Pertandingan Membaca 04-10


Tema : PERUBATAN UNTUK PELAJAR ASING
Tarikh : September 2004 - Ogos 2010
Venue : Volgograd State Medical University

Syarat-syarat penyertaan
1. Warganegara Russia dan Russian Federation (orang asing bolayan),lelaki atau wanita.
*penyertaan bagi warga asing yang berkulit cerah dan mampu berbahasa Russia dengan pekat akan dipertimbangkan.
2. Mempunyai kelulusan perubatan (MD,MBBS,PhD dll.).
3. Batasan umur tidak terhad.
4. Berperawakan menarik atau tidak.
5. Yuran penyertaan adalah percuma,malahan setiap peserta akan dipertimbangkan kenaikan gaji sebanyak 2 kali ganda.

Syarat-syarat pertandingan
1. Pertandingan akan berlangsung selama 1 jam 40 minit.
2. Pertandingan mempunyai 2 separuh masa (half-time).Setiap separuh masa mempunyai jangka masa selama 50 minit.Rehat selama 10 minit dibenarkan tidak kira semasa,selepas pertandingan atau pada bila-bila masa sahaja.

3. Teks bacaan hendaklah dalam bahasa Inggeris.Peserta hanya dibenarkan untuk membaca teks.Sebarang penjelasan mengenai teks yang dibaca adalah dilarang sama sekali

4. Alat bantuan (transparency,slideshow dll.) adalah dibenarkan,tetapi peserta dilarang sama sekali untuk memberi salinan teks kepada pendengar (audience).

5. Pertandingan akan diadili dari segi nada dan kelajuan peserta membaca teks.Peserta yang mempunya nada yang mendatar dan kelajuan yang tinggi akan mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pertandingan ini.Kefasihan menyebut dan kelantangan suara tidak termasuk dalam kriteria pengadilan.

6. Sebarang bantahan terhadap pihak pengurusan hendaklah disertakan dengan sejumlah wang (makin banyak,makin bagus),namun pihak pengurusan mempunyai hak untuk tidak mempedulikan sebarang bantahan.

7. Keputusan pengadil adalah muktamad.Surat menyurat tidak akan dilayan.

8. Kehadiran adalah wajib sama ada faham atau tidak.

0 comments: