Tragis

Selasa, 17 April 2012

Hari itu masih lagi panas walaupun sudah menjelang petang. Matahari terik menghitamkan lagi lengan Udin yang sudah sedia hitam. Mujurlah helmet fullface yang Udin pakai visornya gelap. Tidaklah sinar matahari dapat menyepetkan lagi mata Udin.  

Jalan itu jalan sehala - 3 lorong,  agak lengang. Ada sebuah van di lorong tengah, warna putih seingat Udin, yang amat perlahan, sama-sama menuju ke arah lampu isyarat - van di depan, Udin di belakang. Udin di lorong kiri. Di depan ada simpang, lampu isyarat sudah kuning. Van itu masih perlahan. Ya lah, ia sudah di depan, cukup hampir dengan simpang. Mesti ia sempat lepas, walaupun perlahan.  

"Lampu kuning, van lorong tengah, tak ada signal ke kiri. Selamat ni", detik otak Udin, seraya terus memecut motosikalnya, di lorong kiri itu.  

Tiba-tiba van itu membelok.  

"Gedegang!!!"  

Udin tidak tahu apa yang berlanggar. Yang Udin ingat dia sudah melambung di udara.  

"Gedebab!Kelekukk!"  

Kepala Udin yang masih berhelmet menghentak tar, bersama badannya.

Udin terpinga-pinga. Dari meniarap Udin melentangkan badan. Udin cuba untuk bangun, namun terasa sungguh lemah sekali batang tubuh. Udin matikan hajat murninya dan teruskan sahaja terlentang di atas jalan.

Udin dapat lihat langit biru. Suasana kedengaran hingar. Macam-macam bermain dalam kepala Udin - tiada apa-apakah aku ini, amalan tidak cukup lagi. Anak umur baru dua bulan, minggu depan baru dapat bersua dengan anak bini. Kalau jadi apa-apa siapa nak jaga depa. Terukkah motosikal aku. Mana nak baiki. Macam mana nak kerja malam ini. Kalau tak kerja siapa nak ganti. Cuti pula dah nak habis.  

Udin pejamkan mata..  

"Moto, moto. Angkat moto dulu.", itulah ayat terakhir yang Udin dengar sebelum dia dipapah ke tepi jalan.  

Van tadi sudah tidak kelihatan..

Tragis 1

Suka entri ini? Kliklah mana-mana butang di bawah untuk kongsi dengan rakan yang lain pula.heh!

2 comments:

jenanese said...

cilakak punya van..jenis tak pegi sekolah..

es

Mohafiz MH, M.D. said...

banyak van van dan kereta kereta kat kelantan ni yg nak disekolahkan jib..tak penah pandai kasi signal