Neraca

"Mat, mai lah!! takkan dah penat kut?!", laung seorang kenalan yang matanya sudah kemerah-merahan.

"Sat, sat..Aku nak habiskan ayaq ni!" laung dia balik seraya meneguk air kuning dalam gelas ramping itu sampai habis, lalu terus menuju ke arah kenalannya.

"Bolehlah boleh datang kerumahku. Kalau dirimu masih belum berpunya. Bolehlah boleh datang kerumahku. Kalau dirimu mahu melamar diriku", nyanyi mereka, serentak, sambil bergelek mengikuti rentak lagu Mas Idayu itu. Nak longgarkan sendi-sendi, setelah seharian berdiri memegang sepanduk tadi. Kata mereka.