Housemanship During My Time - Cuti Rehat

Kalau nak tahu, house officers (aka H.O. aka housemen) sekarang perlu melalui 6 posting berlainan (medical, surgical, orthopedics, paediatrics, obstetrics & gynecology dan accident & emergency/anaesthesiology) dalam tempoh 2 tahun, berbeza dengan housemen dulu yang hanya perlu melalui 3 posting sahaja (medical/paediatrics, surgical/orthopedics dan obstetrics & gynecology) dalam tempoh 1 tahun.  Tidak kiralah satu tahun, atau dua, setiap posting lamanya 4 bulan, jika tiada aral melintang.

Seorang houseman dibenarkan untuk mengambil cuti rehat selama 8 atau 9 hari setiap posting (25 hari setahun). Di HKB ini ada department yang tidak membenarkan cuti panjang terus atau sekaligus. Surgical department misalnya. Kadang-kadang nak dapat cuti 3 hari pun susah. Tapi tengok juga. Ada kes-kes tertentu kau boleh ambil cuti lama. Aku pernah ambil cuti 3 hari, sebab nak ke Johor teman insan tersayang bawa balik kereta dari sana.

Harus diingatkan cuti 8 atau 9 hari tersebut, jika kau tak habis guna, kau tidak boleh bawa ke posting seterusnya. Contohnya, jika kau cuti 2 hari sahaja ketika di medical, cuti kau ketika di surgical nanti tidak akan bertambah menjadi 15 atau 16 hari. Biasanya housemen akan ambil cuti 2 hari setiap bulan jika tiada rancangan untuk kumpul cuti untuk digunakan ketika nak jadi M.O. (Medical Officer) nanti. Nak seronok, jika department kau sempoi, mintalah cuti rehat panjang sikit sebelum kau mulakan posting yang baru (end posting). Biasanya cuti end posting ni bos bagi lama sikit.

Aku ambil cuti rehat end posting selama 3 hari. Mulanya nak ambil 4 hari, tapi bos kata rugi. Hari last baik tak payah cuti sebab kau perlu datang hospital juga untuk selesaikan urusan tamat posting dan urusan lapor diri di department yang baru. Apa aku buat? Cadangnya nak ke KL lantaran ada urusan sedikit. Malangnya urusan tidak jadi dan terpaksa diganti dengan acara lain. Cuti dihabiskan dengan jalan-jalan, rehat-rehat, makan-makan, membeli-belah bersama keluarga dan insan tersayang. Cuti 3 hari tidak sempat nak pergi jauh. Namun, sempat jugalah kami berbabeku di pantai ketika cuti ini, walaupun masih lagi monsun dan pantai tidak berapa nak cantik lagi.

Sempat juga kenal seorang mat saleh dari Toronto yang kerjanya merantau sepanjang 12 tahun ini di sekitar asia dan terbaru, menyewa sebuah chalet selama setahun di Sri Permai Resort di Kandis, Bachok, tempat kami berpiknik itu. RM1500 sebulan beb! Seorang yang peramah, yang suka dengan keramahan dan senyuman rakyat tempatan yang tidak plastik. Percaya kepada kekuatan minda manusia, Mike, duda Canada ini bercita-cita untuk menyediakan khidmat hypnotherapist, suatu masa nanti. Hypnotherapy, dalam bahasa mudahnya, rawatan pukau!

NOTA KAKI
SATU
Kebetulan, hari ni, hari jadi aku. Buka-buka facebook nak tengok ada ucapan atau tidak.
"Tak ada orang ucap pun selamat hari jadi kat facebook ni ha", kata aku.
"A'ah la. Birthday dia. Selamat hari jadi.ehe", kata buah hati aku.heh!

DUA
Sempat juga aku lamar bini nombor dua, ketika cuti 3 hari ini. Akan kuceritakan, nanti, bila dah jadi. Tungguuuuuuuu.

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

3 comments:

Anonymous said...

woaa..hebat mat pih..kironyo cuti xtra x habis kt h.o leh sambung time m.o nati la deh ??

wow ?? no.2 ????

Anonymous said...

haha bini no duo ko vrooom vrooommmm???hahaa

Mohafiz MH, M.D. said...

Noni 1,
begitulah mengikut kata orang..cuti tak habis boleh guna bila end of housemanship nanti..kalau tak guna pun dia akan forward sampai pencen.heh

Noni 2,
tungguuuuu..haha