Tersebutlah kisah di sebuah belantara, duduklah seekor musang yang licik tapi ampuh ilmu kebalnya. Ramailah ingin berguru dengan sang musang. Maklumlah ilmu sang musang bukan sebarangan ilmu, ilmu mapan lagi asli.
Penuntut-penuntut sang musang juga bukan calang-calang. Datang menuntut bukan hanya dari jabun, bahkan gunung, sungai, laut, padang pasir, becah, tanah pamah, dari seantero jagat buana adanya.
Tidak pun lagi tamat pengajian, penuntut berasa rendah diri kurang amali. Merayu merataplah mereka. Ya, ilmu ini perlu digilap, supaya cekuh jadinya, supaya tiadalah diperkotak-katikkan, setelah habis menuntut nanti.
Maka sampailah ke telinga sang musang akan kehendak penuntutnya. Akal bulus menari-nari. Bertitahlah ia bahawa perang-perangan akan dilaksanakan selama sepurnama. Senyampang perang-perangan ini jadi, kuranglah liburan penuntut sang musang, untuk bertemu kulasentana.
Sudahlah begitu, sang musang cuba memeras, meminta 500 ekor ayam selasih sebagai pengeras. Kononnya amali ilmu kebal ini tinggi ongkosnya, banyak kelengkapan perlu disediakan.
Arakian mendahagilah penuntut sang musang. Banyak juga yang bermuram durja. Yang merintih dambakan amali minggir sudah, senyap sepi.
Sekian.
Hello world!
-
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then
start writing!
6 years ago
2 comments:
haha..macam praktikal aku je pih..
nak buat praktikal kene bayar 300++ kat utm..bukan aku dok kolej pon.
katanya, untuk biaya lecturer yang gi check student kat tempat praktikal..
wallahualam
itu hari ramai komplen tak cukup praktikal jib..dah jadi camni semua senyap sahaja.
Post a Comment