Hijrah dan Azam

♫ ♪ Satu muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijriah.
♬ ♪

Hari ini tahun baru. Selang beberapa hari lagi tahun baru lagi. Tapi tahun baru yang mana kita yang punya?

♬♫ Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari kota mekah ke kota madinah. ♪ ♫

Kita akan sambut tahun baru dengan solat hajat berama-ramaiSebut tentang hijrah dan tahun baru, setidak-tidaknya setiap dari kita mesti pasang azam. Yang tidak bertudung berazam untuk berhijab. Yang berpasangan berazam untuk bernikah, bertunang sekurang-kurangnya. Yang sudah berkahwin berazam untuk jadi yang soleh dan solehah. Bermacam-macam azam.

♫ ♪ Atas keyakinan dan iman yang teguh.. ♩♬♪

Setiap peringkat umur dengan azam masing-masing. Hatta budak kecil yang masih berhingus juga boleh berazam, untuk memujuk ayah membelikan mainan baru, misalnya. Azamlah apa-apa, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya, asalkan yang baik. Hijrah juga bermaksud berubah kepada yang lebih baik.

♪ ♫ Kaum muhajirin dan ansar bersatu..♫ ♪

Dan bersatulah. Sedang kira berleka, Palestin di serang Israil, Kristian dan dengan dakyahnya, dengan orang kita menjadi barua-baruanya.

♬♫ Rela berkorban, harta dan nyawa..
Demi menegakkan Islam tercinta. ♪ ♫

*gambar hiasan semata-mata

4 comments:

Anonymous said...

hmm. suka. ringkas. padat. gambarnya juga walaupun sebagai hiasan. =)

Mohafiz MH, M.D. said...

ringkas ada adalah tema blog ni adila.nway thanx

Anonymous said...

gambar lawa tu..doakan jadi kan kenyataan sempena hijrah ni..

Mohafiz MH, M.D. said...

insyaAllah..malam tahun baru dah lepas,yang kantoi ramai juga. mungkin hari merdeka nanti takde dah pesta2..kita ganti dengan solat hajat beramai2..