Salam Perantau..

Dulu..
Malam raya takbir beramai-ramai..tengok budak2 main mercun..lepak2 bersama family tengok tv..
Pagi raya breakfast bersama keluarga..makan lauk sedap2..nasi himpit kuah kacang..pakai baju cantik2..bergambar bersama keluarga..bersalam-salaman..pegi masjid..pegi melawat kubur..ziarah rumah saudara-mara..budak2 dapat duit raya..meriahnya suasana..

Sekarang..
Malam raya takbir juga (tapi sesama kita je la)..kepada yang ada kelas,kena study (kalau ada concluding test lagi sakit)..
Pagi raya breakfast nasi sejuk semalam (kalau ada..kalau tak makan megi je la)..pakai baju ala kadar (simpan untuk sambutan yang betul2 nanti)..sesetengah pergi masjid solat raya (tu pun atas ehsan lecturer,atau pun ponteng kelas)..kemudian pergi kelas..melawat saudara2 mara memang mustahil (lawat patient di hosptal bolehlah)..nak telefon family,di Malaysia tak raya lagi (sini raya awal)

Inilah nasib beraya di perantauan..masuk tahun ni sudah 3 tahun..

Ayahanda dan bonda..teringin rasanya hati untuk mengucup tangan mu di pagi raya yang mulia ini..mencium pipimu yang mulus..namun,hasrat di hati ingin memeluk gunung,apakan daya tangan tak sampai.

Ayahanda dan bonda..
Anakanda memohon maaf atas segala salah dan silap..bonda,halalkanlah setiap titis susumu yang mengalir ke perut anakanda..doakan kejayaan anakmu..Salam ampun dan maaf buat keluarga dan saudara-mara..terima kasih atas segala sokongan..inyaAllah harapan kalian semua tidak akan dihampakan..

Kepada kawan2..ampunkan segala salah dan silap..rindu korang semua..ada rezeki kita jumpa lagi..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN

7 comments:

Anonymous said...

Well said..

Anonymous said...

hrmm..satu kejayaan yang besar memerlukan sdikit pengorbanan..

Anonymous said...

hish..sdey nyo dk ovc..
gni des...
haa....
xse g!!!

Mohafiz MH, M.D. said...

pengalaman mendewasakan kita.eheh

Anonymous said...

sedeh sungguh rayo sano deh...
mujo la aku dok gituh..
p-p

Anonymous said...

tak pe raya dah tak rasa pape lagi dah..raya taun ni sux giler..

Anonymous said...

yg menyeksakan tulah yang indah...
Dia Maha Mengetahui..Maha Merancang n Maha Menentukan...
Tak perlu dikesalkan apa yang berlaku kerana Dia berhak ke atas diri kita...insya Allah..