Semasa kami form 4 kami agak tidak ngam dengan batch atas kami, form 5. Aku tidak pasti macam mana permusuhan ini bermula. Katanya, mereka ini lebih disayangi cikgu-cikgu di sekolah budak-budak pandai, tempat kami belajar itu. Mereka baik-baik belaka, kononnya tiada seorang pun di kalangan mereka yang buri, ketika itu, berbanding kami yang kononnya haprak-haprak belaka, bak kata sesetengah.
Pernah satu hari hampir tercetus satu pergaduhan besar. Biasalah petang-petang, kami bermain bola di dataran, depan dewan makan. Form 4 ada, form 5 ada. Form 4 main team form 4, form 5 main team form 5. Mula dengan sentuh-sentuh, cuit-cuit, kemudian jadi semakin kasar, ditambah dengan caci maki. Akhirnya bola dicampak tepi, kedua puak mula berkonfrontasi. Ada yang bersiap-siap nak terjun tingkap, nak join sekaki. Kau pernah tengok cerita Young and Dangerous? Ketika geng-geng Hung Hing berdepan dengan geng Tung Tsing. Ha, begitulah keadaan ketika itu.
Mujurlah kebetulan petang itu, ada warden yang mengajar muzik kat bangunan sebelah perasan. Terus dijerkah dan dihalau kami yang ketika tu bagai dirasuk. Kalau tak, aku pasti, pergaduhan besar akan terjadi, dan akan jadi sejarah zaman berzaman, sekolah budak-budak pandai itu.
Itulah salah satu peristiwa yang aku ingat ketika masih muda dan berbahaya dulu. Sekarang ini aku, dan kebanyakan kami dah berubah, cuba menjadi semakin matang dan mencari ketenangan hidup.heh!
Kadang-kadang terasa rindu juga untuk ke sekolah budak-budak pandai itu, walau pun tiada apa yang aku tinggalkan di situ, selain kenangan.
Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!
Hello world!
-
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then
start writing!
6 years ago
4 comments:
haha..gua ingat time ni..rebel habis..masa tu gua target nak taji kaki ke..bola tu belakang kira..
p/s: zzorg menikah 24 Disember 2011.geng2 young & dangerous cawangan KL ingat nak pergi. mungkin boleh singgah sekolah budak pandai.nak join?
tak dapat kot jib..spital aku dah start shift..24 ni long day. 8pg-9mlm..nak cuti pun susah sistem baru ni..kem salam zizorg dan isteri deh..dan geng2 yang lain..
siyes ke nak gi sekolah budak-budak pandai tu..sape lagi yang ada kat sane.heh
ah!bukan siapa pun yang mahu dicari..cuma cari2 kesan2 tinggalan 'aku wuz ere' kalau masih ada..
he he he he your senior here (8993) good entri ...
like > buri.patuk.hasil.cross.tingtong. <
Post a Comment