Di Sini Aku,Aku Disini

Hmm..post terahkir bertarikh 20hb.Hari ini 25.Makna sudah lebih sebulan tidak update.Menurut kata Sinaganaga,blogger tersohor itu,membiarkan blog tanpa update adalah trend terkini.heh!

Peta ke rumah Matpih
Rumah baru kami masih tiada internet,telefon dan siaran televisyen.Senang sahaja nak ke rumah kami.

Kimi : Weh,camne nak gi rumah Matpih aa??
Adib : Kau naik mashrutka no.18,kau akan lalu Ibiza,kelab malam tu,kemudian kau akan nampak satu gereja,ortodoks.Sebelum sampai gereja tu mashrutka akan pusing ke kiri,kau minta berhenti dekat Pyateroshka,kedai tu.Bila kau turun,kau akan nampak satu jalan di sebelah kanan.Ikut jalan tu,rumah Matpih depan taman permainan.
Kimi : Ala..susah la
Adib : Ish,kredit internet aku pun dah habis.Kalau tak boleh aku send map yang aku lukis.

Rumah baru kami agak damai..

Monyet Memang Suka Bergayut-2-

Jenguk blog Awe,ada anak ayam.Jenguk blog Fadly,ada harimau siberia.Blog aku pula ada monyet.Tapi bukan kepunyaan aku lah.Itu monyet Amerika dan sekutunya yang punya.

Bagus monyet ni.Kau boleh suruh dia melompat dan bergayut.Cuma klik sahaja pada dahan itu,nescaya ia akan melompat dengan seronoknya.Kau juga boleh bagi ia makan.kau klik pada butang 'more' itu,ambil pisang dan lontarkan sahaja kemana kau suka.Nescaya ia akan capai dan makan dengan lahapnya.

Sebagai langkah pertama dalam kedudukan baru pentadbiran Bush, Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice, kelmarin berkata dia akan meminta Kongres menyalurkan semula bantuan sedia ada bernilai AS$86 juta (RM292.4 juta) untuk kerajaan dibentuk Mahmoud itu. baca lagi..

UwaPp!!Sedapnya pisang.

Ragbi

JENAN COUGARS-SBP 10s 2002
Ragbi dikatakan "a fast-paced, evergrowing game". Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.

Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.

Ya,itu ragbi..

Dalam ragbi ada banyak jenis pemain-Ada yang agak laju,tapi tak berapa gagah.Ada yang sangat gagah,tapi tak berapa laju.Ada juga yang laju,gagah dan pandai sambut bola.Ada ragbi 7 sebelah,10 sebelah dan 15 sebelah.Kecil-kecil dulu aku main ragbi sentuh.Seronok,lari bawa bola,cuba menyelit.Kalau kena sentuh,mati.Masuk Jenan aku main ragbi yang rempuh-rempuh tu.Lagi seronok..Rindu rasanya nak main lagi.

Eh,jangan silap,ragbi dengan American Football lain..Main tu kau boleh passing bola ke depan,boleh jaga ayam.Main ragbi kau hanya boleh passing ke belakang.Walaupun kau laju ke depan,kau kena ingat orang di belakang.

Ya,itu ragbi..Rindu rasanya nak main lagi.

Tak Salah...

Tak salah puji diri,jika betul-betul berkemampuan.Tak salah nak jadi pemimpin,kalau mahu menjalankan keadilan dan hukum syara'.Tak percaya?rujuk tafsir surah Yusuf pimpinan Ar-Rahman bersama nota kakinya:

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَآئِنِ الأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ


Yusuf berkata, “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya (Yusuf:55)

*Ayat ini menjadi dalil tentang harusnya seseorang itu memuji dirinya secara benar untuk mengenalkan dirinya bagi orang-orang yang belum mengenalnya; dan juga tentang harusnya meminta sesuatu jawatan memerintah, jika orang itu sanggup menjalankan keadilan dan hokum-hukum syara'.

Aku Lukis Malaysia

Semalam aku chat dengan Najib,dia suruh aku lukis..Aku lukis semula di kelas cikgu blonde itu,aku paparkan di blog ini.

Malaysiaku Yang TercintaKata Najib ini fenomena di Malaysia sekarang.Segenap lapisan masyarakat seronok berfanstasia.Sampai ada menteri bangkitkan isu pelajar AF tersingkir di parlimen..AKU GELENG KEPALA..pening.

Pssstt..Hari ini hari kanak-kanak sedunia.Lindungi anak-anak kita.

Kata Yang Ditunggu-tunggu

Bakal bapa yang menunggu kelahiran anak pertama di ruang menunggu hospital – Encik dapat anak lelaki.
Seorang ibu pada Ahad kedua setiap Mei – Selamat hari ibu mommy.
Pemuda yang baru selesai akad nikah – Sah!
Pemudi yang hanya makan sebiji epal setiap hari selama sebulan – Eh,awak dah kuruslah.
Peserta ‘Who Wants To Be A Millionaire’ – Tahniah!Anda baru sahaja memenangi wang sebanyak RM8 juta.

♥Aku,selepas lebih 3 jam di kelas bahasa Rusia cikgu berambut blonde itu – Все,Вы свободны.Урок закончилься. (Kelas dah habis,awak semua boleh blah).
Semacam suatu kelegaan yang amat bagi aku bila kata-kata itu diucapkan.

KUCABARA
Esok ada barbeku anjuran UMNO Volgograd di pinggiran Sungai Volga."Pih,kau tak pergi kan?",tanya Chris

......sengih......
Aku dah agak dah.Kau anti UMNO kan..
Takdelah sampai anti.Cuma kurang minat je....sengih lagi......

Budu

Bosan.Belek kamus.Jumpa peribahasa tentang budu:
'Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu.'
Takrif:Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu. budu = pekasam ikan kecil-kecil.

KUCABARA
Lama sudah tidak makan budu.Mungkinkah sebab itu kapasiti otakku semakin berkurang?Oh budu..Aku merinduimu.