Showing posts with label Rawak. Show all posts
Showing posts with label Rawak. Show all posts

Salad Minda

Hmm. Gua tak pos apa-apa entri rupanya bulan lepas. Tak tercapai jugalah azam sekurang-kurangnya 1 bulan 1 entri gua. Dalam otak gua ni banyak nak cerita. Nak cerita pasal kisah masyarakat kita yang pelbagai, nak bagi pendidikan pesakit, yang gua rasa penduduk negara 1 Malaysia ni amat kurang faham, isu-isu semasa, cadangan dan idea-idea, kritikan bernas, siri-siri pendek berkenaan hidup di asrama dan lain-lain. Tapi entah, bahasa pemikiran susah nak diterjemahkan ke tulisan. Kalau nanti diciptakan satu alat yang boleh berbuat demikian - menaip terus dari pemikiran, ala alat yang Doraemon bagi kat Nobita itu, mungkin gua orang pertama yang akan beli. Hmm.. Apa lagi nak cerita?

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Terus Dari Minda

Seorang sahabat bertanya, bila nak update blog? Sudah lama dibiarkan sepi, menghambat penghuni yang bertandang.

Bukannya sengaja taknak update. Banyak benda yang aku nak cerita - Pengalaman pahit manis kehidupan, cerita-cerita alam kerja, karenah-karenah manusia yang bermacam ragam, pandangan tentang sistem-sistem ciptaan manusia yang semakin caca-merba, kritisan minda dan teguran-teguran manja.

Nak aku sambung siri-siri yang aku mulakan - Siri Umar Denjeros dan Siri Housemanship During My Time umpamanya. Nak juga aku tambah slot-slot pendek siri pendidikan pesakit atau apa-apa yang berkenaan.

Tapi tu lah, selain kekangan masa, sedikit sukar nak aku terjemahkan buah fikiran ini kepada askara-askara untuk kalian baca.

Kalaulah blog ini boleh ditulis terus dari minda.



Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

During My Time

"During my time, baju ayah buat dari getah je."
"Kain payung terjun yang tuk sedara askar kau tu bawa balik, nenek kau jahit, buat baju, during my time."
"During my time, orang gali kubur orang kaya, curi kain kapan depa yang banyak lapis, buat baju nak pakai."
"During my time, tanak nasi campur dengan kulit pisang, bagi anak-anak makan. Beras tak cukup."
"Cawan pun buat dari buluh, during my time."
"During my time, gaji Koperal RM75 saja."

"Kalau nak kira during my time, during my time,tak ke manalah kita. Asyik di takuk lama saja," sambung ayah aku, sambil tangannya meramas-ramas ikan kembung panggang tawar,dengan budu bergaul tempoyak itu.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Bila Tuhan Berbicara

Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan pula ekstremis agama. Sedangkan Mazlan, doktor perubatan yang masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda. Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dengan sebuah dunia baru yang diperintah wanita, Paduka Ratu.

Novel drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali ditemui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat mengesan jiwa. Dialog dan monolognya memberi cerminan kepada perangai, nilai dan falsafah kewujudan manusia.

Prosa segar Faisal Tehrani ini harus dimiliki.

- Sudah lama dimiliki, namun entah bila mau dihabisi.heh!

Gua Budak Tadika

TADIKA TENGKU ANIS
YAYASAN ISLAM KELANTAN

Laporan Kemajuan Kanak-Kanak


Photo & Video Sharing by SmugMug

Nama Kanak-Kanak : Mohd Hafizuddin Bin Husin @ Mohd Hussin
Kelas : 5 Ali
Nama Guru Kelas : Salma Binti Zakaria

A. PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial agak baik tetapi sensitif dengan gelagat kawan dan guru. Suka menangis.
Kesedaran mengenai sesuatu yang dilakukan sudah ada.
Rajin mengurus aktiviti harian.

B. PERKEMBANGAN EMOSI
Perkembangan emosi sensitif. Kebolehan berdikari dan membuat keputusan baik dan meyakinkan.
Ketekunan dan sifat ingin tahu terhadap satu-satu benda sangat baik membuat kanak-kanak ini makin aktif dan matang dalam segala aktiviti.

C. PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal dan mental seimbang.
Kepantasan bagus - cergas dan aktif.

D. PERKEMBANGAN MORAL
Perkembangan moral yang dimiliki kanak-kanak ini sangat baik. Sudah menyedari sesuatu yang dilakukan dengan baik contohnya kesalahan yang dilakukan disertai dengan meminta maaf.

E. PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
Perkembangan intelektual kanak-kanak ini menampakkan satu peningkatan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran. Ini disebabkan kanak-kanak ini rajin dan tekun dalam menyelesaikan aktiviti yang diberi. Tumpuan yang diberi agak baik serta mempunyai daya kreativiti yang bagus.
Senang mengikut arahan dan nasihat yang diberikan.

F. MEMBACA/BACAAN
Memuaskan

G. MENULIS/TULISAN
Baik dalam semua aktiviti yang diberi.
-Tahniah kejayaan menunggu anda.

H. NOMBOR
Memuaskan dan membanggakan dengan kecemerlangan yang dimiliki kanak-kanak ini di peringkat tadika.

PERTUMBUHAN FIZIKAL KANAK-KANAK
a) Berat Badan 20.5 kg.
b) Tinggi 122.5 sm.

Catitan Ibubapa:
Saya telah baca segala laporan anak saya ini dan saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada cikgu yang telah mendidik anak saya ini dengan jayanya.
- HJ. MOHD HUSSIN B. IDRIS P.T., P.B.

Heh!

Kata-kata Hikmat Untuk Hari Ini

"Orang biasa nampak kelemahan orang yang jauh. Yang dekat dipejamkan mata sahaja. Kononnya sudah sempurna"
-Hafizuddin Husin, Volgograd

Hajat

Banyak benda aku nak buat..

Aku nak tulis blog. Aku nak lukis potret awek cun yang aku mengurat dulu, nak asah balik hobi lama aku. Nak ambil gambar bermacam benda. Nak habiskan masa membaca. Macam-macam.

Tapi bak kata Kartini kepada Din Toyon, "Kadang-kadang benda yang paling kita nak, paling susah kita nak dapat".

Mungkin sama juga dalam kes aku ni. Lantaran masa yang dirasa tidak cukup, musim peperiksaan yang kadang-kadang mendatangkan gemuruh, kadang-kadang. Ah, manusia! Manakan pernah berasa cukup.

Aku curi sedikit masa, ambil kesempatan tulis nota ini. Pergh, ayat macam jiwang.eheh! Tapi betul, serius. Sebab lepas ni aku mungkin akan berehat sebentar. Sebulan dua, mungkin. Bersara sekejap dari dunia tanpa sempadan.

Aku nak meluangkan masa berkualiti bersama awek cun yang aku mengurat dulu - melancong, berBBQ, bercanda.heh!

Sepanjang cuti 2 bulan ini, insyaAllah aku akan cuba juga menulis. Menyatakan cetusan-cetusan otak aku yang semakin berkarat. Menyiapkan siri Awang Denjeros yang tak kunjung sudah. Walaupun secara offline, mungkin. Akan ku jadikan stok, aku poskan di sini secara perperingkat, mungkin.

Mungkin..semuanya mungkin..

Tak Sedar Diri

Paris"Nanti kita naik kereta api 36 jam sampai St. Pete. Kita lepaklah sana 2-3 hari. Lepas tu kita naik atas, ke Helsinki sebelum Tallinn dan Riga. Dari situ kita ke barat pula- London, Paris, Berlin. Kemudian kita turun Moscow. Nak balik sini naik bas pun tak apa", kata aku.

"Exam tak mula lagi otak kau dah pusing-pusing Europe. Gila apa!", kata aku yang satu lagi.

KESedaran

Kita tahu ramai orang tidak sukakan kita,
Tapi pernahkah kita tanya diri kenapa?

Ayam vs Itik

Aku sms Chris - BM
Chris mesej aku - BI

Aku faham Chris, Chris faham aku.

No problemo

Jati Diri

Aku rakyat Malaysia

Seluar baju aku dari Siam
Tinggal aku di Russia
Makan aku beras Vietnam
Bola, aku sokong Argentina

Orang Kita, Orang Amerika

Satu

Berapa hari lepas, aku ada buat promosi di blog ini (tengok entri lu join lu rock) dan di facebook. Peraduan teka silang kata, dengan harapan ramailah orang kita yang masuk. Siapa-siapa menang nak kasi tulisan khat. Bukan aku yang buat, tapi seorang kawan aku yang kacaklah juga yang buat. Aku tukang bubuh warna sahaja.

Peraduan tu terbuka kepada seluruh penduduk planet bumi. Bayaran RM 10 sahaja. Duit tu kita nak masuk tabung Masjid Kirovsky. Buat bekal kita bila dah dah kena balut kain serba putih nanti. Aku syak ramai orang akan masuk. Jadi aku buat peraturan, kalau ada ramai yang hantar jawapan betul, kita akan pilih berdasarkan cabutan.

2-3 hari lepas tu, aku dapat tahu, yang ada sedikit masalah dengan peraturan tu - mengandungi unsur-unsur perjudian. Terima kasih kepada kawan-kawan aku yang tolong beritahu. Apa lagi, padamlah peraduan tu. Gila apa, duit hasil judi haram tu beb! Matlamat tak menghalalkan cara. Kalau dah haram, haram juga.

Cara nak mengelak, kau letak slogan. Kau pilih pemenang berdasarkan slogan yang kau rasakan menarik, macam peraduan teka silang kata Bulan Amali Muslim tiap-tiap minggu di Volgograd ni. Ada seorang lagi kawan aku yang sama kacak mempersoalkan, pasal yuran penyertaan - berkenaan kalau nak masuk kena bayar. Yang ni kau kena tanya ustaz-ustaz yang mahir bab-bab ekonomi Islam.

Dua

Lama sebelum sebelum 2-3 hari lepas, Aku tengok cerita the apperentice. Ala cerita yang orang lawan-lawan buat bisnes tu. Bos dia suka muncung-muncung, ada street smart lah book smart lah. Yang aku tengok tu versi selebriti, duit untung dia orang buat amal jariah (baca : charity).

Episod tu depa buat cupcake, kemudian jual. Ada juga orang beli walaupun rasanya bukanlah sedap mana. Harga biasalah, mestilah mahal sikit. Kebajikan.

Jual tepi jalan. Banyak orang beli. Ada yang beli dengan harga sampai ribu-ribu dolar sebiji. Punyalah pemurah, kerja amal punya pasal.

Tiga

Aku ingat nak jual tulisan khat yang kawan aku yang agak kacak tu buat. Boleh letak di blog-blog, friendster, myspace, facebook dan lain-lain. Duit tu masuk tabung Kirovsky semua sekali. RM 10 ke 20 ke 30. Agak-agak ada orang beli tak?

Jumaat? 13?

Orang putih kata hari Jumaat dan 13 dua-dua pembawa malang.

Gila apa. Mana ada benda atau makhluk yang boleh tentukan qada dan qadar kau. Mana ada makhluk atau benda yang lebih berkuasa dari Allah, yang maha perkasa.

Takutkan nombor 13 dipanggil triskaidekaphobia. Sukakan nombor 13, macam aku ni dipanggil triskaidekaphilia, mungkin.

Jumaat pula hari yang mulia dalam Islam. Kelantan cuti hari Jumaat. Itu aku suka.

Pelajar terbaik SPM 2008 anak nelayan, Nik Normadiha, pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, dibawah Yayasan Islam Kelantan.

Takutkan Kelantan dipanggil Kelantanophobia, mungkin.

Buah Hati

Lahir di Malaysia, menetap di Oxford, UK. Bertolak ke Rusia hujung Februari lalu. Akhirnya sampai juga si dia setelah 3 minggu aku menunggu. Syukurlah semuanya selamat.

Bakal-bakal DoktorNamanya dalam surat beranak Canon Powershot A560. Aku gelar dia 'The Memory Keeper', sesuai dengan tugas yang bakal dilaksanakan.

SerabaiGambar-gambar di atas aku dah kecilkan, jadi kurang 100kb setiap satu, supaya kos untuk melihatnya kurang 1 Ruble. eheh.

Aku dah semakin serabai. Dah nak kena gunting rambut nampaknya.

Pernikahan Kami Ibrah Buat Kamu



Video ini dibuat semasa pernikahan Syafiq minggu lepas. Hujung-hujung video ni kau akan nampak seorang lelaki yang mungkin kau cam, berbaju hijau, di sebelah awek cun yang mengurat aku dahulu, juga berbaju hijau. Aku lah tu, heh!

Banyak lagi yang aku mengarut sebenarnya, tapi telah disunting oleh penerbit. Mungkin sebab penggunaan bahasa yang terlalu tinggi point-point aku berterabur sehingga aku sendiri pun tak faham. Entah kenapa, idea-idea aku pada masa tu terhenti-henti dan perkataan aku keluar tanpa sususan. Aku gemuruh, sungguh!

Soalan yang ditanya : tanggungjawab seorang suami dan cabaran kahwin awal. InsyaAllah, ada masa aku tulis balik apa yang aku nak cakap sebenarnya. Video di atas ada bahagian kedua. Kau boleh layan di sini.

::NOTA KAKI:: Aku ingat aku nak kurangkan gelak. Nampak gedik. Kenapalah tak ada orang sound. Cis!

Nikah

Cadangnya aku nak nikah 08.08.8.08. Tarikh cantik, senang nak ingat. Sayangnya tarikh tu tak cukup fleksibel untuk kami, saudara mara dan tuk kadi, mungkin. Kalau aku jadi nikah tarikh tu, mungkin hantaran pun jadi RM8,888.88. Silap-silap RM88,888,88. Peh!

