Puing Cinta - XPDC

Di alam cinta. Rindu mengejar masa. Pilukan terasa. Menikam-nikam jiwa
Di dalam cinta. Cemburu kan bertakhta. Menguji-guji kita. Menguji segala

Kini aku terapung. Bagai lelayang. Bertalikan rindu. Kurun berpuluh
Janji dulu dilafaz. Masih lekat tersimpan. Di dalam rongganya nafas. Untuk ditelan senang

Engkau dan aku. Dibuai asyik merindu. Dan kini dipertemu. Pada janji mu dulu
Engkau dan aku. Singgah di taman kalbu. Nikmati keharuman. Dilaman keasyikan

Engkaulah kasih. Engkau cahaya. Engkaulah saja. Engkau segala
Tiada antara. Tiada angkara. Tiada derhaka. Engkau meruntun jiwa
Saling mempercaya. Bunuh sangsi prasangka. Genggam kasih kita. Hingga ke garisnya

Cinta dan rindu. Jika dipupus ia. Kita hilang syahdu. Bermurung merana
Cinta punya sakti. Terapi untuk diri. Doa jadi teman. Akan tenang nafasan

NOTA KAKI
Mula dengar lagu ni di TV3, ketika iklan Ahmad Durah, Habil Qabil dan dll tu (aku tak ikuti pun drama-drama tivi ni. Tiada kesempatan. Sungguh.) Tertarik dengan iramanya. Dan aku cam rentaknya - XPDC, walaupun dah lama tidak ikut perkembangan kumpulan kegemaran aku ketika di bangku sekolah ini. Terus saja ku google, cari lagu dan liriknya. Sesiapa yang berminat boleh saja muat turun atau download di sini : Puing Cinta - XPDC

Pengajian Perubatan di Russia - Tamat Sudah

Tamat sudah sebuah lagi bab dalam hidupku. Selepas ini mula bab baru pula, yang lebih mencabar, kata mereka.

6 tahun di Russia banyak mengajarku perkara - yang baik akan kuguna, yang buruk dibuang jauh, semestinya. Bekas bumi soviet itu banyak menyaksikan drama hidupku yang disulami dengan suka dan duka. Apa perasaanku setelah meninggalkannya? Bercampur-baur. Sukar untuk digambarkan. Adakah akan kurindui bumi itu? Mungkin, namun akan kupendamkan sahaja.

Pernah dahulu aku dinasihatkan, supaya tidak pergi ke situ. Mungkin, nasihat yang sama juga akan kuberikan, kepada mereka, yang bertanya. Kepada yang keras kepala, ingin pergi juga (seperti aku), pergilah. Ambil peluang itu, perah setiap titik kebaikan darinya. Kita yang ingin berjaya, maka kitalah yang mesti berusaha. Jangan terlalu mengharap dan menyalahkan pihak lain sahaja. Buangkan mentaliti subsidi, belajar erti hidup berdikari.

Kita doktor diajar untuk memberi. Bersedia membantu menjadi budaya kita, tanpa mengira apapun perbezaan yang ada. Usahlah bertelingkah perkara yang tidak perlu.

Tamat sudah sebuah lagi bab dalam hidupku. Selepas ini mula baru pula, yang lebih mencabar, kata mereka.

NOTA KAKI
Esok aku akan mula bertugas sebagai pegawai perubatan siswazah di HRPZII, Kota Bharu. Pembedahan sebagai posting yang pertama. Doakan aku dapat lalui dengan jayanya. Doa kalian amat bermakna, sungguh!

Indah Langit Tuhan



Malam ini aku dan isteri akan menaiki bas ke KL untuk berkursus induksi dan kenegaraaan selama 5 hari sebelum ditentukan tempat bertugas.

Gambar ini dirakam di sebuah jambatan berhampiran Kem Pengkalan Chepa, semalam. Setelah mula bertugas sebagai doktor pelatih nanti aku akan hidup dalam kegelapan - pergi gelap, balik gelap. Hampir mustahil untuk merakam gambar sebegini lagi.

Jika suka gambar ini, kliklah butang 'like' di bawah untuk berkongsi dengan kawan-kawan yang lain pula.heh!

Bumi Cinta Buat Isteri Tercinta

Tidak lama dulu pernah aku katakan kepada buah hatiku yang aku takkan keluar dari kedai buku tanpa membeli sebuah buku, atau dua.

Ketika ke KB Mall tadi kami singgah di Popular, lagi. Fikirku ada baiknya juga bawa bekal buku ke Kursus Induksi dan Kenegaraan selama 5 hari di Hotel Midah, KL, Isnin nanti. Boleh juga baca ketika ceramah-ceramah yang membosankan, jika ada. Kali ini aku beli sebuah novel, berjudul "Bumi Cinta". Kata isteriku ada kawan yang sudah ada novel ini.

Muka depannya agak menarik perhatianku. Ada St. Basil Cathedral - gereja yang bumbungnya berwarna-warni, bak gula-gula lollipop tu. Ada orang ramai berbaju tebal, bertudung kepala, berjalan merentasi salji lebat, memutih, mengimbau kenangan ketika aku menuntut di Russia dahulu.

Sinopsisnya boleh tahan - kisah graduan lulusan agama, yang hidup di negara yang menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia. Ada Yelena dan Anastasia. Penulisnya pun bukan calang-calang - Habiburrahman El Shirazy, penulis novel Ayat-Ayat Cinta dan Ke Ce Be (baca: Ketika Cinta Bertasbih) yang sudahpun ke layar perak itu, dan yang paling penting, buah hatiku nampak berminat dengan novel ini.

"Betul ke nak beli ni? Boleh je pinjam kalau nak baca.", tanya isteriku.

"Beli je, buat koleksi.", kata aku lantas ke kaunter membuat bayaran.

Sampai di rumah, buah hatiku balut dengan plastik lut cahaya. Aku ambil pen dan bingkiskan di halaman pertama novel tersebut, ayat yang berbunyi, "Buat isteriku yang tercinta, terima kasih kerana berkongsi perjalanan ini bersamaku", dalam bahasa Inggeris, semestinya. Heh!

The 10 Golden Rules of Good Medical Practice

1. Practise with Kindness, Ethics and Honesty.

2. Upgrade Professional Knowledge and Clinical Skills.

3. Maintain good Patient Records.

4. Maintain good Communication with Patients and Relatives.

5. Maintain Doctor-Patient Confidentiality.

6. Allow Second Opinion and Referral to Colleagues.

7. Maintain good Working Relationship With Colleagues.

8. Be conscious of Cost of Healthcare.

9. Avoid Publicity, Self-promotion and Abuse of Position.

10. Be a Partner in promoting Global Health.

Taken from : DUTIES OF A DOCTOR
A publication of Majlis Perubatan Malaysia Malaysian Medical Council

Pasar Siti Khadijah

Cuma sekeping gambar lama untuk menghiasi template baru blog aku ni..layann...heh!



PCB - Pantai Cinta Berahi

Itu hari kami, aku dan buah hati ke PCB. Saja, ingin bercanda sekali-sekala. Beli jagung 2 batang, air tebu 1 gelas, duduk atas batu tengok ombak, layan bayu pantai. Peh!

Ramai juga pasangan selain kami. Ada yang duduk atas batu, ada atas tunggul kayu. Ada yang tangan di pinggang, ada yang kepala terlentok di bahu. Ada yang berjalan berpimpin tangan. Muda-muda belaka, macam kami juga. Aku syak mereka semua dah sah bernikah, macam kami juga.

Matahari nak terbenam kami bersiap pulang. Pantai tidak jauh mana, sempatlah solat di rumah. Azan berkumandang. Ada pasangan yang baru sampai. "Diorang dah solat kat masjid tepi jalan tadi kot.", kata buah hati aku.

Lain hari kami nak ke pantai lain pula.heh!