Cara Mengelakkan Itik Nila Atau Serati Terbang Tinggi

Adab memelihara binatang, kena fikirkan jiran juga. 

Sesiapa yang membela itik serati, mesti tahu yang itik ini jenis terbang tinggi, terutamanya yang betina ketika musim bertelur dan mengeram. Kadang-kadang sehingga ke rabung rumah ia naik. Kalau kawasan rumah kita tak apa. Yang tak seronoknya bila ke rumah jiran, berak merata di depan tangga. 

Cara untuk mengelakkan itik terbang tinggi ialah dengan memotong bulu sayapnya. Di sini saya kongsikan 2 cara: 


Cara Pertama
Cara pertama ini asalnya digunakan oleh pemburu ketika menahan denak. Bulu pelepah ada 3 bahagian, iaitu pelepah luas, teras dan pelepah sempit. Dengan cara pertama, hanya pelepah luas sahaja digunting, jadi itik hanya ada sebelah pelepah sahaja. Cara ini membuatkan itik hanya terbang rendah tetapi masih kelihatan alami, supaya tidak menakutkan itik liar yang hendak diumpan. 


Cara kedua

Cara kedua lebih mudah dan sesuaikan digunakan untuk domestik. Bulu pelepah luas dan sempit dipotong secara sebaris, pada pangkal terasnya. Dengan kedua-dua cara ini, pemotongan hanya dilakukan pada sebelah sayap sahaja. Harap perkongsian ini bermanfaat. 
Sebelum dipotong


Selepas dipotong



  Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

Brain AVM - Pendarahan Otak Di Kalangan Orang Muda

Ada ketika kita dengar kes orang muda yang mati mengejut, tanpa ada sebarang penyakit yang diketahui. Selain serangan jantung dan lain-lain, pendarahan otak merupakan salah satu penyebab kematian mengejut. Di kalangan mereka yang berumur <40 tahun pembuluh darah otak yang tidak normal merupakan punca utama pendarahan otak, diikuti oleh tekanan darah tinggi.

Imbasan CT menunjukkan pendarahan otak

Pesakit yang berusia 20an di bawah datang ke hospital dengan simptom seakan-akan stroke, lemah dan kebas separuh badan. Beliau masih sedar dan boleh berjalan seperti biasa. Imbasan CT menunjukkan pendarahan di dalam otak. Imbasan seterusnya menggunakan dye (contrast media) yang dimasukkan ke salur darah mendapati terdapat pembuluh darah yang tidak normal di otaknya.

Pembuluh darah otak yang tidak normal

Kes begini biasanya akan dirujuk ke hospital yang mempunyai pakar berkaitan untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Pembuluh darah yang tidak normal ini perlu dirawat menggunakan Microsurgery, Stereotactic Radiosurgery ataupun Endovascular Intervention. Jika tidak dirawat, pembuluh darah ini mempunyai risiko 2-4.7% untuk pecah.

Ilustrasi AVM (gambar dari Devdeyn et al.)

 

Rujukan:
1. Ruíz-Sandoval, J.L., Cantu, C. and Barinagarrementeria, F., 1999. Intracerebral hemorrhage in young people: analysis of risk factors, location, causes, and prognosis. Stroke, 30(3), pp.537-541.
2. Geibprasert S, Pongpech S, Jiarakongmun P et-al. Radiologic assessment of brain arteriovenous malformations: what clinicians
3. Derdeyn, C.P., Zipfel, G.J., Albuquerque, F.C., Cooke, D.L., Feldmann, E., Sheehan, J.P. and Torner, J.C., 2017. Management of brain arteriovenous malformations: a scientific statement for healthcare professionals from the American Heart Association/American Stroke Association. Stroke, 48(8), pp.e200-e224. need to know. Radiographics. 30 (2): 483-501

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!