Showing posts with label Al-Quran wal Hadith. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran wal Hadith. Show all posts

Dua Puluh Tujuh


Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [55:13]

Raya - Kita, Mahram & ...

Esok hari raya. Biasalah, hari raya, salam dihulur maaf dipinta. Tapi dengan siapa? Atau dihulur sahaja? Sempena hari raya yang bakal tiba marilah kita sama-sama revise. Ilustrasi di bawah amat menarik dan agak mudah untuk difahami. Kredit kepada pelukisnya.





"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

Akhir kata, sempena hari raya ini saya dan keluarga ingin memohon maaf kepada saudara mara, kenalan handai atau sesiapa saja yang saya pernah berbuat salah, sama ada dalam atau luar sedar saya. Semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya.

P/s :
Raya pertama saya off post double shift.
Raya kedua saya kerja pagi, habis jam 430 ptg
Raya ketiga kerja petang, masuk jam 2 ptg
Raya keempat saya double shift lagi. 730pg-4ptg, 10mlm-8pg
Raya kelima saya ke Johor, ke rumah mertua

Demi Masa

By the declining day,
Lo! man is in a state of loss,
Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.
[103:1-3]



Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Kaedah Bermazhab

Adakah wajib beriltizam dengan satu mazhab?

Dalam permasalahan ini, terdapat 3 pendapat daripada ulamak ahli usul:

Pendapat pertama: Wajib beriltizam dengan satu mazhab kerana seseorang itu telah beri’tikad bahawa imam itu berada di dalam kebenaran.

Pendapat kedua: Tidak wajib bertaqlid kepada satu mazhab dalam setiap masalah berlaku bahkan dia boleh bertaqlid kepada mana-mana mazhab imam mujtahid yang dia ingini. Sekiranya seseorang itu bertaqlid kepada mazhab Hanafi, atau mazhab Syafie dia tidak wajib berterusan dengan mazhab tersebut bahkan dia boleh berpindah kepada mazhab lain.[1]Contohnya: Seseorang itu bersolat dengan mazhab Hanafi, pada keesokan harinya dia boleh bersolat dengan mazhab Syafie.

Pendapat ketiga: Imam Hamidi dan Imam Kamal ibnu Humam berpendapat sekiranya seseorang tersebut beramal dengan sesuatu mazhab di dalam sesuatu masalah, maka dia tidak lagi boleh bertaqlid kepada mazhab yang lain. Sekiranya amalan tersebut belum dilakukan, maka dia boleh bertaqlid kepada mazhab yang lain.

Pentarjihan: Dr Wahbah Zuhaili[2] telah mentarjihkan pada pendapat yang kedua, mengatakan ianya pendapat yang terkuat. Pada pendapat penulis, pendapat ini adalah yang benar kerana Allah tidak mewajibkan kita mengikut kepada mazhab yang tertentu, sebaliknya Allah mewajibkan kita mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan bertaqlid kepada suatu mazhab yang tertentu bukanlah sebagai suatu nazar yang wajib dipatuhi.

Hukum bertaqlid selain daripada mazhab yang empat

Dalam masalah ini, ulamak-ulamak berselisih pendapat:

Russian Winter

Lampu pijar, akan mengeluarkan cahaya yang terang, lebih terang dari biasa, sejurus sebelum ia terbakar.

Semasa musim sejuk sudah hampir ke penghujungnya, suhu di sini dianggarkan kurang lebih 16 darjah selsius bawah tahap beku, semalam.
Verily, when He intends a thing, His Command is, "be", and it is! (36:82)

Amrullah (Baitul Maqdis)

لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِAkan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”
(hadis riwayat Ahmad)

Tengok-tengok PalestinKini, jumpa lagu ini. Lagu hadis nyanyian Muadz. Jangan tanya aku siapa dia sebab aku pun tak tahu. Mungkin lagu lama, aku saja yang baru dengar. Apapun ia sedap, penuh semangat dan tak rugi kalau kau dengar sama. Google saja tajuknya. Kalau kau malas, klik saja di sini.

