Dah lama aku minat fotografi ni. Dari kecil lagi. Sungguh. Tak tipu. Dulu-dulu kamera filem, lepas tangkap sekali kena gulung. Filem segulung agak mahal bagi kami. Beli pun bila ada majlis-majlis atau perayaan sahaja. Dan bukan habis terus. Beli raya puasa, sempatlah guna untuk raya haji pula. Ketika itulah aku curi-curi guna, tangkap gambar yang aku rasa menarik - teratai, matahari terbenam, pokok-pokok. Ketika cuci baru kantoi.heh!
Sampailah aku berhijrah ke Kedah. 5 tahun di asrama nak tangkap gambar apa. Duit belanja mak ayah tanggung lagi beb. Kena guna untuk benda-benda yang sepatutnya - makan dan minum contohnya. Lagipun dulu-dulu bukan ada kamera digital lagi. Dah tangkap gambar nak kena cuci. Sampailah aku dapat tawaran ke Russia. Dapat duit sendiri, kerajaan bagi. Duit kalian juga sebenarnya. Tahun-tahun pertama tidak dapat lagi nak sambung minat yang terpendam tu. Duit hantar ke kampung, sambil-sambil kumpul untuk kahwin.
Sudah nikah rezeki makin murah. Dapatlah aku angkat DSLR seken - D60. Ada jugalah gambar yang aku ambil. Belajar teknik-teknik, teori-teori. Untuk buat hobi kononnya. Sampailah sekarang dah jadi doktor atau lebih tepat lagi H.O.. Masa pula yang tidak banyak. Masa, jika yang lebih, banyak luang dengan isteri dan keluarga tercinta, atau tidur sahaja.
Namun, fotografi tidak terkubur sahaja. Ada lagi gambar yang aku ambil. Cuma tidak diedit sahaja. Tunggulah nanti bila aku jadi specialist, aku edit gambar-gambar tu, dan aku letak kat sini, buat tatapan kalian semua. Jika blog ini masih wujudlah.heh!
Hello world!
-
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then
start writing!
6 years ago
0 comments:
Post a Comment