Cara Mengelakkan Itik Nila Atau Serati Terbang Tinggi

Adab memelihara binatang, kena fikirkan jiran juga. 

Sesiapa yang membela itik serati, mesti tahu yang itik ini jenis terbang tinggi, terutamanya yang betina ketika musim bertelur dan mengeram. Kadang-kadang sehingga ke rabung rumah ia naik. Kalau kawasan rumah kita tak apa. Yang tak seronoknya bila ke rumah jiran, berak merata di depan tangga. 

Cara untuk mengelakkan itik terbang tinggi ialah dengan memotong bulu sayapnya. Di sini saya kongsikan 2 cara: 


Cara Pertama
Cara pertama ini asalnya digunakan oleh pemburu ketika menahan denak. Bulu pelepah ada 3 bahagian, iaitu pelepah luas, teras dan pelepah sempit. Dengan cara pertama, hanya pelepah luas sahaja digunting, jadi itik hanya ada sebelah pelepah sahaja. Cara ini membuatkan itik hanya terbang rendah tetapi masih kelihatan alami, supaya tidak menakutkan itik liar yang hendak diumpan. 


Cara kedua

Cara kedua lebih mudah dan sesuaikan digunakan untuk domestik. Bulu pelepah luas dan sempit dipotong secara sebaris, pada pangkal terasnya. Dengan kedua-dua cara ini, pemotongan hanya dilakukan pada sebelah sayap sahaja. Harap perkongsian ini bermanfaat. 
Sebelum dipotong


Selepas dipotong



  Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

0 comments: