Suka Tak Suka

"Manusia memang suka dipuji, walaupun tak betul tapi tak suka dikeji, walaupun betul."

dipetik dari : Ust. Ismail Kamus

Banyak Jenis Orang

Ada orang yang memang tahu,dan dia nak orang tahu yang dia tu tahu..Orang yang macam ni semasa cikgu mengajar dia akan menyahut dan mengiakan kata-kata cikgu itu.Kadang-kadang dia tolong habiskan ayat yang ingin cikgu itu sebut.

Ada orang yang memang tak tahu,tapi dia taknak orang tahu yang dia tak tahu.Orang yang macam ni kalau cikgu tanya dia akan toleh kiri kanan,gelabah minta tolong orang sebelah.Apa yang orang sebelah cakap,dia main ikut sahaja.

Ganjil 2

Lokasi : Kelas Bahasa Rusia itu
Masa : Suatu senja pada musim luruh itu

Arah cikgu blonde,"Buat ayat dan ajukan soalan kepada kawan."

"Selalunya sebelum tidur saya akan belajar dan mengulangkaji pelajaran.Apa yang awak selalu buat sebelum tidur?"-kawan aku

"Selalunya sebelum tidur saya akan gosok gigi."-aku

"Ekekeke..Berapa lama awak gosok gigi?",gelak cikgu blonde itu.

Masuk seorang cikgu tua,mak mertua cikgu blonde itu,"Kenapa kamu semua duduk,mengajar lagi?Kenapa tak bagi budak-budak ni balik?Bukan kelas habis pukul 4.40 ke?"

Ganjil

Lokasi : Dalam Trolley bus itu
Masa : Suatu tengah hari itu

"Penumpang2 diminta untuk menbayar tambang bas kepada konduktor.."

"Harga tambang = 6 rubles
Harga tambang percuma = 100 rubles"

"Stesen sterusnya..Ploshad Chekiztov"