Tugasan atas panggilan atau on call adalah satu istilah yang biasa di sebut oleh doktor-doktor. Secara ringkasnya on call ni merupakan kerja selepas waktu kerja, bersiap siaga, menunggu panggilan. Lebih kurang overtime jugalah. Ada banyak jenis on call. Ada yang jaga wad ni, ada yang jaga wad sana, ada yang seorang ada yang berdua. Ada yang aktif ada yang pasif. Mungkin berlainan mengikut jawatan (H.O./M.O./Specialist) atau mengikut unit atau bahagian.
Jika kau on call, pada hari-hari biasa, selepas tamat kerja jam 5.00 ptg, kena sambung lagi sampai jam 8.00 pg esoknya, kemudian sambung kerja seperti biasa hingga jam 5.00 ptg. Jika on call hujung minggu atau hari cuti, kau akan kerja dari jam 7.00 pg hari ini sehingga 8.00 pg keesokannya. Kemudian kau boleh balik terus, jika kau tidak buat ward round hari tersebut. Jika tidak, kerja perlu disambung. Hujung minggu kau kerja sekerat hari sahaja, itupun jika kerja siap. Jika kira, kau kerja 34 jam tanpa henti, pada hari-hari biasa, yang kau on call.
Apa yang kau dapat? Jika kau houseman macam aku, kau akan dapat RM 100 untuk setiap on call pada hari biasa, atau RM 110 untuk oncall hujung minggu atau hari cuti. Selain waktu tidur yang terhad, kau juga mungkin dapat pengalaman yang pelbagai, berhadapan dengan aneka ragam pesakit. Di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu ini kau perlu on call lebih kurang 7-10 kali sebulan. Aku dengar ada hospital yang 3 hari sahaja. Ada juga yang sampai belas-belas hari.
Biasanya setiap kali on call housemen akan bertanya, siapa rakan kau yang on call sama, siapa MO, atau siapa specialist yang akan round, atau siapa doktor bius atau doktor bahagian lain yang bertugas, untuk kau rujuk - garangkah, atau baik kah, atau jonah kah.
Jonah merupakan istilah yang kami sebut bagi orang yang ketika dia on call, banyak kes yang akan masuk, atau banyak perkara yang perlu dibuat, sampai kadang kala tidak tidur. Aku tidak pasti asal usul perkataan jonah ini. Aku syak Jonah merupakan nama housemen pertama di Malaysia, atau mungkin di dunia. Mungkin juga Jonah ini orang pertama yang cipta sistem on call.
Setelah kau on call, kau akan sebut post call. Maknanya kau baru on call semalam. Aku tidak nampak apa signifikasi istilah ini. Kau tetap kena kerja seperti biasa juga, post call atau tidak.
Aku tulis ni ketika aku sedang on call. Lebih kurang 2 pagi. Fatimah, partner aku oncall kali ni sudah tertidur di kaunter jururawat, menunggu kehadiran M.O. Malam ini kami agak jonah.

5 comments:
apa implikasi terhadap kebolehan membuat keputusan?
Terhad! Tapi bergantung pada dept apa jugak
maksud aku..dengan segala stress yang ada, cane doc boleh buat keputusan? adakah smua doc boleh buat keputusan dalam keadaan tertekan?
hoho..aku tersalah faham..sebab kebanyakan keputusan housemen kena consult orang atas dulu..
hm..walaupun sibuk dan memenatkan..aku tak rasa semua doc rasa tertekan atau stress dengan kerja..malah ada yang berasa seronok..untuk houseman,maybe ya, tertekan..tapi untuk yang dah lama aku rasa benda ni jadi biasa, dan merawat pesakit serta membuat keputusan berkenaannya dah jadi second nature, walaupun stress atau tidak..adakah semua keputusan betul? kita manusia tidak sempurna.heh!
faham2..hehe
Post a Comment