Menyisih atau Tersisih

.

Bila Musang Nampak Lubang

Tersebutlah kisah di sebuah belantara, duduklah seekor musang yang licik tapi ampuh ilmu kebalnya. Ramailah ingin berguru dengan sang musang. Maklumlah ilmu sang musang bukan sebarangan ilmu, ilmu mapan lagi asli.

Penuntut-penuntut sang musang juga bukan calang-calang. Datang menuntut bukan hanya dari jabun, bahkan gunung, sungai, laut, padang pasir, becah, tanah pamah, dari seantero jagat buana adanya.

Tidak pun lagi tamat pengajian, penuntut berasa rendah diri kurang amali. Merayu merataplah mereka. Ya, ilmu ini perlu digilap, supaya cekuh jadinya, supaya tiadalah diperkotak-katikkan, setelah habis menuntut nanti.

Maka sampailah ke telinga sang musang akan kehendak penuntutnya. Akal bulus menari-nari. Bertitahlah ia bahawa perang-perangan akan dilaksanakan selama sepurnama. Senyampang perang-perangan ini jadi, kuranglah liburan penuntut sang musang, untuk bertemu kulasentana.

Sudahlah begitu, sang musang cuba memeras, meminta 500 ekor ayam selasih sebagai pengeras. Kononnya amali ilmu kebal ini tinggi ongkosnya, banyak kelengkapan perlu disediakan.

Arakian mendahagilah penuntut sang musang. Banyak juga yang bermuram durja. Yang merintih dambakan amali minggir sudah, senyap sepi.

Sekian.

Sejarah dan Kita - Pemimpin Perasan

Dipetik dari wikipedia - ensiklopedia percuma.
With a firm belief that his power to rule was granted by Divine Right, Nicholas assumed that the Russian people were devoted to him with unquestioning loyalty. This ironclad belief rendered Nicholas unwilling to allow the progressive reforms that might have alleviated the suffering of the Russian people. (Sumbernya di sini).
Pemimpin yang perasan pernah wujud. Tidak mustahil masih wujud.

Perihal Ikhlas

Dato' Ismail Kamus kata ikhlas itu susah. Kadang-kadang pada mulanya kita ikhlas, tapi akhirnya jadi sebaliknya.

Kes contoh :
Kau jaga anak saudara yang kematian ayahnya, atau anak sahabat kau. Dari kecil hingga besar. Dari sekolah hingga ke universiti hingga kerja. Kau ikhlas pada mulanya. Sudah berjaya, anak itu tidak pulang ke rumah, untuk seberapa ketika, 6 bulan mungkin. Kau merungut. Kata kau anak itu kau yang jaga dahulu. Kata kau anak itu tak mengenang budi. Seolah-olah kau mengharapkan budi dibalas.
*Dalam kes ini anak itu hanya pembolehubah. Ia boleh jadi benda lain.
Betullah ikhlas itu memang susah. Amalan iklas kita yang sekian lama rosak akhirnya.

Gambar Nikah

1. ALA EMAK KAHWINKAN AKU
2. ALA AYAH SAMBUT MENANTU

Warkah Buat Kau, Aku, Kita Semua

Aku buka aku baca. Baca tengah baca kanan baca belaka. Kanan ada nama, nama penulis nama pena. Nama aku tiada, di tempat yang sama.

Mungkin lama aku tidak pegang pena. Mungkin tulisan aku tidak seberapa. Mungkin tiada orang yang ingin hendak baca. Mungkin tidak seilmiah mana. Mungkin orang itu lupa. Tapi itu tidak apa. Aku menulis bukan kerana nama.

Tegur tetap tegur juga. Dakwah tetap dakwah juga. Tapi jangan nilai hanya rupa. Diri sendiri pun mungkin ada yang tak kena.Kadang tanggungjawab kita lupa juga. Mungkin dia lebih baik dari kita.

Jangan pandang jelek pandang hina. Pada mereka yang kau rasa tidak seberapa. Kita semua sama sahaja, selagi kita hidup di dunia. Kalau lebih pun ilmu sedikit sahaja. Itupun bukan semua kita ada. Yang kita tiada mungkin dia ada. Lebih baik berbaik sangka. Dari asyik mendabik dada.

Mungkin aku tulis sambil sendawa. Tapi jangan ingat tiada makna. Aku tidak tulis saja-saja.

Itu saja aku nak kata. Bukan nak sakitkan hati siapa-siapa. Sekadar muhasabah diri sahaja. Untuk kau dan aku juga.

Doakan Agar Kembali..

Tak lama dulu,di sini,di volgograd,ada jalan yang dibaiki,jalan raya,yang diguna pakai banyak orang.

Ada orang merungut,katanya,di negara yang normal,kalau ini kesnya,kerja akan dilakukan,walaupun di tengah-tengah malam,bukannya sedikit-sedikit,pada waktu yang terhad,setiap hari.

Russia bukan negara yang normal?

Mungkin betul.Mungkin sebab itulah internet,di rumah kami (aku dan isteri).Masih tidak dapat dipasang.

Ini agak membantutkan.

Ya,bukan sebab kahwin aku jarang layari internet.Tapi kerana Russia ini bukan negara yang normal.

Doakan agar aku kembali