Pan Asian

Suatu hari sedang gua berjalan dengan bini, gua ditegur seorang lelaki berwajah pan asia yang kacaklah juga, bak jejaka-jejaka komik The Oriental Heroes, dalam bahasa yang gua tidak fahami.

Gua meluaskan mata, membuat mimik muka terpinga-pinga.

"Chinese?",tanyanya lagi.

"No, no.", balas gua seraya memandang bini gua.

"Chinese..", gua ulang sambil membuat muka bangga. Buah hati gua itu mencebik, dan kami tergelak bersama-sama.heh!

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Lari Ke Tasik, Ketika Masih Berdua

Photo & Video Sharing by SmugMug

Agak susah untuk kami rancang cuti bersama, walau apapun yang orang cerita, atau apa sistem pun yang pak menteri cipta. Nak dijadikan cerita kami dapat cuti sehari dua, sebelum melangkah ke department yang lain pula . Nak jadikan cerita juga, cuti kali ini kami ke Tasik Kenyir, Terengganu. Cuti rehatkan minda, getaway kata orang putih,heh!

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir ini merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Luasnya dikatakan setara Singapura. Di sini terdapat pulau-pulau yang dulunya merupakan puncak-puncak bukit dan gunung. Kau boleh sewa bot untuk ke destinasi-destinasi tertentu di pulau-pulau ini.

Kosnya bolehlah tahan, kalau kau pergi ramai-ramai. Kalau pergi berdua agak sengkeklah juga. Satu bot sekitar RM60-RM1500, bergantung kepada aktiviti dan lokasi. Di sini kau boleh mandi-manda di beraneka air terjun, memancing, lawat taman herba, bermain-main dengan ikan kelah, berkhemah dan sebagainya. Yang RM1500 tu kau boleh sewa rumah bot yang boleh muat 18 orang, pergi kemana saja kau suka di situ, selama 2 hari 1 malam. Aku berangan-rangan untuk sewa bot ni, suatu hari nanti

Di bawah ini ada beberapa gambar panorama yang sempat aku ambil, kalau kau nak hayati. Klik "Read more" di bawah jika kau di laman utama.

Oh ya, perut buah hati aku sebegitu kerana berisi sesuatu.heh!

Berapa Harga

Akhbar ini
Kubaca kuteliti
Hujan puluru sana-sini
Nyawa manusia kian tiada harga
Pilihan raya kecil tak henti-henti
Harga barangan naik lagi

Hati kecilku kembali bertanya
Berapa harga seekor lapar seorang nelayan
Harga seguni miskin seorang petani
Harga sekilo derita seorang penoreh getah
Harga setitik peluh seorang buruh kasar
Di bawah panas mentari
Semangkuk darah seorang askar
Berapa harga.

Lim Kim Hui
Utusan Zaman, 11 Jun 1989

Sajak ini memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1989 dan termuat dalam antalogi Surat dari Kuala Lumpur.

Cuba kau lihat tahun puisi ini dikarang - 1989. Sembilan belas lapan puluh sembilan.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Terus Dari Minda

Seorang sahabat bertanya, bila nak update blog? Sudah lama dibiarkan sepi, menghambat penghuni yang bertandang.

Bukannya sengaja taknak update. Banyak benda yang aku nak cerita - Pengalaman pahit manis kehidupan, cerita-cerita alam kerja, karenah-karenah manusia yang bermacam ragam, pandangan tentang sistem-sistem ciptaan manusia yang semakin caca-merba, kritisan minda dan teguran-teguran manja.

Nak aku sambung siri-siri yang aku mulakan - Siri Umar Denjeros dan Siri Housemanship During My Time umpamanya. Nak juga aku tambah slot-slot pendek siri pendidikan pesakit atau apa-apa yang berkenaan.

Tapi tu lah, selain kekangan masa, sedikit sukar nak aku terjemahkan buah fikiran ini kepada askara-askara untuk kalian baca.

Kalaulah blog ini boleh ditulis terus dari minda.



Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

During My Time

"During my time, baju ayah buat dari getah je."
"Kain payung terjun yang tuk sedara askar kau tu bawa balik, nenek kau jahit, buat baju, during my time."
"During my time, orang gali kubur orang kaya, curi kain kapan depa yang banyak lapis, buat baju nak pakai."
"During my time, tanak nasi campur dengan kulit pisang, bagi anak-anak makan. Beras tak cukup."
"Cawan pun buat dari buluh, during my time."
"During my time, gaji Koperal RM75 saja."

"Kalau nak kira during my time, during my time,tak ke manalah kita. Asyik di takuk lama saja," sambung ayah aku, sambil tangannya meramas-ramas ikan kembung panggang tawar,dengan budu bergaul tempoyak itu.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Peace Train

Tiada kata madah pujangga, hanya lagu untuk dihayati.

Ngise'Khaya, Ngise'Khaya.

Layan..



Liriknya di sini.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Aprilia RS 125

Ini buah hati gua yang lagi satu. Namanya April, berasal dari Italy,heh!

Bukan, ia bukan superbike, tapi hanyalah sebuah sportbike. Kalau lu nak panggil ia kapcai pun gua tak kisah.

Gua ingat nak tukar solekannya. Ada idea yang bernas?




Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!