Seteru Kita - Zionisme dan Kuncu-kuncu

Kita tidak memerangi keseluruhan Yahudi. Tidak. Kita tidak memusuhi kaum yang kita dibolehkan mengahwini, dan makan sembelihan mereka ini*. Kita mencintai kedamaian, mana mungkin kita memerangi sesetengah kelompok Yahudi yang mementingkan keamanan. Mana mungkin kita memerangi sesetengah mereka yang baik, yang turut menentang penubuhan negara Israel.
We broke them up into sections on this earth. There are among them some that are the righteous, and some that are the opposite. We have tried them with both prosperity and adversity: In order that they might turn (to us). Al-A'raf 7:168
Yang kita perangi ialah Zionisme, pengikut-pengikut fahaman mereka, tidak kira Yahudi, Kristian atau apa agama dan bangsa. Kita memerangi mereka yang membuat onar, dan mengganggu keharmonian kita. Ya. Mereka yang memulakan perang ini dengan merampas dan merompak bumi Palestin, untuk membina negara haram mereka**.
Fight in the cause of Allah those who fight you, but do not transgress limits; for Allah loveth not transgressors. Al-Baqarah 2:190
Sebagaimana kita marah apabila semua Muslim dilabel sebagai pengganas, begitu juga mereka apabila kita melabel semua Yahudi itu Zionis. Jadi kenalilah musuh kita.

:: NOTA KAKI ::*Ada buku berkenaan sembelihan ahli kitab yang tak rugi kalau kau baca - di sini.
**Sebelum munculnya fahaman Zionisme, penganut Islam, Yahudi dan Kristian hidup dengan aman di bumi Palestin. Kau boleh lihat peta ini. Melalui peta ini pula kau akan tahu mengapa Israel dikatakan negara haram. Penghargaan buat Muhanna dan Hilmi.

Tak Salah...

Tak salah puji diri,jika betul-betul berkemampuan.Tak salah nak jadi pemimpin,kalau mahu menjalankan keadilan dan hukum syara'.Tak percaya?rujuk tafsir surah Yusuf pimpinan Ar-Rahman bersama nota kakinya:

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَآئِنِ الأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ


Yusuf berkata, “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya (Yusuf:55)

*Ayat ini menjadi dalil tentang harusnya seseorang itu memuji dirinya secara benar untuk mengenalkan dirinya bagi orang-orang yang belum mengenalnya; dan juga tentang harusnya meminta sesuatu jawatan memerintah, jika orang itu sanggup menjalankan keadilan dan hokum-hukum syara'.

Hati atau Jantung?

Dalam badan manusia ada seketul daging.Baik ia,baiklah semuanya.Buruk ia,buruklah semuanya.Daging itu ialah....

Awang : Hati!
Apai....: Bukanlah...Jantung!
Awang : Habis tu,kalau kau marah,kau sakit jantunglah?
Apai....: Sakit jantung.'My heart is broken',bukan 'my liver is broken'.
Awang : Memanglah.Tapi orang Melayu cakap 'aku sakit hati'.
Apai....: Orang Arab cakap qalbun.Qalbun tu hati ke jantung?
Awang : Jantung.
Apai....: Qalbun tu liver ke heart?
Awang : Heart
Apai....: Qalbun tu сердце ke печень?
Awang : сердце.
Apai....: Hati ke jantung?
Awang : Jantung kot....


فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
(2:10)

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta."

In their hearts is disease, and so God lets their disease increase; and grievous suffering awaits them because of their persistent lying.

В сердцах их болезнь. Пусть же Аллах увеличит их болезнь! Для них - мучительное наказание за то, что они лгут.


Hati bukanlah hati sebenarnya,tetapi jantung.Padanlah setiap kali aku terasa dengan seseorang,atau marah,atau sedih,aku akan rasa pedih pada bahagian kiri dada,bukannya kanan abdomen.

Milah : Oh buah jantungku.Jantungmu sudah berkarat,kau buta jantung.Aku makan jantung dengan sikapmu.Janganlah kau hadiahi aku kad berbentuk jantung lagi.Jantungku bukan untukmu.Kita tidak sejantung sejiwa lagi.

