Isnin, 05/01/2009 - Seorang ibu Palestin dan empat orang kanak-kanaknya dilaporkan terbunuh dalam satu serangan terbaru rejim Zionis di Gaza pada petang Ahad (4/1/09), medik dan saksi melaporkan.Adilkah apabila sebuah kereta kebal Merkava seberat 65 tan setinggi lebih 2 meter bersenjatakan meriam Rheinmetall MG253 berkaliber 120mm membedil kanak-kanak 1 tahun yang beratnya hanya 10.5 kg dan tingginya hanya 0.75 meter.
Sumber-sumber perubatan melaporkan yang ibu dan kanak-kanaknya, Baker keluarga di Gaza berada di kawasan Attufah, mati terbunuh petang semalam selepas rumah mereka dibedil kereta kebal rejim Zionis..
Antara mereka yang terbunuh adalah seorang budak lelaki berumur satu tahun dan satu orang gadis berumur dua tahun, medik berkata. (Sumbernys di sini)
Peluru LAHAT yang dilancarkannya sahaja sudah hampir menyamai saiz kanak-kanak malang ini. Inilah jadinya apabila kebinatangan menggantikan kemanusiaan
3 comments:
innalillah.... israel laknatullah semakin kejam...mana perginya laungan antikeganasan amerika dan sekutunya.
memang sgt x berperikemanusian yahudi ni..gerammnyer..coz setakat ni xde tindakan yg tegas terhadap diorg ni..
salam ziarah...
semoga mereka di sana terbela nasibnya..
Post a Comment