Dipetik dari page aku yang lama..baru-baru ni agak sibuk..orang
kata 3rd year tahun paling sibuk..hm..memang betul pun
Tengok tajuk post kali ini mesti tak ramai yang berminat nak ambil tahu..tapi apa boleh buat beb,aku tak nak jadi macam tin kosong..memang tajuk tu menceritakan isi post aku kali ini..dan orang yang tergerak hatinya nak baca maknanya dalam hatinya masih ada sinar2 cahaya kebenaran, nak tengok kebangkitan ummah.Alhamdulillah.
Eheh,macam serius lak aku kali ni..tak kisah lah orang nak kata apa,kerana aku rasa semua antara kita harus sedar..aku dapat maklumat ni daripada Aiman, bekas bos aku (KP Jenan2003) yang sekarang ni belajar engineering di Australia..(hampeh mu Man..dulu kata nak amek medic sama2..).perbincangan bermula dengan soalan..berapa ramaikah penduduk Mekah pada zaman dakwah Rasulullah?lalu aiman pun cerita..
Berapa ramai orang kuffar menyertai perang Badar? 1000 orang ye tak? Berapa ramai orang kuffar menyertai perang Uhud? 3000 ye tak? masa ni dikatakan semua musyrikin Mekah pergi berperang sebab nak balas dendam dalam kekalahan perang Badar..So dah berapa dah? 4000 orang ye tak?
1000+3000=4000
Kalau dah ada 4000 lelaki,tak kan takde 4000 wanita?jadi berapa dah? 8000 orang kan
4000+4000=8000
Golongan tua dan kanak2 camne pulak?tak kan takde langsung?ok..katakan 2000 orang tua dan kanak2..
8000+2000=10000Sikit kan penduduk Mekah..katakan dalam satu rumah ada 5 orang..so kat Mekah masa tu ada
200 buah rumah..besar taman perumahan je..
Hm..agak2 dalam sehari berapa ramai yang berjaya Rasulullah dakwah?nabi dakwah abis tenaga..kalo orang Kelantan kata abih reng..baginda risaukan ummah..mungkin 10 orang dalam sehari..mungkin lebih..kita amek 10 orang la sehari..jadi untuk habiskan 10000 penduduk mekah tu,nabi habiskan selama 1000 hari..
10000/10 = 10001000 hari tu lebih kurang 3 tahun la ye tak?..dakwah nabi selama 13 tahun di Mekah..jadi dalam masa 13 tahun tu...nabi jumpa lebih kurang 4 kali utk setiap orang..maknanya Mekah masa tu dah tepu dengan dakwah2 nabi..dari sulit ke terang-terangan..sampai kena baling tahi,duri,kena cekik..tapi berapa orang je yang masuk Islam di Mekah masa tu?lebih kurang 300 orang..dalilnya perang badar (umat Islam = 313 orang)..
Bayangkan..0.3 peratus je penduduk Mekah masa tu peluk Islam walaupun Mekah telah tepu dengan dakwah nabi..Yang aku percaya..setiap sesuatu ada hikmahnya..aku percaya ada hikmahnya Allah hanya bukakan hati 300 orang untuk peluk Islam..untuk dijadikan ikhtibar kepada ummah sepanjang zaman..kerana dengan 300 orang ini Islam akhirnya berkembang luas..menjadi pemerintah alam..bermula 300 orang ini islam berjaya mengalahkan Rom dan Parsi..dengan hanya 300 orang yang benar2 mantap jati dirinya..rohaninya..
Jadi kesimpulannya di sini,resolusi untuk kebangkitan ummah adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah..iaitu pembangunan individu muslim..mantapkan jati diri..
Memanglah kita rasa mungkin susah untuk berubah..apatah lagi untuk menyampaikan..bimbang orang akan kata “ala,dia tu..macam la baik sangat..”.. “alah dia tu..cakap orang lebih..dia tu tak tengok..”..tapi pernah kah kita minum arak?pernahkah kita bunuh anak perempuan?insyaAllah tak pernah kan?aku sendiri pun bukanlah baik sangat..ini sebagai ingatan kepada diri aku jugak secara tak langsung..peace….
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu
orang-orang yang beriman.” (3:139)
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (49:13)