VOLGAMES'09 - Bedah Siasat

Alhamdulillah. Sukan intervarsiti universiti-universiti Russia telah berjalan dengan jayanya. Banyak juga acara yang aku masuk - lompat jauh sebagai bidan terjun, lompat kijang, bola tampar dan bola baling sebagai pemain pinjaman.

Hasilnya - badan dan otot yang lenguh-lenguh menandakan untuk menjadi bertambah tough.eheh!

Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang terlibat terutamanya otai-otai yang bersengkang mata tak tidur malam pening-pening kepala untuk menjayakan acara ini. Susah beb nak anjurkan program sebesar ini di negara orang. Syabas diucapkan.

Pendapat peribadi aku - program yang mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia dari universiti-universiti seantero Russia ini amat menarik. Bila lagi kau dapat tengok Siti berseluar ketat berbaju menampakkan pangkal dada dan Hafiz yang berambut perang bersubang memakai rantai?

Umar Denjeros - Episod : Londeh

Malam semakin tua. Umar menyelinap di celah-celah pokok kenanga, di tepi dataran. Perlahan-lahan dia mencuri udara, menenangkan dadanya yang berombak dan nafas yang semput. Bau kenanga menusuk hidung, mengingatkannya kepada green lady dan kereta api tengah malam. Mereka kata tahun ni 'tahun melawat'.

Umar cuba buang perasaan tidak sedap. Hantu tidak boleh buat apa-apa. Lainlah manusia. Baru dua malam lepas Jali menjadi mangsa. Kain pelikatnya dilondeh. Jali yang masih mamai terkial-kial, cuba menutup dengan selimut. Badannya yang kedengkik layu dek penangan bantal-bantal kekabu.

Umar tahu, sebab dialah yang paling galak malam itu. Malam ini gilirannya pula. Umar tidak akan menyerah dengan begitu mudah. Agi idup agi ngelaban!

Suara riuh-rendah yang semakin dekat memaksa Umar keluar. Perlahan-lahan dia menapak, merentasi malam yang hanya menampakkan mata dan giginya, menuju ke dewan makan. Tiba-tiba terdengar jeritan, suara yang amat dia kenal.

"Tu dia Umaq. Ligan, ligan! Kita taboh ramai-ramai, kita londeh seluaq dia.", diselangi dengan gelak ketawa ha ha ha beramai-beramai.

Umar pecut sekuat hati, langsung tidak menoleh.

Laras Bahasa Gambar

Sensitiviti,laju tetingkap, luas bukaan.
Tinggi salah satu, banyak pendedahan.

Tapi,

Sensitiviti tinggi, gambar bising.
Perlahan laju tetingkap, senang gegar.
Bukaan luas sangat, terang terlebih atau kurang dalam

Kadang-kadang bising itu bagus, kurang dalam itu bagus. Perlahan laju tetingkap, gambar nampak bergerak. Pandai-pandai lah adjust.

Tu untuk gambar. Untuk manusia pun sama sahaja. Pandai-pandai adjust.

::NOTA KAKI::Aku baru belajar-belajar tangkap gambar. Guna kamera 40 sen saja. Senang-senang jemputlah tengok. Lagi senang tinggal komen, boleh aku improve. http://www.flickr.com/photos/ibnhusin/

Umar Denjeros - Episod : Ketam

"Channel 1, Channel 1, Orthodox, Orthodox!"

Umar berlari, sepantas yang boleh. Datang seorang dari arah bertentangan, juga berlari. Laju, selaju Umar barangkali. Umar mengacah, melakukan dummies, dan lepas. Seorang lagi datang dengan muka ganas dibuat-buat, bertempik, cuba menggerunkan Umar. Sekali lagi Umar mengacah, melakukan sidesteps, seraya menyempurnakan hantaran.

"Jangan ketam, jangan ketam, sampai hujung!"

Prriiitttttttt.....!!

"Cantik, bak aku convert"

Pada minit-minit akhir separuh masa kedua Cougars berjaya mendahului Cobras dengan mata 7 berbalas 5. Umar tersenyum, puas...

Umar Denjeros - Episod : Rumput

"Atas rumput ada tumit. Tumit cantik tak pernah lihat. Tumit atas rumput. Rumput yang hijau. Cey barang baik... Cey barang baik... Rumput yang hijau"

"Atas tumit ada betis. Betis cantik tak pernah lihat. Betis atas tumit, tumit atas rumput. Rumput yang hijau. Cey barang baik... Cey barang baik... Rumput yang hijau"

Uwekk.. Umar muntah. Keluar lendir kuning hijau. Likat, ada sisa mi yang tak sempat cerna. Mi goreng tengah hari tadi, barangkali.

"Kamon, kamon.. Tinggal 10 je lagi!"

"Atas betis ada lutut. Lutut cantik tak pernah lihat. Lutut atas betis, betis atas tumit, tumit ada rumput... Rumput yang hijau."

Jati Diri

Aku rakyat Malaysia

Seluar baju aku dari Siam
Tinggal aku di Russia
Makan aku beras Vietnam
Bola, aku sokong Argentina

Drama 3 Babak