketika nak jadi M.O. (Medical Officer) nanti. Nak seronok, jika department kau sempoi, mintalah cuti rehat panjang sikit sebelum kau mulakan posting yang baru (end posting). Biasanya cuti end posting ni bos bagi lama sikit.

Aku ambil cuti rehat end posting selama 3 hari. Mulanya nak ambil 4 hari, tapi bos kata rugi. Hari last baik tak payah cuti sebab kau perlu datang hospital juga untuk selesaikan urusan tamat posting dan urusan lapor diri di department yang baru. Apa aku buat? Cadangnya nak ke KL lantaran ada urusan sedikit. Malangnya urusan tidak jadi dan terpaksa diganti dengan acara lain. Cuti dihabiskan dengan jalan-jalan, rehat-rehat, makan-makan, membeli-belah bersama keluarga dan insan tersayang. Cuti 3 hari tidak sempat nak pergi jauh. Namun, sempat jugalah kami berbabeku di pantai ketika cuti ini, walaupun masih lagi monsun dan pantai tidak berapa nak cantik lagi.

Sempat juga kenal seorang mat saleh dari Toronto yang kerjanya merantau sepanjang 12 tahun ini di sekitar asia dan terbaru, menyewa sebuah chalet selama setahun di Sri Permai Resort di Kandis, Bachok, tempat kami berpiknik itu. RM1500 sebulan beb! Seorang yang peramah, yang suka dengan keramahan dan senyuman rakyat tempatan yang tidak plastik. Percaya kepada kekuatan minda manusia, Mike, duda Canada ini bercita-cita untuk menyediakan khidmat hypnotherapist, suatu masa nanti. Hypnotherapy, dalam bahasa mudahnya, rawatan pukau!

NOTA KAKI
SATU
Kebetulan, hari ni, hari jadi aku. Buka-buka facebook nak tengok ada ucapan atau tidak.
"Tak ada orang ucap pun selamat hari jadi kat facebook ni ha", kata aku.
"A'ah la. Birthday dia. Selamat hari jadi.ehe", kata buah hati aku.heh!

DUA
Sempat juga aku lamar bini nombor dua, ketika cuti 3 hari ini. Akan kuceritakan, nanti, bila dah jadi. Tungguuuuuuuu.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Najib - Sebuah Memori

Photo & Video Sharing by SmugMug
Memori pertama yang aku dengan Najib, yang aku ingat, 12 tahun dahulu,kurang lebih. Ketika tu aku baru belajar berdikari, ke asrama di sebuah sekolah budak-budak pandai di utara tanah air, berjauhan dari keluarga, membawa semangat 'keKelantanan' yang aku kira agak kuat juga, ketika itu.

Suatu hari seorang kawanku mengadu, yang Najib, budak Selangor itu, mengutuk dan memperlekehkan Kelantan, negeri kelahiran kami. Malam tu juga, selepas supper di dewan makan, aku tahan Najib, sound, jangan kutuk Kelantan. Kalau nak, kutuk aku. Punyalah gedebe aku ketika itu, konon-kononnya. Aku percaya, malam tu Najib mesti menyumpah aku gila-gila.heh!

Aku dan Najib sekelas. Pernah sekali satu hari mood aku tak best. Nak suasana senyap. Baca buku. Ada sekumpulan tengah bising. Terus aku baling buku yang aku tengah baca, suruh senyap. Esoknya aku cari buku tu (nak cari terus, segan. Baru baling takkan nak ambil balik.heh). Cari-cari tak jumpa. Lama kemudian aku dapat tahu yang Najib dah buang, dalam tong sampah, buku, yang aku baling tu.

Najib dan aku sama-sama main ragbi, sama-sama main bola. Banyak sukan kami main sama-sama. Di sekolah tu yang main sukan orang yang sama sahaja. Aku syak itu yang mendamaikan kami. Berlatih sama-sama, main sama-sama. Lama-lama kami semakin rapat. Malam-malam bila lampu padam, hari minggu terutamanya, kami bersembang. Banyak cerita yang kami kongsi. Termasuk pasal hati dan perasaan. Aku tahu Najib minat awek mana, dan Najib tahu aku minat awek mana. Ya, kami agak jiwang walaupun nampak ganas, ketika itu.

4 tahun kami sekelas. Najib boleh dikatakan antara kawan baik aku di sekolah pandai tu. Banyak juga benda nakal kami buat sama-sama. Ada juga satu kes yang hampir menyebabkan kami bergaduh besar. Pernah Najib kantoi kes ayam golek (pukul). Najib kena gantung seminggu. Lepas kena gantung tu aku perasan Najib berubah, jadi semakin fokus dengan pelajaran. Najib berubah bukan sebab kena gantung, aku rasa. Tapi sedar akan target sebenar kami ke sekolah tu. Tambah-tambah lagi SPM dah makin dekat. Kami punya cita-cita yang sama - doktor. Secara jujur aku kagum dengan Najib. Semangatnya kuat, walaupun sentiasa dipandang serong dan dianak-tirikan oleh sesetengah cikgu.

Keputusan SPM Najib sungguh cemerlang. Kami dapat tawaran ke matrikulasi yang sama, juga di utara tanah air. Kami ke sana, menunggu untuk mendapat tawaran lain. Kami teruskan hidup di matrikulasi sebagai priya-priya kesepian. Aku dapat tawaran ke Russia. Dengan keputusan Najib yang cemerlang ditambah dengan aktif sukan dan persatuan, aku cukup yakin Najib akan dapat tawaran. Tapi mungkin tuhan ada rancangan lain, yang lebih baik untuk Najib.

Setelah ke Russia kami kurang berhubung. Bukan lupakan kawan, tetapi jarak yang memisahkan ditambah dengan perangai aku sendiri. Aku kini bukan lagi antara kawan yang paling rapat dengan Najib, aku rasa. Walaupun begitu, apa-apapun, kita tetap peng yu, bak kata XPDC.

NOTA KAKI
Aku tulis ni sempena perkahwinan Najib dengan insan pilihan hatinya baru-baru ni. Cuma sekarang baru sempat siapkan dan pos. Kepada Dhalila, jagalah sahabatku ini baik-baik. Najib ni sensitif orangnya.heh! Semoga rumah tangga kalian diberkati, insyaAllah.


Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Housemanship During My Time - On Call

Tugasan atas panggilan atau on call adalah satu istilah yang biasa di sebut oleh doktor-doktor. Secara ringkasnya on call ni merupakan kerja selepas waktu kerja, bersiap siaga, menunggu panggilan. Lebih kurang overtime jugalah. Ada banyak jenis on call. Ada yang jaga wad ni, ada yang jaga wad sana, ada yang seorang ada yang berdua. Ada yang aktif ada yang pasif. Mungkin berlainan mengikut jawatan (H.O./M.O./Specialist) atau mengikut unit atau bahagian.

Jika kau on call, pada hari-hari biasa, selepas tamat kerja jam 5.00 ptg, kena sambung lagi sampai jam 8.00 pg esoknya, kemudian sambung kerja seperti biasa hingga jam 5.00 ptg. Jika on call hujung minggu atau hari cuti, kau akan kerja dari jam 7.00 pg hari ini sehingga 8.00 pg keesokannya. Kemudian kau boleh balik terus, jika kau tidak buat ward round hari tersebut. Jika tidak, kerja perlu disambung. Hujung minggu kau kerja sekerat hari sahaja, itupun jika kerja siap. Jika kira, kau kerja 34 jam tanpa henti, pada hari-hari biasa, yang kau on call.

Apa yang kau dapat? Jika kau houseman macam aku, kau akan dapat RM 100 untuk setiap on call pada hari biasa, atau RM 110 untuk oncall hujung minggu atau hari cuti. Selain waktu tidur yang terhad, kau juga mungkin dapat pengalaman yang pelbagai, berhadapan dengan aneka ragam pesakit. Di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu ini kau perlu on call lebih kurang 7-10 kali sebulan. Aku dengar ada hospital yang 3 hari sahaja. Ada juga yang sampai belas-belas hari.

Biasanya setiap kali on call housemen akan bertanya, siapa rakan kau yang on call sama, siapa MO, atau siapa specialist yang akan round, atau siapa doktor bius atau doktor bahagian lain yang bertugas, untuk kau rujuk - garangkah, atau baik kah, atau jonah kah.

Jonah merupakan istilah yang kami sebut bagi orang yang ketika dia on call, banyak kes yang akan masuk, atau banyak perkara yang perlu dibuat, sampai kadang kala tidak tidur. Aku tidak pasti asal usul perkataan jonah ini. Aku syak Jonah merupakan nama housemen pertama di Malaysia, atau mungkin di dunia. Mungkin juga Jonah ini orang pertama yang cipta sistem on call.

Setelah kau on call, kau akan sebut post call. Maknanya kau baru on call semalam. Aku tidak nampak apa signifikasi istilah ini. Kau tetap kena kerja seperti biasa juga, post call atau tidak.

NOTA KAKI
Aku tulis ni ketika aku sedang on call. Lebih kurang 2 pagi. Fatimah, partner aku oncall kali ni sudah tertidur di kaunter jururawat, menunggu kehadiran M.O. Malam ini kami agak jonah.

Bila Tuhan Berbicara

Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan pula ekstremis agama. Sedangkan Mazlan, doktor perubatan yang masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda. Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dengan sebuah dunia baru yang diperintah wanita, Paduka Ratu.

Novel drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali ditemui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat mengesan jiwa. Dialog dan monolognya memberi cerminan kepada perangai, nilai dan falsafah kewujudan manusia.

Prosa segar Faisal Tehrani ini harus dimiliki.

- Sudah lama dimiliki, namun entah bila mau dihabisi.heh!

Sepasang Angsa Kelabu Untuk Dijual

Sepasang angsa kelabu untuk dijual. Usia sekitar 3-4 bulan ketika iklan ini di tulis. Masih uda dan dara. Sedap untuk dibuat gulai jika bukan untuk dibela.

Lokasi : Kota Bharu
Harga : RM200 sepasang

Harga masih boleh dirunding. Hubungi Hj. Husin (09-7486586) jika berminat.

Housemanship - During My Time II

Satu

Pernah suatu hari seorang bos aku bertanya, "Apa kamu rasa tiap-tiap pagi datang kerja?"

Ada yang jawab rasa serabut, kerja tak siap. Ada yang jawab rasa berdebar-debar.

"Kalau kamu nak tahu, zaman kami dulu, nak datang kerja rasa takut."

Dua

Pernah suatu hari seorang bos aku (yang lain) bercerita, "Ada seorang kawan saya, kena maki, hamun, baling fail, cekik tali leher dengan specialist, MO, sampai trauma. Sekarang kerja bahagian pengurusan. Sampai sekarang masih follow up regularly dengan pakar jiwa."

Peh!

Tiga

Pernah suatu hari seorang bos aku (yang lain pula) memberi bercerita, sambil memberi nasihat, "Kami dulu diajar dengan cara barbaric. Sekarang ni kebanyakan specialist tidak begitu, kalau ada pun maki sahaja. Kamu semua kena berusaha bersungguh-sungguh. Saya tak kisah dari Russia atau Ukraine atau mana-mana sahaja. Show good attitude. Everyone is subject to extension, unless u impress me."

Housemanship - During My Time I