PC for SALE!!

10 000 Rubles only (can negotiate)

Still in warranty till 18/9/2010

What's included?

Winter Black & White

Some may say that black and white winter photography is way too easy, but it'll surely make the photos more interesting, at least for me. For the photos below I de-saturated the colours and applied RGB S-shaped curve in Photoshop.




"like the four seasons, they pass away to return once more" - Sun Tzu (The Art of War)

Today’s temperature was 3 degree Celsius. Maybe it’s already time for me to say 'proshai' Russian winter.heh!

Russian Beast

Nak keluar sejuk sangat. Bosan-bosan aku shoot salah sebuah kamera filem yang aku ada - Zenit-E versi Olimpik Musim Panas Moscow 1980. Ni kamera SLR yang pertama aku beli, dengan harga lebih kurang 600 Rubles. Mekanikal. Gabak, besar dan kukuh. Sayangnya tuil untuk roll filem tu dah patah. Nak roll filem kena masuk bilik gelap. Harap-harap balik nanti boleh ganti. Kalau tak alamatnya letak kat almari, buat hiasan sahaja.









Warna jadi keemasan sebab aku guna gold reflector daripada plastik makanan rapu Lays perisa Cili Thai. Rupa sebenar makhluk gagah soviet ni boleh dilihat di bawah :

Winter Photography

Satu cabaran untuk menangkap gambar salji adalah untuk menampakkan salji itu putih, seputih salju sedingin rindu bak kata cikgu BM aku cik Sopiah. Masalah ini timbul kerana salji-salji yang putih pada mata kita itu reflect cahaya. Jadi kamera kita membuat kesimpulan bahawa persekitaran dah terlampau cerah. Lalu, tanpa disuruh, kamera akan meter atau set supaya gambar yang akan diambil menjadi gelap sedikit. Kesannya, warna salji menjadi kekelabuan.



Untuk hadapi masalah ni, naikkan exposure compensation, supaya sedikit over-exposed dan secara langsung menjadikan salji menunjukkan warnanya yang sebenar. Pada gambar-gambar di atas, aku telah naikkan EV kepada +3. Jika dilihat, masih tidak cukup putih lagi. Sepatutnya aku naikkan lagi EV dan gunakan ISO yang lebih rendah. Ya, ISO rendah juga sangat disarankan supaya camera dapat expose salji dengan betul.

Disamping itu, cuba gunakan Center-weighted atau Spot Metering. Untuk mengelakkan salji menjadi biru dan lain-lain, rajin-rajin bermain dengan WB setting. Ada yang kata elok guna Cloudy WB.

Akhir kata, jika kena caranya, gambar akan jadi cantik tak kiralah kau guna camera apa pun, walaupun aku tidak nafikan yang memiliki DLSR merupakan satu bonus. 2 gambar terakhir di atas diambil hanya menggunakan Canon A590IS, sebuah compact camera sahaja.

Russian Winter

Winter kali ini adalah winter terakhir yang kami tempuh sepanjang 6 tahun di Stalingrad ini. Pernah, semasa tahun kedua pengajian, suhu sejuk sehingga mencapai -40 darjah Celcius. Mungkin dek kesan pemanasan global, winter tahun ni tidaklah sejuk mana. Paling sejuk hanya -18 kalau tidak salah. Salji pun tidak tebal. Hanya angin yang menyengat sum-sum tulang. Kadang-kadang aku terasa nak tergelak apabila ada saudara-saudara atau kawan-kawan yang mengadu sejuknya UK, atau Jerman, atau Australia, atau Kelantan.
My Love n Me

My Love

My Love, Sonic n Me

Jejaka-jejaka Urban

Izwan Syafiq

NB! gambar-gambar diatas telah diedit kecuali gambar ke-4

Neraca

"Mat, mai lah!! takkan dah penat kut?!", laung seorang kenalan yang matanya sudah kemerah-merahan.

"Sat, sat..Aku nak habiskan ayaq ni!" laung dia balik seraya meneguk air kuning dalam gelas ramping itu sampai habis, lalu terus menuju ke arah kenalannya.

"Bolehlah boleh datang kerumahku. Kalau dirimu masih belum berpunya. Bolehlah boleh datang kerumahku. Kalau dirimu mahu melamar diriku", nyanyi mereka, serentak, sambil bergelek mengikuti rentak lagu Mas Idayu itu. Nak longgarkan sendi-sendi, setelah seharian berdiri memegang sepanduk tadi. Kata mereka.

Udin Kapten - Bab Baru


"Weng...weng..weng.."

Lalat itu masih berterbangan meskipun sedikit pening terkena libasan tangan kiri Udin.

Udin membetulkan duduknya di kerusi yang berkeriuk itu. Diperhatinya sekeliling. Di kanannya Aidi, yang masih enak berdengkur. Sesekali Aidi seperti mengomel sendiri. Bermimpi indah barangkali.

Di belakangnya, sayup-sayup mata memandang seorang wanita, berskirt paras lutut menolak troli. Di kiri, sehasta sedikit darinya Jali, yang khusyuk membelek-belek majalah yang menayangkan tempat-tempat menarik dan barang beraneka rakam dengan harga yang kurang masuk akal.

Di depan Jali seorang makcik pertengahan umur berambut ungu bergincu merah, tebal. Umar memerhati gelagatnya yang bersembang dengan suara kuat laksana dunia itu dia yang punya dengan lelaki muda berkot disebelahnya. Anaknya, atau lelaki simpanannya, barangkali.

"Fish or bacon?"

Umar tersentak. Tidak disedari wanita dalam 30-an itu sudah ditepinya, bersama troli yang muat-muat sahaja di laluan itu.

"Fish or bacon?!", si wanita sedikit meninggikan suara.

"Err..fish!", kata Udin seraya menyucuk-nyucuk bahu Aidi di sebelah. "Makan dowh".

"Drinks?", tanya si wanita lagi sambing menghulurkan sekeping tray berisi roti kosong berlapiskan ikan separa masak dan sehiris lemon. Ada juga semangkuk salat dan sudu dan garfu dan tisu. Semuanya bersalut plastik lembut lutsinar.

"Coke please", pinta Udin bersahaja. Masa itu kempen boikot Coca Cola masih belum sampai.

Udin melihat makanan yang terhidang. Kemudian melihat sekeliling lagi. Kemudian mengelamun.

"Weng..weng..weng"
"Plop"
"Uhuk, uhuk"

Lalat yang berlegar-legar tadi sudah masuk ke mulut makcik berambut ungu bergincu merah tebal itu, barangkali.