Bergantung pada tahap keterukan, di bawah payung penyakit ini terdapat placenta accreta, increta atau percreta.
Placenta percreta merupakan keadaan yang paling teruk, iaitu apabila uri menempel sehingga ke lapisan otot dan kadang-kala sehingga melebihi dinding rahim. Keadaan ini akan menyebabkan pelbagai komplikasi, terutamanya pendarahan yang tidak terkawal semasa proses kelahiran, sehingga boleh menyebabkan kematian.
Bidang radiologi intervensi (interventional radiologi, IR) dapat membantu mengurangkan kehilangan darah ini dengan melakukan prosedur yang dipanggil 'Bilateral Internal Iliac Artery Balloon Occlusion'.
Penempelan uri yang tidak normal (gambar dari National Accreta Foundation). |
Pembuluh darah ke rahim dikenal pasti dan diukur untuk menentukan saiz belon yang sesuai |
Walaupun ada dapatan kajian yang pelbagai mengenai keberkesanannya, prosedur ini masih diamalkan kerana tekniknya yang mudah dan boleh dikatakan selamat.
Belon di dalam kedua-dua pembuluh darah rahim diuji sebelum pesakit dihantar ke dewan bedah untuk pembedahan. |
Rujukan:
1. da Cunha Castro, EC, Popek, E. Abnormalities of placenta implantation. APMIS 2018; 126: 613– 620
2. Liang D, Zhao H, Liu D, Lin Y. Internal iliac artery balloon occlusion in the management of placenta accreta: A systematic review and meta-analysis. European Journal of Radiology. 2021 Jun 1;139:109711.
3. Nankali, A., Salari, N., Kazeminia, M., Mohammadi, M., Rasoulinya, S. and Hosseinian-Far, M., 2021. The effect prophylactic internal iliac artery balloon occlusion in patients with placenta previa or placental accreta spectrum: a systematic review and meta‐analysis. Reproductive Biology and Endocrinology, 19(1), pp.1-16.
*Penulis merupakan seorang pakar radiologi dan pensyarah perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia.