Najib - Sebuah Memori

Photo & Video Sharing by SmugMug
Memori pertama yang aku dengan Najib, yang aku ingat, 12 tahun dahulu,kurang lebih. Ketika tu aku baru belajar berdikari, ke asrama di sebuah sekolah budak-budak pandai di utara tanah air, berjauhan dari keluarga, membawa semangat 'keKelantanan' yang aku kira agak kuat juga, ketika itu.

Suatu hari seorang kawanku mengadu, yang Najib, budak Selangor itu, mengutuk dan memperlekehkan Kelantan, negeri kelahiran kami. Malam tu juga, selepas supper di dewan makan, aku tahan Najib, sound, jangan kutuk Kelantan. Kalau nak, kutuk aku. Punyalah gedebe aku ketika itu, konon-kononnya. Aku percaya, malam tu Najib mesti menyumpah aku gila-gila.heh!

Aku dan Najib sekelas. Pernah sekali satu hari mood aku tak best. Nak suasana senyap. Baca buku. Ada sekumpulan tengah bising. Terus aku baling buku yang aku tengah baca, suruh senyap. Esoknya aku cari buku tu (nak cari terus, segan. Baru baling takkan nak ambil balik.heh). Cari-cari tak jumpa. Lama kemudian aku dapat tahu yang Najib dah buang, dalam tong sampah, buku, yang aku baling tu.

Najib dan aku sama-sama main ragbi, sama-sama main bola. Banyak sukan kami main sama-sama. Di sekolah tu yang main sukan orang yang sama sahaja. Aku syak itu yang mendamaikan kami. Berlatih sama-sama, main sama-sama. Lama-lama kami semakin rapat. Malam-malam bila lampu padam, hari minggu terutamanya, kami bersembang. Banyak cerita yang kami kongsi. Termasuk pasal hati dan perasaan. Aku tahu Najib minat awek mana, dan Najib tahu aku minat awek mana. Ya, kami agak jiwang walaupun nampak ganas, ketika itu.

4 tahun kami sekelas. Najib boleh dikatakan antara kawan baik aku di sekolah pandai tu. Banyak juga benda nakal kami buat sama-sama. Ada juga satu kes yang hampir menyebabkan kami bergaduh besar. Pernah Najib kantoi kes ayam golek (pukul). Najib kena gantung seminggu. Lepas kena gantung tu aku perasan Najib berubah, jadi semakin fokus dengan pelajaran. Najib berubah bukan sebab kena gantung, aku rasa. Tapi sedar akan target sebenar kami ke sekolah tu. Tambah-tambah lagi SPM dah makin dekat. Kami punya cita-cita yang sama - doktor. Secara jujur aku kagum dengan Najib. Semangatnya kuat, walaupun sentiasa dipandang serong dan dianak-tirikan oleh sesetengah cikgu.

Keputusan SPM Najib sungguh cemerlang. Kami dapat tawaran ke matrikulasi yang sama, juga di utara tanah air. Kami ke sana, menunggu untuk mendapat tawaran lain. Kami teruskan hidup di matrikulasi sebagai priya-priya kesepian. Aku dapat tawaran ke Russia. Dengan keputusan Najib yang cemerlang ditambah dengan aktif sukan dan persatuan, aku cukup yakin Najib akan dapat tawaran. Tapi mungkin tuhan ada rancangan lain, yang lebih baik untuk Najib.

Setelah ke Russia kami kurang berhubung. Bukan lupakan kawan, tetapi jarak yang memisahkan ditambah dengan perangai aku sendiri. Aku kini bukan lagi antara kawan yang paling rapat dengan Najib, aku rasa. Walaupun begitu, apa-apapun, kita tetap peng yu, bak kata XPDC.

NOTA KAKI
Aku tulis ni sempena perkahwinan Najib dengan insan pilihan hatinya baru-baru ni. Cuma sekarang baru sempat siapkan dan pos. Kepada Dhalila, jagalah sahabatku ini baik-baik. Najib ni sensitif orangnya.heh! Semoga rumah tangga kalian diberkati, insyaAllah.


Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

4 comments:

mohd ming said...

demo memey deep lah. salute! heheh

Mohafiz MH, M.D. said...

deep purple?heh

jenanese said...

gua speechless bro...thanks for the post...

Mohafiz MH, M.D. said...

semoga berbahagia jib!