Tamat sudah sebuah lagi bab dalam hidupku. Selepas ini mula bab baru pula, yang lebih mencabar, kata mereka.
6 tahun di Russia banyak mengajarku perkara - yang baik akan kuguna, yang buruk dibuang jauh, semestinya. Bekas bumi soviet itu banyak menyaksikan drama hidupku yang disulami dengan suka dan duka. Apa perasaanku setelah meninggalkannya? Bercampur-baur. Sukar untuk digambarkan. Adakah akan kurindui bumi itu? Mungkin, namun akan kupendamkan sahaja.
Pernah dahulu aku dinasihatkan, supaya tidak pergi ke situ. Mungkin, nasihat yang sama juga akan kuberikan, kepada mereka, yang bertanya. Kepada yang keras kepala, ingin pergi juga (seperti aku), pergilah. Ambil peluang itu, perah setiap titik kebaikan darinya. Kita yang ingin berjaya, maka kitalah yang mesti berusaha. Jangan terlalu mengharap dan menyalahkan pihak lain sahaja. Buangkan mentaliti subsidi, belajar erti hidup berdikari.
Kita doktor diajar untuk memberi. Bersedia membantu menjadi budaya kita, tanpa mengira apapun perbezaan yang ada. Usahlah bertelingkah perkara yang tidak perlu.
Tamat sudah sebuah lagi bab dalam hidupku. Selepas ini mula baru pula, yang lebih mencabar, kata mereka.
Esok aku akan mula bertugas sebagai pegawai perubatan siswazah di HRPZII, Kota Bharu. Pembedahan sebagai posting yang pertama. Doakan aku dapat lalui dengan jayanya. Doa kalian amat bermakna, sungguh!
Hello world!
-
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then
start writing!
6 years ago