Housemanship - During My Time I

Pasca apokalips.

Zaman ini doktor dah tak ramai. 3 wad, 90 orang pesakit,  seorang pegawai perubatan siswazah (houseman) sahaja yang jaga. Dialah yang buat itu, dialah yang buat ini. Zaman ini juga misi-misi dibenarkan semula ambil darah, setkan wayar branula. Doktor tak menang tangan.

Yalah, houseman sudah tidak ramai.

Zaman-zaman sebelum tu semua mak ayah nak anaknya jadi doktor. Maka dihantarlah belajar sini sana. Kolej-kolej medik tumbuh melata.

Sampai suatu ketika doktor melebihi permintaan. Pesakit juga semakin tidak ramai. Yalah, akhir zaman ni umur manusia bukannya panjang. Yang mati lebih banyak dari yang lahir.

Syarat bekerja semakin diketatkan. Ujian penilaian sebelum kerja, selepas tamat belajar diadakan semula. Dapat ijazah sudah tidak menjamin kerjaya. Malah ada graduan perubatan yang menganggur. Tiada lagi kerja dalam panggilan atau oncall. Doktor-doktor kerja ikut shift - pagi, petang dan malam. Elaun kritikal ditarik balik. Gaji pakar gred 32 saja. Doktor bukan kerjaya pilihan ibu bapa lagi.

Jadinya, houseman sudah tidak ramai.

" During my time, doktor ramai. Seorang pesakit seorang houseman yang jaga. Bukan macam kamu sekarang.", kata seorang doktor kepada housemannya.

Pasca apokalips. Heh!

3 comments:

rijalnaif said...

ni gambaran situasi berapa tahun akan datang??..huhu.. kalau elaun kritikal doktor ditarik, elaun kritikal farmasi pun mungkin juga ditarik la..haaha

jenanese said...

doc ramai sgt..sampai yang dapat 9A dalam spm pon tak dapat amek course medic..heh

Car Loan Calculator said...

Thanks for sharing........
have a nice day.....^^