Pencemaran Bunyi

Hari esok Hari Buruh...hari lain pun sama sahaja

"bla bla bla bla bla bla", pensyarah di depan bersyarah.
"pot pet pot pet pot pet", pelajar di belakang bercakap.
"Ssshhhh..shhhhhhh!", ada orang tak senang

"Saya ganggu kamu semua bercakap ke?", tanya pensyarah

Hari esok Hari Buruh...hari lain pun sama sahaja

Teladani Penyesalan Malik

Malcolm XMalik hidup sezaman dengan Martin dan Ali.Malah Malik lah yang mengenalkan Islam kepada Ali. Pada zaman Malik, masalah perkauman adalah begitu runcing sekali. Malik boleh dikatakan seorang pejuang. Pada mulanya Malik berjuang atas dasar kebangsaan agama (Religious Nationalism) yang menjadi tunjang perjuangan Nation of Islam (NOI). Malik menyebarkan agama khas untuk bangsanya, bangsa kulit hitam. Setelah keluar dari NOI, Malik tidak lagi memperjuangkan fahaman organisasi tersebut. Beliau teruskan perjuangan atas dasar kebangsaan kaum (Black Nationalism). Ya, nasionalisme tetap utuh dalam jiwa Malik, tetap mengalir dalam setiap pembuluh darahnya. Baca tentang Nasionalisme di sini.

Dalam ceramah beliau bertajuk ‘Ballot or Bullet’ Malik berkata,
Islam is my religion, but I believe that my religion is my personal business, governs my personal life, my personal morals and my religious philosophy is personal between and the God in whom I believe.......... So today though Islam is my religious philosophy, my political, economic and social philosophy is Black nationalism.
Malcolm X 2Antara lain Malik menyebut, agama perlu ditinggalkan di rumah, di dalam almari, kerana agama akan menyebabkan pertengkaran, tetapi Black Nationalism sebaliknya.Black Nationalism akan menyatukan orang kulit hitam. Beliau menyarankan politik, ekonomi dan pendidikan orang kulit hitam. Orang kulit hitam perlu bersatu atas nama kulit, atas nama kebangsaan Negro. Hanya nasionalisme yang boleh memerdekakan mereka. Dengar Ballot or Bullet di sini

Setelah ke Tanah Suci, barulah Malik sedar bahawa Islam boleh mengatasi perkauman. Ya, tiada Nasionalisme, Tribalisme, mahupun Rasisme dalam ajaran Islam. Tiada juga istilah politik, ekonomi, sosial atau pendidikan orang kulit hitam, merah, kuning mahupun coklat. Ajaran Islam merangkumi semua, dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil perkara.

Dalam salah satu temuramah Malik menyatakan perasaan kesalnya,
I did many things as a [Black] Muslim that I'm sorry for now. I was a zombie then — like all [Black] Muslims — I was hypnotized, pointed in a certain direction and told to march. Well, I guess a man's entitled to make a fool of himself if he's ready to pay the cost. It cost me 12 years. That was a bad scene, brother. The sickness and madness of those days — I'm glad to be free of them.
Malik menyesal..kesal dengan perjuangannya..

Kurang setahun kemudian El-Hajj Malik El-Shabazz atau lebih dikenali dengan Malcolm X mati dibunuh. Beliau meninggalkan dunia sebagai seorang muslim sunni.

Malcolm X 3Baca lebih lanjut tentang Malcolm:
Bahasa Melayu disini
Bahasa Inggeris di sini


KUCABARAAjaran Nation of Islam adalah terpesong dari ajaran Islam dan tidak keterlaluan jika dikatakan sesat. Baca lebih lanjut di sini

Maafkan Aku Putri

Maafkan aku Putri...Aku sudah tidak boleh lagi mencium mulut,hidungmu yang basah itu..Jika aku melayan nafsumu Putri, aku mungkin akan dijangkiti H.pylori...Mikrob yang yang sangat onkogenik itu boleh merebak dari mulut ke mulut..Maafkan aku Putri..

"Meoowwww....", kata Putri sambil menyondol-nyondolkan kepala dan menggoyang-goyangkan ekornya..

Peraturan SSS

Dulu, sesampainya di Volgorad, yang kononnya bandar pahlawan ini, kami diingatkan oleh seorang senior,

"Korang kat sini kena amalkan 3S..asal jumpa je orang malaysia,tak kira Melayu, China, India, muda atau tua, junior atau senior, korang kena buat 3S ni..SAPA, SALAM, SENYUM..."

Itu dulu..Semasa rakyat Malaysia di sini beberapa kerat sahaja..Sekarang, bila sudah ramai orang kita disini, bila sudah ada puak-puak,undang-undang lain pula yang dipakai..sapa,salam,senyum, kemudian MENGATA BELAKANG...