Aku Terima Nikahnya






Akhirnya pada 10.8.2008 selamatlah disatukan dua hamba Allah ini..
Alhamdulillah..




Gambar-gambar lain boleh didapati di sini

Hikayat Seorang Aku 1

Ada orang panggil aku Apih
Ada orang panggil aku Judin atau Din
Ada orang panggil aku Matpih
Ada orang panggil aku Hafiz

Nama aku Mohd Hafizuddin Bin Husin Bin Idris

Ada juga yang panggil aku orang besi, tapi itu dulu.

Sekarang orang kata darah aku tengah manis. Sebab itu lah. Nyamuk-nyamuk semakin banyak. Hinggap. Ingin menghisap. Darahku. Yang orang kata. Tengah manis ini.

Perihal Iklan dan Hijab

Sepanjang aku berada di Kelantan, tanah tumpah darahku, ada sesuatu yang menarik perhatian.

Ya, iklan-iklan, yang memaparkan wanita di dalamnya, semua berhijab.(kecuali tuanku permaisuri yang mungkin belum mendapat seru)

Alangkah indahnya...

Tak Faham-faham

3 tahun dulu. Aku balik ke Malaysia. Orang tanya. Awak belajar di mana. Aku kata di Russia. Tanya lagi .Di Ukraine kah. Aku kata Russialah.

Hari ini. 3 tahun berlalu. Aku balik ke Malaysia, lagi sekali. Orang tanya lagi. Awak belajar di mana. Aku kata di Russia,lagi. Tanya lagi. