Kaedah Bermazhab

Adakah wajib beriltizam dengan satu mazhab?

Dalam permasalahan ini, terdapat 3 pendapat daripada ulamak ahli usul:

Pendapat pertama: Wajib beriltizam dengan satu mazhab kerana seseorang itu telah beri’tikad bahawa imam itu berada di dalam kebenaran.

Pendapat kedua: Tidak wajib bertaqlid kepada satu mazhab dalam setiap masalah berlaku bahkan dia boleh bertaqlid kepada mana-mana mazhab imam mujtahid yang dia ingini. Sekiranya seseorang itu bertaqlid kepada mazhab Hanafi, atau mazhab Syafie dia tidak wajib berterusan dengan mazhab tersebut bahkan dia boleh berpindah kepada mazhab lain.[1]Contohnya: Seseorang itu bersolat dengan mazhab Hanafi, pada keesokan harinya dia boleh bersolat dengan mazhab Syafie.

Pendapat ketiga: Imam Hamidi dan Imam Kamal ibnu Humam berpendapat sekiranya seseorang tersebut beramal dengan sesuatu mazhab di dalam sesuatu masalah, maka dia tidak lagi boleh bertaqlid kepada mazhab yang lain. Sekiranya amalan tersebut belum dilakukan, maka dia boleh bertaqlid kepada mazhab yang lain.

Pentarjihan: Dr Wahbah Zuhaili[2] telah mentarjihkan pada pendapat yang kedua, mengatakan ianya pendapat yang terkuat. Pada pendapat penulis, pendapat ini adalah yang benar kerana Allah tidak mewajibkan kita mengikut kepada mazhab yang tertentu, sebaliknya Allah mewajibkan kita mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan bertaqlid kepada suatu mazhab yang tertentu bukanlah sebagai suatu nazar yang wajib dipatuhi.

Hukum bertaqlid selain daripada mazhab yang empat

Dalam masalah ini, ulamak-ulamak berselisih pendapat:

Pendapat pertama: Kebanyakan ulamak terkini berpendapat tidak boleh bertaqlid selain daripada mazhab yang empat kerana mazhab-mazhab tersebut telah ditulis dan disusun dan kerana boleh membawa kesilapan ketika bertaqlid.

Pendapat kedua: Sebahagian daripada ulamak berpendapat bahawa boleh bertaqlid kapada mazhab-mazhab selain daripada mazhab yang empat tetapi tidak boleh berfatwa dengan pendapat tersebut.

Pendapat ketiga: Berkata Imam Izzudin Abdul Salam,“Sekiranya sahih penukilan pendapat itu daripada ulamak selain daripada mazhab yang empat, maka boleh bertaqlid kepada pendapat tersebut walaupun bukan daripada mazhab yang empat”.

Pentarjihan: Dr. Wahbah Zuhaili mentarjihkan bahawa pendapat Imam Izzuddin adalah yang rajih. Imam Qaradhawi juga mengatakan bahawa boleh bertaqlid selain daripada mazhab yang empat dalam fatwa mu’assarah (fatwa isu semasa).

Permasalahan talfiq

Pengertian Talfiq: Melakukan sesuatu ibadat dengan cara yang tidak diperkatakan oleh mujtahid. Ini bererti melakukan tindakan di dalam suatu masalah dengan menggunakan dua atau lebih pendapat di mana ia membawa kepada suatu hukum yang tersentuh salah satu daripada dua pendapat daripada imam-imam mazhab. Contohnya: Seseorang mengambil wuduk mengikut mazhab syafie dengan tidak menyapu ¼ kepalanya tetapi apabila dia tersentuh kemaluannya, dia mengikut mazhab hanafi agar tidak batal wuduknya.

Permasalahan ini terdapat khilaf di antara alim ulamak:

Pendapat pertama: Talfiq tidak dibenarkan, ini adalah pendapat kebanyakan ulamak mutaakhirin.

Pendapat kedua: Pendapat yang membolehkan talfiq.

Pendapat ketiga: Pendapat yang hanya membenarkan talfiq ketika darurat. Perkara ini susah untuk dilaksanakan dalam ibadah atau muamalat dan bertentangan dengan toleransi syariat[3].

Pentarjihan: Dr Wahbah memberi komennya dengan berkata: “Sesungguhnya agama Allah itu mudah, tidak menyusahkan. Sesungguhnya pendapat yang membolehkan talfiq adalah untuk mempermudahkan kepada manusia khususnya dalam ibadah dan muamalat”.

Firman Allah s.w.t.:
Dan Allah tidak menjadikan dalam agama sebarang daripada bebanan (al-Hajj: 78).

