Lu Join Lu Rock!

KhatNak tulisan khat macam diatas? Nama siapa kau nak tulis dan warna apa kau nak kita boleh kowtim. Klik saja di sini.

Jumaat? 13?

Orang putih kata hari Jumaat dan 13 dua-dua pembawa malang.

Gila apa. Mana ada benda atau makhluk yang boleh tentukan qada dan qadar kau. Mana ada makhluk atau benda yang lebih berkuasa dari Allah, yang maha perkasa.

Takutkan nombor 13 dipanggil triskaidekaphobia. Sukakan nombor 13, macam aku ni dipanggil triskaidekaphilia, mungkin.

Jumaat pula hari yang mulia dalam Islam. Kelantan cuti hari Jumaat. Itu aku suka.

Pelajar terbaik SPM 2008 anak nelayan, Nik Normadiha, pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, dibawah Yayasan Islam Kelantan.

Takutkan Kelantan dipanggil Kelantanophobia, mungkin.

Buah Hati

Lahir di Malaysia, menetap di Oxford, UK. Bertolak ke Rusia hujung Februari lalu. Akhirnya sampai juga si dia setelah 3 minggu aku menunggu. Syukurlah semuanya selamat.

Bakal-bakal DoktorNamanya dalam surat beranak Canon Powershot A560. Aku gelar dia 'The Memory Keeper', sesuai dengan tugas yang bakal dilaksanakan.

SerabaiGambar-gambar di atas aku dah kecilkan, jadi kurang 100kb setiap satu, supaya kos untuk melihatnya kurang 1 Ruble. eheh.

Aku dah semakin serabai. Dah nak kena gunting rambut nampaknya.

Terasa

Maulidurrasul tiap tahun disambut, tapi sunnahnya dirasa tidak releven, hukum Islam tak nak diikut. Nauzubillah..

Permata (Untuk Isteriku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

-lagu nyanyian Kopratasa

::NOTA KAKI::8 Mac = Hari Wanita. Semalam cuti, hari ni cuti, esok cuti. Selamat Hari Wanita diucapkan kepada kaum Hawa di seluruh dunia.

Russian Winter - Jarang Dapat Kita Lihat



Semalam, 3 Mac. Kalau ikut kalendar sepatutnya sudah masuk musim bunga. Tapi siapalah kita untuk menetapkannya. Salji turun dengan lebat. Jalan jadi beku, kereta tak dapat nak bergerak. Jalan jadi sesak.

Aku kata, kita orang tolong juga, tolak kereta yang sangkut tu. Ada orang kata, kereta tu tayar Dunlop pun tak lekat, takkan tapak kasut kau boleh lekat, nak tolak kereta tu.

Cis! Mestilah jauh beza manusia, ciptaan maha Pencipta, dengan kereta, yang dicipta manusia.

Aku tak pandai nak berdebat. Kalau cakap banyak nanti, takut tangan yang naik. Apa kata kau tengok sendiri video tu.

Apa pun, peristiwa tu menarik, jarang dapat kita lihat.

::NOTA KAKI::Baru aku sedar, badanku semakin memberat, perutku semakin sihat dan sendi-sendiku semakin berkarat. Heh!

Pernikahan Kami Ibrah Buat Kamu



Video ini dibuat semasa pernikahan Syafiq minggu lepas. Hujung-hujung video ni kau akan nampak seorang lelaki yang mungkin kau cam, berbaju hijau, di sebelah awek cun yang mengurat aku dahulu, juga berbaju hijau. Aku lah tu, heh!

Banyak lagi yang aku mengarut sebenarnya, tapi telah disunting oleh penerbit. Mungkin sebab penggunaan bahasa yang terlalu tinggi point-point aku berterabur sehingga aku sendiri pun tak faham. Entah kenapa, idea-idea aku pada masa tu terhenti-henti dan perkataan aku keluar tanpa sususan. Aku gemuruh, sungguh!

Soalan yang ditanya : tanggungjawab seorang suami dan cabaran kahwin awal. InsyaAllah, ada masa aku tulis balik apa yang aku nak cakap sebenarnya. Video di atas ada bahagian kedua. Kau boleh layan di sini.

::NOTA KAKI:: Aku ingat aku nak kurangkan gelak. Nampak gedik. Kenapalah tak ada orang sound. Cis!