Nikah

Cadangnya aku nak nikah 08.08.8.08. Tarikh cantik, senang nak ingat. Sayangnya tarikh tu tak cukup fleksibel untuk kami, saudara mara dan tuk kadi, mungkin. Kalau aku jadi nikah tarikh tu, mungkin hantaran pun jadi RM8,888.88. Silap-silap RM88,888,88. Peh!

Kalau bakal isteri kau orang Kelantan atau Terengganu, duit tu tak jadi hantaran, tapi jadi mas kahwin. Imam yang nikahkan kau kena sebut dalam akad nikah, "Aku nikahkan si anu dengan si anu dengan mas kahwinnya lapan ribu lapan ratus lapan puluh lapan ringgit lapan puluh lapan sen, tunai".

Mujurlah semasa jawab kau tak perlu sebut balik jumlah tu. Cukup sekadar "Gua terima nikahnya dengan mas kahwinnya sebanyak yang tersebut". Di Kelantanlah. Di sesetengah tempat, kau kena jawab balik, "Gua terima nikahnya dengan mas kahwinnya lapan ribu lapan ratus lapan puluh lapan ringgit lapan puluh lapan sen tunai".

Kau dah guna 5 saat extra untuk sebut jumlah duit tu. 5 saat masa akad nikah ni, samalah dengan 5 jam waktu-waktu biasa. Betul, aku tak tipu. Tu kalau kau sebut sekali nafas. Kalau kau jenis yang gemuruh, macam aku? Kalau saksi-saksi nikah tu jenis nak tunjuk otai, sebut tak jelas sikit je dia dah suruh ulang? Berpeluh kau.

Esok, akan diadakan satu majlis akad nikah buat kedua kalinya bagi pelajar-pelajar Malaysia, di Volgograd yang kononnya bumi pahlawan ini. Bermakna esok akan bertambah 1 lagi pasangan pelajar Malaysia di sini, menjadikan jumlah keseluruhannya 4 pasangan. Alhamdulillah. Biznillah.

Dari segi proses, nikah ni benda yang mudah, dari segi proses. Tak percaya kau tanya ustaz-ustaz. Malangnya sesetengah orang kita yang membuatkan ia jadi susah dan nampak susah. Aku harap nikah dijadikan budaya di Volgograd ni. Jiwa tenang, hidup jadi seronok,heh!

::NOTA KAKI::
Tahniah diucapkan kepada Syafiq Rosli dan Mazidah. Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga semuanya diberkati. Semoga kita menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah. Semoga berkekalan hingga ke akhirnya.

2 comments:

Anonymous said...

rasa nak kahwin jugak je bile bace blog ko nih.. ni rasa nak merantau ni..bleh kawin..hihi.. parents and orang2 malaysia musti menganggap semua ni perkara berat and complicated..sebabnya majlis kenduri kendara, adat, budaya and masalah kewangan..

Mohafiz MH, M.D. said...

hm..merantau untuk kahwin?eheh.

iA kalau ada masa nak tulis lagi pasal kawin ni, dengan bahasa yang lebih skema.heh!