Apai, Milah dan Kenangan

Tenat.Itulah yang paling sesuai menggambarkan keadaan Milah.Badan Milah kurus,tidak ubah macam rangka.Tahun baru Masihi bakal tiba.Sesudahnya tahun baru Hijrah pula menyusul.Kemungkinan besar Milah tidak dapat bertahan.Milah sudah tenat.

Apai memang rapat dengan Milah.Apai juga selalu menemani Milah.Nyamuk yang hinggap di badan Milah Apai yang tolong tamparkan.Memang Apai kenal hati budi Milah walaupun Apai hanya orang gaji.Kata datuk penghulu Milah miliknya.Apai tidak setuju.Bagi Apai Milah bukan milik sesiapa.Milah milik Allah yang maha berkuasa.Hanya Allah yang memiliki sesuatu dengan mutlak.Oleh sebab itulah Apai selalu menasihati Milah agar jangan taksub dengan datuk penghulu.Jika penghulu langgar yang haq,tegakkan yang batil Milah tak boleh ikut.Kalau penghulu tidak berlaku adil Milah kena lawan.Tapi Milah tak tak dapat berbuat apa-apa.Hidung Milah kena cucuk dengan tali.

Abu Bakar r.a.h,pernah menegaskan perkara ini dalam ucapan pertamanya setelah dilantik menjadi khalifah, “Taatilah aku selama aku mentaati Allah dan Rasul,dan apabila aku menderhakai Allah dan Rasul maka mentaati aku tidak menjadi kewajipan lagi kepada kamu”

Apai tahu Milah amat berhikmah,cintakan ilmu.Pernah suatu hari ketika melintasi masjid tiba-tiba Milah berhenti.Mungkin Milah tertarik dengan ceramah agama di masjid itu.Imam itu kata kita sebagai umat Islam tidak boleh asabiyah,perkauman.Kita mesti berpegang pada tali persaudaraan Islam,bukan warna kulit atau kaum.Kita juga mesti tetapkan niat kita,hidup dan mati kerana Islam.Jalani kehidupan sebagai muslim secara menyeluruh,bukan separuh-separuh.

“Wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu kedalam Islam seluruhnya,janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan,kerana dia menjadi musuh yang nyata bagi kamu”. (Al-Baqarah:208)

Lama juga Milah melangut.Ceramah imam itu disokong dengan al-Quran dan hadis-rujukan utama umat Islam.Sesekali Milah angguk,entah faham entah tidak.Apai lihat mata Milah bergenang air jernih.Tapi Apai risau.Keinsafan Milah selalunya hanya seketika,masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Apai juga tahu Milah amat suka berazam.Setiap kali tahun baru Milah tidak pernah lupa pasang azam.Azam itu azam ini.Malangnya Milah tidak pernah nak penuhi azamnya.Milah hanya hangat-hangat tahi ayam.Namun semenjak menghidap sakit Apai lihat Milah banyak berubah,Milah makin banyak termenung.Mungkin Milah mula sedar silapnya.Azam tidak semestinya hanya pada tahun baru.Azam perlu setiap masa dan ketika.Azam pula perlulah azam yang baik.Dan hendaklah istiqamah dalam melaksanakan perkara2 baik.Hari ini hendaklah lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini.Tidak perlu tunggu sakit baru hendak insaf.Tidak perlu tunggu tua baru nak bertaubat.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hari ni genap seminggu Milah mati,akibat penyakit kuku dan mulut.Apai tidak sedih kerana Apai tahu ajal maut di tangan Allah.Tuk penghulu sudah beli lembu baru sebagai pengganti Milah,lembu kesanyangannya.Apai kini kembali menjalankan tugasnya-menjaga dan mengembala lembu-lembu tuk penghulu.Milah kini tinggal kenangan.

Kebangkitan Ummah : Satu Resolusi

Dipetik dari page aku yang lama..baru-baru ni agak sibuk..orang
kata 3rd year tahun paling sibuk..hm..memang betul pun
Tengok tajuk post kali ini mesti tak ramai yang berminat nak ambil tahu..tapi apa boleh buat beb,aku tak nak jadi macam tin kosong..memang tajuk tu menceritakan isi post aku kali ini..dan orang yang tergerak hatinya nak baca maknanya dalam hatinya masih ada sinar2 cahaya kebenaran, nak tengok kebangkitan ummah.Alhamdulillah.

Eheh,macam serius lak aku kali ni..tak kisah lah orang nak kata apa,kerana aku rasa semua antara kita harus sedar..aku dapat maklumat ni daripada Aiman, bekas bos aku (KP Jenan2003) yang sekarang ni belajar engineering di Australia..(hampeh mu Man..dulu kata nak amek medic sama2..).perbincangan bermula dengan soalan..berapa ramaikah penduduk Mekah pada zaman dakwah Rasulullah?lalu aiman pun cerita..

Berapa ramai orang kuffar menyertai perang Badar? 1000 orang ye tak? Berapa ramai orang kuffar menyertai perang Uhud? 3000 ye tak? masa ni dikatakan semua musyrikin Mekah pergi berperang sebab nak balas dendam dalam kekalahan perang Badar..So dah berapa dah? 4000 orang ye tak?
1000+3000=4000

Kalau dah ada 4000 lelaki,tak kan takde 4000 wanita?jadi berapa dah? 8000 orang kan
4000+4000=8000

Golongan tua dan kanak2 camne pulak?tak kan takde langsung?ok..katakan 2000 orang tua dan kanak2..
8000+2000=10000

Sikit kan penduduk Mekah..katakan dalam satu rumah ada 5 orang..so kat Mekah masa tu ada 200 buah rumah..besar taman perumahan je..

Hm..agak2 dalam sehari berapa ramai yang berjaya Rasulullah dakwah?nabi dakwah abis tenaga..kalo orang Kelantan kata abih reng..baginda risaukan ummah..mungkin 10 orang dalam sehari..mungkin lebih..kita amek 10 orang la sehari..jadi untuk habiskan 10000 penduduk mekah tu,nabi habiskan selama 1000 hari..
10000/10 = 1000

1000 hari tu lebih kurang 3 tahun la ye tak?..dakwah nabi selama 13 tahun di Mekah..jadi dalam masa 13 tahun tu...nabi jumpa lebih kurang 4 kali utk setiap orang..maknanya Mekah masa tu dah tepu dengan dakwah2 nabi..dari sulit ke terang-terangan..sampai kena baling tahi,duri,kena cekik..tapi berapa orang je yang masuk Islam di Mekah masa tu?lebih kurang 300 orang..dalilnya perang badar (umat Islam = 313 orang)..

Bayangkan..0.3 peratus je penduduk Mekah masa tu peluk Islam walaupun Mekah telah tepu dengan dakwah nabi..

Yang aku percaya..setiap sesuatu ada hikmahnya..aku percaya ada hikmahnya Allah hanya bukakan hati 300 orang untuk peluk Islam..untuk dijadikan ikhtibar kepada ummah sepanjang zaman..kerana dengan 300 orang ini Islam akhirnya berkembang luas..menjadi pemerintah alam..bermula 300 orang ini islam berjaya mengalahkan Rom dan Parsi..dengan hanya 300 orang yang benar2 mantap jati dirinya..rohaninya..

Jadi kesimpulannya di sini,resolusi untuk kebangkitan ummah adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah..iaitu pembangunan individu muslim..mantapkan jati diri..
Memanglah kita rasa mungkin susah untuk berubah..apatah lagi untuk menyampaikan..bimbang orang akan kata “ala,dia tu..macam la baik sangat..”.. “alah dia tu..cakap orang lebih..dia tu tak tengok..”..tapi pernah kah kita minum arak?pernahkah kita bunuh anak perempuan?insyaAllah tak pernah kan?aku sendiri pun bukanlah baik sangat..ini sebagai ingatan kepada diri aku jugak secara tak langsung..peace….

