Assalamualaikum warahmatullah..
Jika ada rezeki, umur yang panjang insyaAllah Ogos ini akan diadakan kenduri di rumah aku di Kota Bharu. Kenduri kesyukuran ayah aku nak dapat menantu.

*di mana Kota Jelasin ni? klik sini
*boleh juga klik imej untuk besarkan ia

Untuk kenderaan ber'cc' besar, sila ikut warna biru
Bagi kenderaan ber'cc' kecil atau tak ada cc, boleh ikut yang mana-mana satu
Alamat rumah aku lot 2264, Kg Kota Jelasin, 15100 Kota Bharu
Tapi kalau tanya, posmen pun tak tahu
Depa bukan pernah sampai ke rumah aku
Baik tanya mana rumah Pakcik Usin Pertahanan Awam Drebar Bas, kot-kot ada orang tahu
Lagi baik kalau nanti kalian helo aku 09-7486586 @ 017-9240609