Isi Minyak Murah Menggunakan Kad Kredit Visa Ikhwan Petronas

Aku memang pengguna setia Petronas walaupun ramai yang mengatakan minyak Petronas kurang berkualiti. Mungkinkah sebab semangat patriotik? heh!

Bagi pengguna Petronas, seperti aku, aku cadangkan isi minyak menggunakan kad kredit Visa Ikhwan. Kad ini menawarkan rebat sebanyak 8% apabila isi minyak pada hujung minggu dan 1% pada hari-hari biasa.

Ini contoh penggunaan minyak aku pada bulan Julai 2018:


Penggunaan sebulan = RM587.32
Penggunaan minyak sebulan (liter) = RM587.32 ÷ RM2.20 (harga minyak seliter bulan Julai) = 267 liter.

Untuk bulan Julai tersebut, aku mendapat rebat sebanyak RM33.42.


Jadi harga minyak yang aku bayar pada bulan Julai = RM587.32 - RM33.42 = RM553.90.
Harga minyak seliter = RM553.90 ÷ 267 liter = RM2.07/liter

Lihat pula penggunaan pada bulan Ogos 2018:


Penggunaan sebulan = RM274.27 = 124.7 liter.

Rebat ogos = RM17.55
Harga minyak yang aku bayar pada bulan Ogos = RM256.72 ÷ 124.7 liter = RM2.06/liter

Jimat bukan?

Biasanya aku akan isi penuh kereta pada hari minggu untuk mendapatkan rebat maximum 8%. Kalau terdesak, minyak nak habis pada hari-hari biasa, aku akan isi sedikit sahaja, sekadar cukup hingga ke hari minggu.

Harus diingatkan bahawa rebat maksima yang ditawarkan hanya RM50 sebulan. Ini bermakna jumlah penggunaan maksima sebulan ialah sebanyak RM625.00. Jika jumlah penggunaan minyak pada bulan tersebut melebih RM625.00, rebat yang akan diperoleh tetap RM50.

Sekian dulu perkongsian aku kali ini. Harap bermanfaat untuk semua.

p/s: Jangan lupa bayar kredit kad pada waktu yang ditetapkan.



Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

0 comments: