Keji...

Di Rusia ni ada sejenis kenderaan awam,mereka panggil ‘mashrutka’.Bentuknya macam van,fungsinya seperti bas,cuma tiada loceng untuk ditekan.Kalau nak berenti kena laung kepada drebar.

Di depan ada simpang empat.Drebar nak masuk lorong dalam awal-awal.Senang.Lorong dalam tak banyak kereta,sedap pecut. “Ada siapa-siapa nak turun sebelum simpang tak?”.


….senyap…

Masuk sahaja lorong dalam,drebar pun pecut.Wenggg… “Bang,sebelum simpang ya bang.”,laung seorang penumpang.

KUCABARA
Musim kedua Liga Bola Sepak Volgo akhirnya habis juga.Malangnya liga sedikit cacat.Pasukan merah hitam jual perlawanan.Kononnya mereka hendak bagi pasukan belang-belang,kadang-kadang serba oren menang,tidak rela pasukan biru jadi juara.Itu apa yang orang cakaplah.aku syak macam-macam.

Mujurlah La Hermandad berjaya juga mendapat tempat ketiga tercorot dengan 2 menang,1 seri dan 4 kalah.Orait lah tu.Lagi baik daripada musim lepas.Bak kata Asyux,kita pelajar,bukan pemain.

2 comments:

Anonymous said...

semua pelajar adalah pemain..semua pemain adalah pelajar..

Mohafiz MH, M.D. said...

dia maksudkan bukan pemain pro jib..maen sekadar untuk kurangkan kadar gegendutan perut je.eheh