Sakit 101 - Kemasukan ke Hospital

Ada beberapa cara untuk pesakit dimasukkan ke hospital. Secara umumnya saya boleh kelaskan kemasukan ke hospital ini kepada 3 iaitu kecemasan, elektif, dan pindah masuk. Saya akan huraikan satu persatu.

Kemasukan Kecemasan

Setiap kes baru akan melalui Jabatan Kecemasan dan Trauma samaada dirujuk atau datang sendiri. Di sini pesakit akan disaring mengikut tahap keterukan penyakit dan rawatan awal diberikan. Keutamaan diberikan kepada pesakit yang lebih teruk keadaannya. Ada pesakit yang dirujuk pula ke jabatan lain, sebagai contoh kes patah dirujuk ke jabatan orthopedics, kes lelah dirujuk ke jabatan perubatan (medical) dan sebagainya. Pesakit yang memerlukan rawatan seterusnya akan dimasukkan ke wad-wad yang berkenaan.

Kemasukan Elektif

Dalam kemasukan elektif, pesakit diberitahu lebih awal tarikh beliau akan dimasukkan ke hospital. Pesakit-pesakit ini biasanya sudah mendapatkan rawatan di hospital sebelum ini dan dirancang untuk kemasukan semula. Sebagai contoh pesakit yang dirancang untuk menjalani prosedur-prosedur tertentu yang memerlukan beliau bermalam di wad.

Pindah Masuk

Pindah masuk melibatkan dua hospital yang berlainan. Sebagai contoh pesakit yang tidak dapat dirawat di hospital daerah lantaran ketiadaan kepakaran atau kemudahan akan dirujuk dan dipindah masuk ke hospital besar. Pesakit dari hospital besar juga boleh dipindah masuk ke hospital daerah untuk menyambung rawatan. Selain itu pindah masuk juga boleh berlaku antara jabatan-jabatan di sesebuah hospital.

Untuk setiap kemasukan pesakit disarankan untuk membawa pengenalan diri dan perkara-perkara lain termasuklah nota disjas terdahulu, kad-kad lawatan ke hospital atau klinik dan ubat-ubatan yang sedang pesakit ambil. Tindakan ini akan memudahkan para doktor dan petugas perubatan untuk memberi rawatan yang sepatutnya kepada pesakit. Ini kerana menurut pemerhatian saya, tidak ramai pesakit yang saya jumpa mengetahui secara jelas tahap kesihatan sendiri dan penyakit yang telah beliau alami, rawatan terdahulu yang diterima, nama ubat-ubatan yang beliau ambil dan sebagainya.

Sekian dulu bagi entri kali ini. Sila hubungi saya melalui ruangan komen di bawah jika ada kemusykilan. Saya akan cuba menjawab sedaya mampu. Sehingga berjumpa lagi.

Suka entri ini? Klik butang dibawah untuk dikongsi dengan orang lain juga. Jangan lupa tinggalkan komen anda. Ia boleh menjadi tonik untuk saya meneruskan penulisan ini.heh!

14 comments:

jenanese said...

masuk bilik mayat macam mana plak pih?

Mohafiz MH, M.D. said...

Kalau body yg dtg (mayat) atau mati dalam wad dia akan hantar ke mortuary..waris tuntut di sana

Anonymous said...

Salam. Bagaimana kalau mohon pindah dari hospital HRPZII ke hospital kerajaan di Kuala Lumpur? Proses admission dan transportation siapa yang uruskan dan transportation menggunakan ambulance keluarga pesakit perlu bayar ke? Utk makluman keluarga pesakit adalah staf kerajaan. Terima kasih Dr

Mohafiz MH, M.D. said...

Terima kasih atas pertanyaan

Pemindahan pesakit yg telah sedia ada dalam wad dari hospital besar ke hospital lain di luar daerah atau negeri secara asasnya dibahagi kepada 2:
1) atas permintaan doktor
- pesakit ini kebiasaannya memerlukan rawatan kepakaran atau penyiasatan di hospital lain. Contohnya pesakit pendarahan otak dari hrpz11 dihantar untuk rawatan kepakaran neurosurgery di husm. Atau pesakit hati yang perlu pembedahan kepakaran hepatobiliari di hospital selayang. Dalam kes ini ambulan diuruskan oleh pihak hospital dan diikut bersama oleh doktor atau pembantu perubatan bergantung kepada kes.

2) atas permintaan sendiri
- rawatan/penyiasatan untuk pesakit ini ada di hospital tersebut. Atau pesakit mungkin sgt tidak stabil untuk dihantar. Namun, waris atau pesakit tetap ingin mendapatkan rawatan di hospital lain. Dalam kes ini hospital tidak menyediakan ambulans. Waris atau pesakit harus mendapatkan perkhidmatan ambulans persendirian atau boleh menyewa ambulans hospital. Pesakit tidak diiringi oleh doktor atau pembantu perubatan.

Mengenai bayaran pula, dukacitanya hospital kerajaan kita tidak percuma sepenuhnya (sesuatu yg sy lama angankan). Untuk kes pertama, jika pesakit atau ahli keluarga adalah pekerja sektor awam, maka kos ambulans akan ditanggung hospital. Jika tidak, kos ditanggung pesakit sendiri. Namun, kadangkala staff hospital bersikap lenient terhadap perkara ini. Untuk kes kedua, kos dibayar oleh pesakit.

