1 campur 1 tak sama dengan 2

Sampai2 je aku terus capai telefon rumah,cuba call hp aku,mengharapkan ada orang angkat..kali ketiga aku mendengar suara ruski* menjawab..Sah,hp aku tercicir semasa dalam bas tadi,dan sekarang hp aku berada di tangan mamat ruski yang tidak dikenali.Setelah berbincang,kami bersetuju untuk berjumpa di Tulaka*.
Ruski=Russian People
Tulaka=Nama tempat,last station bus-stop

Aku terus bergegas ke bilik houmate aku untuk meminjam hp..Dengan mamai dia menghulurkan..Aku capai sedikit wang,terus keluar rumah dan meluru ke perhentian bas.Di bawah flat aku tersempak dengan housemates aku yang baru balik..Sambil bergegas-gegas aku bertanya, “sapa nak ikut aku gi Tulaka,hp aku hilang,ada orang jumpa”.Seorang menjawab, “Tulaka?jauh a..”.Aku menyambung larianku ke busstop.

Lebih kurang 10-15 kemudian aku tiba di Tulaka.Aku call mamat ruski tu,cakap aku dah sampai..tak lama kemudian dia tiba..Dihulurkan hp aku..aku hairan,selalunya ruski akan minta sesuatu sebagai balasan..Aku buka dompet, “ini saja yang saya ada” kataku.. “saya tidak faham”,kata mamat ruski.. “selalunya Russian akan buat apa sahaja untuk dapat wang,tidak akan saja2 berbuat baik”,kataku pula..Dia tersenyum,menghulurkan salam dan terus beredar..

Aku terus pulang dengan perasaan yang bercampur-baur..




Pengajaran cerita ini: sendiri fikir…..

1 comments:

kamarukom said...

ches..igtkn ruski zulhelmi hahak