Kalau bakal isteri kau orang Kelantan atau Terengganu, duit tu tak jadi hantaran, tapi jadi mas kahwin. Imam yang nikahkan kau kena sebut dalam akad nikah, "Aku nikahkan si anu dengan si anu dengan mas kahwinnya lapan ribu lapan ratus lapan puluh lapan ringgit lapan puluh lapan sen, tunai".

Mujurlah semasa jawab kau tak perlu sebut balik jumlah tu. Cukup sekadar "Gua terima nikahnya dengan mas kahwinnya sebanyak yang tersebut". Di Kelantanlah. Di sesetengah tempat, kau kena jawab balik, "Gua terima nikahnya dengan mas kahwinnya lapan ribu lapan ratus lapan puluh lapan ringgit lapan puluh lapan sen tunai".

Kau dah guna 5 saat extra untuk sebut jumlah duit tu. 5 saat masa akad nikah ni, samalah dengan 5 jam waktu-waktu biasa. Betul, aku tak tipu. Tu kalau kau sebut sekali nafas. Kalau kau jenis yang gemuruh, macam aku? Kalau saksi-saksi nikah tu jenis nak tunjuk otai, sebut tak jelas sikit je dia dah suruh ulang? Berpeluh kau.

Esok, akan diadakan satu majlis akad nikah buat kedua kalinya bagi pelajar-pelajar Malaysia, di Volgograd yang kononnya bumi pahlawan ini. Bermakna esok akan bertambah 1 lagi pasangan pelajar Malaysia di sini, menjadikan jumlah keseluruhannya 4 pasangan. Alhamdulillah. Biznillah.

Dari segi proses, nikah ni benda yang mudah, dari segi proses. Tak percaya kau tanya ustaz-ustaz. Malangnya sesetengah orang kita yang membuatkan ia jadi susah dan nampak susah. Aku harap nikah dijadikan budaya di Volgograd ni. Jiwa tenang, hidup jadi seronok,heh!

::NOTA KAKI::
Tahniah diucapkan kepada Syafiq Rosli dan Mazidah. Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga semuanya diberkati. Semoga kita menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah. Semoga berkekalan hingga ke akhirnya.

Renjatan

Semenjak dua menjak ni,
Aku sentuh itu - buzz
Aku sentuh ini - buzz

Aku syak sekarang ni aku ada banyak cas. Cas-cas negatif mungkin.

Mencari Identiti

Kadang-kadang aku terfikir, sedap juga kalau ada nama komersial. Nama yang bukan macam nama aku, tapi menggambarkan aku. Kalau orang melayu kata, kiasan.

Biasanya orang guna akronim, atau singkatan. Contoh yang cukup glemer dr. MAZA, aku rasa. Bagi yang suka baca tentang ekonomi Islam, mungkin nama UZAR cukup sinonim bagi mereka. Kawan-kawan di Volgograd ni juga tak kurang hebatnya, ABO dan ANIZA, misalnya.

Ah ya, nama IHAB juga biasa disebut di sini.

Aku cuba reka akronim untuk nama aku, tapi tak pernah jadi. Mohd Hafizuddin Bin Husin. Hm.. MHBH? Mohahus?

Atau mungkin aku boleh terbalikkan ejaan.Afiq jadi Qifa. Hafizuddin jadi Nidduzifah. Menarik juga.

Slumdog Millionaire

Exam dah habis, masa untuk cuti semester sebenar. Ada yang dah rancang macam-macam cuti ni. Ada yang tak tahu nak buat apa. Lebih-lebih lagi kepada yang tak pergi ke mana-mana. Bukan aku. Aku tak pernah tak tahu nak buat apa masa cuti, heh! Tidak di Volgograd ni, maksud aku.

Kepada yang suka tidur, inilah masa yang paling sesuai nak melaksanakan rutin murni kalian. Kau tidur pukul 7 malam ni, kau bangun pukul 7 pagi esok. Matahari pun tak terbit lagi. 12 jam tidur. Peh, macam beruang kutub.

Tapi kau kena ingat. Tidur itu mati sementara, mati itu tidur selama-lamanya. Lebih baik kalau kau beramal sedikit sebanyak cuti ni. Orang yang banyak amal, tidurnya dalam kubur nanti macam tidur pengantin baru. Macam mana? Kahwin dulu baru kau tahu.

Kalau kau nak tengok movie, aku cadangkan cerita Slumdog Millionaire. Filem ni targetnya cuma lepasan DVD, alih-alih menang 4 Golden Globes. Kau boleh tengok abang pengacara Who Wants To Be A Millionaire berlakon. Ah ya, nama watak utamanya Jamal. Jamal Malik.

Menyisih atau Tersisih

.