Tenat.Itulah yang paling sesuai menggambarkan keadaan Milah.Badan Milah kurus,tidak ubah macam rangka.Tahun baru Masihi bakal tiba.Sesudahnya tahun baru Hijrah pula menyusul.Kemungkinan besar Milah tidak dapat bertahan.Milah sudah tenat.
Apai memang rapat dengan Milah.Apai juga selalu menemani Milah.Nyamuk yang hinggap di badan Milah Apai yang tolong tamparkan.Memang Apai kenal hati budi Milah walaupun Apai hanya orang gaji.Kata datuk penghulu Milah miliknya.Apai tidak setuju.Bagi Apai Milah bukan milik sesiapa.Milah milik Allah yang maha berkuasa.Hanya Allah yang memiliki sesuatu dengan mutlak.Oleh sebab itulah Apai selalu menasihati Milah agar jangan taksub dengan datuk penghulu.Jika penghulu langgar yang haq,tegakkan yang batil Milah tak boleh ikut.Kalau penghulu tidak berlaku adil Milah kena lawan.Tapi Milah tak tak dapat berbuat apa-apa.Hidung Milah kena cucuk dengan tali.
Abu Bakar r.a.h,pernah menegaskan perkara ini dalam ucapan pertamanya setelah dilantik menjadi khalifah, “Taatilah aku selama aku mentaati Allah dan Rasul,dan apabila aku menderhakai Allah dan Rasul maka mentaati aku tidak menjadi kewajipan lagi kepada kamu”
Apai tahu Milah amat berhikmah,cintakan ilmu.Pernah suatu hari ketika melintasi masjid tiba-tiba Milah berhenti.Mungkin Milah tertarik dengan ceramah agama di masjid itu.Imam itu kata kita sebagai umat Islam tidak boleh asabiyah,perkauman.Kita mesti berpegang pada tali persaudaraan Islam,bukan warna kulit atau kaum.Kita juga mesti tetapkan niat kita,hidup dan mati kerana Islam.Jalani kehidupan sebagai muslim secara menyeluruh,bukan separuh-separuh.
“Wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu kedalam Islam seluruhnya,janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan,kerana dia menjadi musuh yang nyata bagi kamu”. (Al-Baqarah:208)
Lama juga Milah melangut.Ceramah imam itu disokong dengan al-Quran dan hadis-rujukan utama umat Islam.Sesekali Milah angguk,entah faham entah tidak.Apai lihat mata Milah bergenang air jernih.Tapi Apai risau.Keinsafan Milah selalunya hanya seketika,masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Apai juga tahu Milah amat suka berazam.Setiap kali tahun baru Milah tidak pernah lupa pasang azam.Azam itu azam ini.Malangnya Milah tidak pernah nak penuhi azamnya.Milah hanya hangat-hangat tahi ayam.Namun semenjak menghidap sakit Apai lihat Milah banyak berubah,Milah makin banyak termenung.Mungkin Milah mula sedar silapnya.Azam tidak semestinya hanya pada tahun baru.Azam perlu setiap masa dan ketika.Azam pula perlulah azam yang baik.Dan hendaklah istiqamah dalam melaksanakan perkara2 baik.Hari ini hendaklah lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini.Tidak perlu tunggu sakit baru hendak insaf.Tidak perlu tunggu tua baru nak bertaubat.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hari ni genap seminggu Milah mati,akibat penyakit kuku dan mulut.Apai tidak sedih kerana Apai tahu ajal maut di tangan Allah.Tuk penghulu sudah beli lembu baru sebagai pengganti Milah,lembu kesanyangannya.Apai kini kembali menjalankan tugasnya-menjaga dan mengembala lembu-lembu tuk penghulu.Milah kini tinggal kenangan.
Hello world!
-
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then
start writing!
6 years ago
1 comments:
cerita ini sepatutnya dihantar untuk sebuah majalah disini,tapi tak jadi..sorilah.
Post a Comment