Harap persoalan tuan terjawab. Saya menjawab atas pengalaman saya. Keadaan mungkin berbeza mengikut hospital atau mungkin sudah berubah

maziamohdnoor said...

Assalamualaikum Dr. Hafiz,
Saya nak tanya apa prosedur utk tukar hosp.
Ayah saya akan operate pada 3 July 2015 di HKL (Cancer Prostat) dan saya bercadang utk tukar ayah ke Hosp Serdang/Selayang/Putrajaya. Boleh tak bantu saya dengan menerangkan cara² / prosedur yg perlu saya buat.
Terima kasih Dr.
Salam,
Mazia

Mohafiz MH, M.D. said...

Salam mazia,
Jika 3/7 itu tarikh pembedahan, semestinya ayah cik pernah dilihat di klinik pakar bedah hkl. Ini kerana kebiasaannya tarikh pembedahan diberi oleh hospital dimana pembedahan itu akan dijalankan. (Tarikh bedah di hkl, klinik pakar bedah (SOPD) hkl yg beri). Sebelum pembedahan, pesakit diassess dahulu di klnik bius hospital tersebut. Amat jarang berlaku pembedahan di hospital lain diberikan oleh hospital lain.

Saya merasakan bahawa tarikh 3/7 itu hanyalah tarikh temujanji di klnik pakar bedah (SOPD) HKL dan bukan lagi tarikh pembedahan. Pada hari temujanji tersebut nnti barulah pembedahan akan dirancang.

Walau apa pun, cik boleh ke SOPD hospital ipoh dan minta mereka rujuk ayah cik ke hospital yang cik inginkan. Ataupun cik boleh pergi dahulu ke hkl pada 3/7 dan minta doktor hkl tukarkan ke hospital yang cik ingini.

Harap jawapan ini membantu

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr. Hafiz,
Saya nak tanya apa prosedur dan bagaimana untuk mendapat rawatan susulan di hospital kerajaan. ini kerana saya telah mendapat rawatan dan melakukan surgeri di hospital singapura.

shah said...

Assalamualaikum Dr. Hafiz,
Saya nak tanya apa prosedur dan bagaimana untuk mendapat rawatan susulan di hospital kerajaan. ini kerana saya telah mendapat rawatan dan melakukan surgeri di hospital singapura.
Masih boleh ke hospital kerajaan menerima?

Mohafiz MH, M.D. said...

Waalaikummussalam Shah. Ini artikel lama, tetapi saya percaya sekarang tidak berubah sangat.

Boleh je nak follow up follow up di mana2. Minta klinik/hospital (klinik surgeri/perubatan etc yg tuan terima rawatan) buatkan surat rujukan bersama2 dgn penyiasatan yag telah dilakukan (kalau ct scan atay xtay ada cd lagi bagus). Kemidian bawa surat tersebut ke hospital yang tuan ingin mendapatkan susulan di malaysia. Mereka akan bagi temujanji

Unknown said...

Asalamualaikum sy nk bertanye anak sy di masukkan ke hospital htj seremban akibat penyakit kuning.pada mulanye di janjikan oleh pihak klinik kesihatan bahawa ibu boleh merawat atau menemani anak di hospital tetapi akhitnye tidak di benarkan jadi sy ingin memohon agar di tukarkan ke hospital banting kerana di sana jarak yg lbh dkt serta kemudahan yg di beri ibu boleh menjaga anak di sana ape yg patut sy lakukan untuk proses pemindahan

Unknown said...

Salam Dr Hafiz. Mcm mana proses utk transfer baby yg ada jaundice dari hospital kota tinggi ke hospital besar melaka? Sbb di melaka lebih mudah dan dekat dgn tempat tinggal.

Suhaida87 said...

Assalammualaikum doc. Ibu saya berada d hdw2, htj seremban. Baru² ini PKPB di bandar Seremban. Menyukarkan keluarga saya dr Rembau / Kluang utk belajar sedut kahak dan bagi susu kpd emak sbb emak baru Lps opret trachy.
.
Emak Saya meminta utk duduk dgn saya. Saya juga berhajat nk transfer / pindahkan emak ke hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang. Utk meneruskan rawatan emak.
.
Bagaimakah prosedur dan langkah² ya doc.
.
•Emak saya seorg pesara kerajaan (ex-staffnurse)
•suami saya anggota tentera d kem mahkota Kluang.

Mohafiz MH, M.D. said...

Walaaikummussalam suhaida.

Tidak banyak yg dapat dilakukan dalam stuasi ini. Memandbangkan emak masih di HDW, waris yg berdekatan yang perlu menguruskan.

Untuk transfer pesakit HDW ke hospital lain adalah sukar.

Sekiranya sudah stabil dan boleh discaj kelak, waris yang menjaga emak puan di seremban boleh memberitahu hajat untuk sambung rawatan di kluang kepada dr di HTJ. Mereka akan aturkan.

Namun begitu, semua bergantung kepada polisi hospital dan budi bicara doktor yg merawat.

Al haa Al has said...

Salam saya nak tanya kalau ayah saya dri hospital muar nak pindah ke hospital KL boleh tak?