Sabda Nabi s.a.w.:
بعثت بالحنيفة السوحت
Aku diutuskan dengan syari’at yang mudah.


Dalam ‘Fatwa Syariah’ ms 76, Imam Hasanin Makhluf berpendapat bahawa talfiq adalah boleh dalam masalah-masalah berlainan samada dalam keadaan darurat atau tidak darurat meliputi ibadah dan muamalat untuk kerahmatan kepada umat. Beliau menyebutkan lagi sekiranya seseorang itu berwuduk menggunakan mazhab Hanafi dan bersolat dengan bertaqlid kepada mazhab Syafie atau sebaliknya itu adalah harus.

Beliau berkata, tattabu’ rukhas[4] dalam masalah berlainan tidak mengapa kerana tidak menyanggah ijmak. Beliau mengatakan dalam menjawab pertanyaan orang meminta fatwa bahawa talfiq dengan menggunakan tattabu’ rukhas adalah harus seperti seseorang itu menggunakan air musta’mal yang sedikit untuk berwuduk kemudian dia bertaqlid kepada mazhab Hanafi bahawa menggosok dan niat adalah tidak wajib maka semua tindakan adalah harus.

Beliau juga menyatakan seseorang yang berwuduk dengan mazhab Syafie kemudian dia tersentuh wanita dan bersolat tanpa mengulangi wuduk dengan bertaqlid kepada mazhab Hanafi maka talfiq ini adalah harus.

[1] Rukhsah Syariyyah, Dr Wahbah Zuhaili
[2] Rukhsah Syariyyah, Dr Wahbah Zuhaili
[3] Tafsir al-Tahrir, Jilid 2, m/s 253-254; al-Takrir wa al-Tahbir, Jilid 3, m/s 447-448; Fawatih Rahmut, Jilid 2, m/s 438; Ustaz Mazlee Malik.
[4] Lihat definisi pada tajuk seterusnya dalam "Kompilasi Permasalahan Feqah"

- Dipetik dari "Kompilasi Permasalahan Feqah" terbitan PPIM-RSC (Volgograd) 2010

7 comments:

starkidzshop said...

sape penulis buku nih pih?student2 volgo ke?

Mohafiz MH, M.D. said...

buku tu Persatuan Perubatan Islam Malaysia Student Chapter Volgograd yg buat..Ketua editornya bekas pelajar sek sheikh malek tganu..Bahan2 dikumpul dari blog2 dan forum perbincangan agama di internet..download la jib.bagus gak actually..banyak benda dibincangkan

Nurain Hasan said...

hye my silent reader
:)
senior sy rupanya :)

starkidzshop said...

dah upload pih..
tak sempat baca lagi..
wah..jadi designer skang..haha

starkidzshop said...

aku selalu travel..jadi aku ada soalan untuk solat jamak dan qasar..

1) 500m dari rumah aku ada masjid. katakan aku gi bermusafir. kemudian sebelum aku balik rumah, aku singgah masjid tuh, boleh ke aku qasar/jamak solat?

2) aku naek gunung. kadang2 satu gunung ambik masa 3 hari untuk naek dan 4 hari untuk turun. bolehke aku jamak/qasar?suke diingatkan, walaupun perjalanan 7 hari, jarak perjalanan mungkin tak sampai 10km.

Mohafiz MH, M.D. said...

orng mintak tolong jib.ehe

berkenaan persoalan ko tu :

1. Aku pernah dengar ada ustaz cakap kita takle solat solat jamak sebab kita dah kembali ke kawasan kita jib, walaupun di masjid. Dia definisikan kawasan tu sebagai daerah atau negeri kalau tak silap..harap aku tak salah ingat. Nanti ko confirmkan la ngan ustaz2 eh. Aku pun akan cari jugak bahan2 berkenaan ni. Maybe ada perbagai pendapat jugak..

2. Berkenaan soalan no 2 ni, aku anggap ada kaitan dengan persoalan SOLAT JAMAK KETIKA TIDAK BERMUSAFIR ..ada kat ms.84 Kompilasi tu. Agak panjang perbincangannya. Mungkin ko boleh baca dan fahamkan sendiri..aku takut aku salah terang.eheh

pasal solat musafir ada kat ms.147

mungkin ada point yang tertinggal atau tak lengkap dalam buku ni..sebab tujuannya pun hanya untuk rujukan pantas students kat sini..kalau nak tahu lebih lanjut kita kena banyak kaji lagi sumber2 laen lagi..Feqah Islam ini amat luas..

starkidzshop said...

thanks pih..

respon aku atas jawapan ko;

1) tuh yang aku tengah pening.definisi kawasan tu tak jelas.kalau ko ada info, let me know.

2) thanks pih. akan aku cari kesempatan membaca buku nih.