Mencari Identiti

Kadang-kadang aku terfikir, sedap juga kalau ada nama komersial. Nama yang bukan macam nama aku, tapi menggambarkan aku. Kalau orang melayu kata, kiasan.

Biasanya orang guna akronim, atau singkatan. Contoh yang cukup glemer dr. MAZA, aku rasa. Bagi yang suka baca tentang ekonomi Islam, mungkin nama UZAR cukup sinonim bagi mereka. Kawan-kawan di Volgograd ni juga tak kurang hebatnya, ABO dan ANIZA, misalnya.

Ah ya, nama IHAB juga biasa disebut di sini.

Aku cuba reka akronim untuk nama aku, tapi tak pernah jadi. Mohd Hafizuddin Bin Husin. Hm.. MHBH? Mohahus?

Atau mungkin aku boleh terbalikkan ejaan.Afiq jadi Qifa. Hafizuddin jadi Nidduzifah. Menarik juga.

Slumdog Millionaire

Exam dah habis, masa untuk cuti semester sebenar. Ada yang dah rancang macam-macam cuti ni. Ada yang tak tahu nak buat apa. Lebih-lebih lagi kepada yang tak pergi ke mana-mana. Bukan aku. Aku tak pernah tak tahu nak buat apa masa cuti, heh! Tidak di Volgograd ni, maksud aku.

Kepada yang suka tidur, inilah masa yang paling sesuai nak melaksanakan rutin murni kalian. Kau tidur pukul 7 malam ni, kau bangun pukul 7 pagi esok. Matahari pun tak terbit lagi. 12 jam tidur. Peh, macam beruang kutub.

Tapi kau kena ingat. Tidur itu mati sementara, mati itu tidur selama-lamanya. Lebih baik kalau kau beramal sedikit sebanyak cuti ni. Orang yang banyak amal, tidurnya dalam kubur nanti macam tidur pengantin baru. Macam mana? Kahwin dulu baru kau tahu.

Kalau kau nak tengok movie, aku cadangkan cerita Slumdog Millionaire. Filem ni targetnya cuma lepasan DVD, alih-alih menang 4 Golden Globes. Kau boleh tengok abang pengacara Who Wants To Be A Millionaire berlakon. Ah ya, nama watak utamanya Jamal. Jamal Malik.

Amrullah (Baitul Maqdis)

لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِAkan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”
(hadis riwayat Ahmad)

Tengok-tengok PalestinKini, jumpa lagu ini. Lagu hadis nyanyian Muadz. Jangan tanya aku siapa dia sebab aku pun tak tahu. Mungkin lagu lama, aku saja yang baru dengar. Apapun ia sedap, penuh semangat dan tak rugi kalau kau dengar sama. Google saja tajuknya. Kalau kau malas, klik saja di sini.

Kebencian Hitler - Persoalan Yang Perlu Dijawab

Adolf HitlerSiapa yang tidak kenal Adolf Hitler, pemimpin parti Nazi dan pemerintah Jerman tersohor, terutamanya pada era perang dunia ke-2 (WWII).

Pada era pemerintahan Hitler, lebih kurang 6 juta Yahudi¹ telah dibunuh. Mengikut polisi sosial Nazi, Yahudi merupakan nyawa yang tidak bernilai² dan perlu dihapuskan, supaya tiada lagi zuriat keturunan mereka.

Mereka dijadikan buruh sehingga tinggal kulit dan tulang,dibiarkan kelaparan dan mati kebuluran, dibunuh menggunakan gas beracun di dalam kebuk wasap, ditembak beramai-beramai dan sebagainya.

Persoalannya, kenapakah Hitler begitu bencikan Yahudi? Adakah kerana pengaruh fahaman anti-Yahudi (anti-Semitism)³ yang menular di Eropah pada ketika itu? Sungguhpun demikian, apakah yang menyebabkan wujudnya fahaman ini, sehingga ia dijunjung, malah ramai pula yang mengikutnya?

Setelah melihat keangkuhan dan sikap melampau rejim Zionis dan kuncu-kuncunya pada hari ini, mungkin segala persoalan ini sudah terjawab.

:: NOTA KAKI ::
1. Holocaust 6 juta rakyat Yahudi tu dikatakan rekaan Yahudi semata-mata. Yahudi menulis sejarah sedemikian, tetapi lepas kajian dikatakan tidak sampai pun 6 juta. Ini hanya untuk meraih simpati kepada mereka. Baca komen dari Afiq di bawah.

2. Penjenayah, homosexual, orang bukan berkulit putih, orang cacat dan kurang upaya, parti-parti penentang, golongan agama, kaum Romani dan sekumpulan orang yang lain juga dikira sebagai Lebensunwertes Leben (life unworthy of life) mengikut fahaman Nazi.

3. Islam tidak mengajar supaya melabel sesuatu kaum secara pukal.

Luasnya Ilmu

"DSM-IV-TR lists 365 disorders in 17 sections, plus some diagnostic criteria proposed for futher study included in the appendix"

Luasnya ilmu Allah. Bilangan penyakit mental saja sudah sama bilangannya dengan jumlah hari dalam setahun. Padanlah tidak tahu juga merupakan ilmu. I know that i nothing know.