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu
orang-orang yang beriman.” (3:139)
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (49:13)

Mahkota Wanita

Artwork by MATPIH13 24:31 "Katakanlah kepada wanita yang beriman: ""Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu memperoleh keuntungan."

Dua,Tiga,Empat atau Satu..

Makam Sultan Abu BakarTerkenang aku semasa di Mesir winter dahulu.Sesampainya di kubu Salahuddin Al-Ayubi atau lebih dikenali Saladin oleh orang barat itu kami dihampiri oleh seorang lelaki tempatan yang konon2nya pemandu pelancong.

Kade2 gini la kijo aku din..aku bayar pak arab pahtu aku biar la pelancong jale nga dia..senang kijo..lepas sejam dua aku mari ambik la,”bisik kawan lamaku Majdi yang sekarang tinggal di Mesir..sambil belajar dia buat bisnes,Kadang2 dia jadi pemandu pelancong..aku hanya tersenyum..

Banyak cerita kami tahu tentang kubu tersebut..banyak juga tinggalan sejarah yang kami lawati..Akhirnya kami melepaskan penat Masjid Sultan Abu Bakar..kami bersila dalam bulatan seperti nak makan nasi usrah wida’ di sekolah dulu..dan pemandu pelancong tersebut memulakan cerita..

There are 365 lamps in this mosque and each one of them is dedicated tu 365 wives of Sultan Abu Bakar”..

“Macam tu rupanya..padanlah banyak sangat lampu..camne la raja ni boleh kahwin sampai 365 orang..macam mana la dia nak handle..”bunyi otak aku..

Here in Egypt, to marry someone a man must pay for dowry.And not many man can afford it..How about in Malaysia?”,

We must pay dowry too..but it’s not very expensive”,jawab seorang kawan..

Sometimes a man marries more than 1 woman,2,3 and even 4.”,celah seorang lagi kawan.

But we as muslims aren’t allowed to right?”tiba2 pemandu pelancong bertanya dan terus dijawab oleh seorang lagi kawan,”Of cause we can..Allah says in surah An-Nisa’ that….”

Sebelum sempat kawan itu menghabiskan ayat percakapannya dipotong oleh si pemandu pelancong,”Look my friends..a Christian can only marry 1 person and isn’t allowed to divorce..A Jew can marry,and can divorce..(maafkan kalau aku tersilap..aku pun ingat2 lupa..jangan pakai la apa yang aku tulis tu.eheh)..and how about a Muslim?Allah is very wise my friends..He says that you can marry 2,3,and 4 person..but if you afraid that you can’t be fair,you must marry only 1..you see?Allah grants us something with one hand,and He takes it back with the other hand..because we know that human can never be fair..So we should marry only one 1..”
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ
لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ
تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ
تَعُولُواْ

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil
terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain):
Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di
antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah
lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(An-Nisa:3)

Semestinya itu hanya pendapat pemandu pelancong tersebut..umat Islam memang dibenarkan kahwin melebihi 1..tapi kata2 pemandu pelancong tu ada benarnya..manusia tak kan berlaku adil..hm..rasanya aku nanti kahwin 1 je kot..Rasulullah pun tak kahwin dengan sesiapa semasa hayat Siti Khadijah..setelah Siti Khadijah wafat barulah Rasulullah mengahwini Sawdah Binti Zam’ah..konon2nya aku nak ikut sunnah la..tu pun kalau ada jodoh..eheh

Kenapa tiba2 aku bercerita tentang kahwin ni?dah kemaruk ke?hm..tak kot..Cuma sejak kebelakangan ni aku dilanda mood jiwang..mungkin sebab tinggal sorang2 di sini kot..sebab kerinduan insan tersayang ke?Ke sebab sekarang ni tengah hangat tentang Siti Nurhaliza nak kawen dengan datuk K?heh..entahlah..tapi yang pastinya cuti hampir habis dan tak lama lagi aku harus kembali menempuh hidup seperti biasa di bumi Russia ini (+_+)