Dongak Ke Langit,Tunduk Ke Bumi

Semasa latihan pusat dahulu jurulatih ada cakap,"Awak jalan dah bergaya,cuma perlu dongak sikit.Bagi nampak gah".

Tapi di sini,di Russia ini,kau tak boleh jalan dongak.Kau kena tunduk ke bumi.Takut nanti terpijak...tahi anjing

Warna-warni Kehidupan..

Sabtu,1 September 2007
Semester baru,semangat baru,subjek baru..

Ish,lecturer ni.Gunalah mic..Lecture hall ni besar.Student pula ramai.Macam mana nak dengar..Slide pun takde,cakap semata-mata”,Gegendang telinga menangkap ngomelan seorang pelajar,komplen.

Ya,dewan kuliah ini memang besar,pelajar juga memang ramai.Ada kuning langsat,ada yang coklat ciku,ada yang hitam manis.Aku,yang hitam,tak berapa manis pandang sekeliling.Akhirnya mata terpaku pada pensyarah,yang putih kemerah-merahan itu.

Aku menguap,terus melakar rambutnya yang coklat.

Semester baru,semangat baru,pensel ‘Shaker’ baru..

Sabtu,8 September 2007
Timbalan menteri penerangan Malaysia,Datuk Mohd Zahid Hamidi membuat lawatan rasmi ke Volgograd aka Stalingrad ini,berucap di dewan yang sama.Anehnya beliau bercakap menggunakan mic,dan layar tayangan slide itu berfungsi pula.

"Saya sebut betul,VOLGOGRAD!",kata beliau..