Cuti. Bola. Kawan-kawan

Sudah lama aku tidak turut serta perjumpaan bekas budak-budak Jenan, sungguh. Bukan depa tidak buat. Ada. Tapi aku yang tidak berkesempatan, lantaran belenggu tempat dan masa. Dan semalam, dilangsungkan kejohanan futsal alumni SMSAH (baca: Sek Men Sultan Abdul Halim, Jenan, Jitra, Kedah).

Seawal sebulan lagi aku diberitahu. Bolehlah aku rancang cuti dan jadual, yang kau sedia maklum teramat kejam, bagi seorang pegawai perubatan siswazah, seperti aku. Terus aku tempah tiket penerbangan murah dan terbang membawa semangat kesukanan dan setiakawan. Tak terbang pun sebenarnya. Aku terlepas flight, terus burn tiket. Syarikat penerbangan murah, seperti yang kau sedia maklum, amat tidak bertimbang rasa. Mujur ada Najib yang sudi ambil aku di stesen Shah Alam.

Pasukan kami Batch 2003-C, fighters fight kata Eja. Menang 1 perlawanan sahaja. Ok lah tu bagi kami dah dah berkarat urat sendi ni. Sudah lama tidak keluar peluh seronok juga rasanya. Sudah main kami lepak makan-makan di Murni Discoveries. Orang kampung macam aku dan Mussaddiq mana pernah makan sini. Aku makan ayam Napoleon dan minum air "i love you". Ya, memang namanya sebegitu. "I kiss you satu", kata Musaddiq kat pelayan lelaki berseluar yankee itu. Malamnya cadang nak ke show Argon, tapi semua terlelap tak bangun-bangun.

Sudah lama tidak lepak ramai-ramai macam ni. Seronok juga gelak-gelak kongsi cerita. Ramai yang dah kerja stabil, ramai juga yang merancang untuk berkeluarga. Aiman kata nanti kita buat hari keluarga pula. Bawa anak dan bini. 5 tahun lagi aku kata.

Masa balik aku ada masalah lagi dengan penerbangan tambang murah ni. Sampai lambat tak boleh check in. Terpaksa beli tiket untuk next flight. Balik lepak dengan Kapten Gagah dan Matyie. Petang ni bermesra dengan bini nombor dua sekejap, sementara tunggu bini nombor satu balik kerja.heh!

Esok, hidup macam biasa, kerja macam tak berkesudahan. On call lagi. I love my job!

Gambar-gambar boleh layan di sini. Hasil kerja E'o.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

3 comments:

arep said...

la asal xckp awal2 pih ko xdpt naek flight. kalo tau aku teman ko dlu td..

jenanese said...

terima kasih sebab datang..
terima kasih gak belanja makan kat murni..

Mohafiz MH, M.D. said...

takpe la rep..ko dah jauh kot masa tu.aku pun ingat lepas je..kalau kat kb dia kasi je.ada 15 minit lagi kot masa tu.

lama tak lepak skali ramai2..takde hal la jib.heh