Seteru Kita - Zionisme dan Kuncu-kuncu

Kita tidak memerangi keseluruhan Yahudi. Tidak. Kita tidak memusuhi kaum yang kita dibolehkan mengahwini, dan makan sembelihan mereka ini*. Kita mencintai kedamaian, mana mungkin kita memerangi sesetengah kelompok Yahudi yang mementingkan keamanan. Mana mungkin kita memerangi sesetengah mereka yang baik, yang turut menentang penubuhan negara Israel.
We broke them up into sections on this earth. There are among them some that are the righteous, and some that are the opposite. We have tried them with both prosperity and adversity: In order that they might turn (to us). Al-A'raf 7:168
Yang kita perangi ialah Zionisme, pengikut-pengikut fahaman mereka, tidak kira Yahudi, Kristian atau apa agama dan bangsa. Kita memerangi mereka yang membuat onar, dan mengganggu keharmonian kita. Ya. Mereka yang memulakan perang ini dengan merampas dan merompak bumi Palestin, untuk membina negara haram mereka**.
Fight in the cause of Allah those who fight you, but do not transgress limits; for Allah loveth not transgressors. Al-Baqarah 2:190
Sebagaimana kita marah apabila semua Muslim dilabel sebagai pengganas, begitu juga mereka apabila kita melabel semua Yahudi itu Zionis. Jadi kenalilah musuh kita.

:: NOTA KAKI ::*Ada buku berkenaan sembelihan ahli kitab yang tak rugi kalau kau baca - di sini.
**Sebelum munculnya fahaman Zionisme, penganut Islam, Yahudi dan Kristian hidup dengan aman di bumi Palestin. Kau boleh lihat peta ini. Melalui peta ini pula kau akan tahu mengapa Israel dikatakan negara haram. Penghargaan buat Muhanna dan Hilmi.

Seteru Kita - Musuh Dalam Selimut

Seteru kita bukan hanya Zionist. Seteru kita juga ialah mereka yang bersubahat dengan mereka.

Apa lagi yang boleh dikatakan tentang Hosni Mubarak yang tidak membenarkan bantuan kemanusian melalui sempadan mereka? Yang menyekat usaha-usaha untuk menghentikan penyembelihan di Gaza?

Begitu juga dengan Mahmoud Abbas. Mungkin beliau ada alasan sendiri untuk menolak usaha membawa pemimpin Zionis ke mahkamah antarabangsa.Tapi adakah kuasa politik begitu penting sehingga nyawa saudara sendiri dipertaruhkan?

HAMAS dipilih secara demokratik oleh rakyat-rakyat Palestin sendiri. Menyokong perjuangan HAMAS bererti menyokong demokrasi. Mungkin pemimpin-pemimpin Arab ini takut dengan bayang-bayang sendiri.

Apapun alasan mereka, sehingga hari ini lebih 900 nyawa telah terkorban.

:: NOTA KAKI ::
Kau boleh baca tentang Hosni di sini, di sini, di sini dan di sini. Tentang Mahmoud pula kau boleh baca di sini, di sini, di sini dan di sini.

Tarik Jangan Tak Tarik

Ni ada sedikit gambar sukan antara pelajar-pelajar asing di sini yang acara kemuncaknya petang tadi.Peserta
Para peserta
Iyah,iyah,eeeyah!!
"Iyah, iyah, eeeyah!!!"
Bedebuk!!
"Bedebuk!!"


Saingan sengit juga walaupun lawan kami ini (dari afrika) beratnya semacam. Mereka johan tarik tali hari ni. Pasukan bola tampar kami menang. Dapat hadiah fail seorang sekeping. Jadilah. Dulu dapat pen saja seorang sebatang.

KUCABARAIni entri ke-100 blog ini. Mungkin juga aku akan berhenti untuk seketika, untuk memberi laluan kepada exam. Mungkin. Mungkin juga tidak.

Cadangnya nak tukar url blog ini, kepada nama yang lebih mesra pengguna, lebih sedap disebut, dan lebih sentimental, mungkin. Ada idea nama yang sesuai?

Merkava Israel lwn Baker Palestin

Sedih dan sakit hati apabila membaca berita ini :
Isnin, 05/01/2009 - Seorang ibu Palestin dan empat orang kanak-kanaknya dilaporkan terbunuh dalam satu serangan terbaru rejim Zionis di Gaza pada petang Ahad (4/1/09), medik dan saksi melaporkan.
Sumber-sumber perubatan melaporkan yang ibu dan kanak-kanaknya, Baker keluarga di Gaza berada di kawasan Attufah, mati terbunuh petang semalam selepas rumah mereka dibedil kereta kebal rejim Zionis..
Antara mereka yang terbunuh adalah seorang budak lelaki berumur satu tahun dan satu orang gadis berumur dua tahun, medik berkata. (Sumbernys di sini)
Adilkah apabila sebuah kereta kebal Merkava seberat 65 tan setinggi lebih 2 meter bersenjatakan meriam Rheinmetall MG253 berkaliber 120mm membedil kanak-kanak 1 tahun yang beratnya hanya 10.5 kg dan tingginya hanya 0.75 meter.

Peluru LAHAT yang dilancarkannya sahaja sudah hampir menyamai saiz kanak-kanak malang ini. Inilah jadinya apabila kebinatangan menggantikan kemanusiaan

Nota Buat Natalia - Sempena Tahun Baru Kamu


Pengajaran (untuk aku dan kita semua) :

Cubalah untuk seketika kita letak diri kita di tempat orang lain. Letak diri kita ditempat anak-anak Palestin yang ayahnya rentung, dibom Israel. Letak diri kita di tempat anak-anak Palestin yang ibunya diperkosa di depan mata. Bayangkan penderitaan mereka. Fikirkan pula apa yang telah kita buat untuk membantu mereka.

KUCABARAWajib bagi setiap muslim menyatakan bantahan terhadap yahudi terkutuk atas apa yang sedang berlaku di Ghaza. Darah rakyat Palestin ditumpah tanpa dosa, sedangkan mereka saudara seagama dengan kita. Zahirkan bantahan tersebut melalui berbagai cara terhadap Israel, juga pelindungnya Amerika. -dr.MAZA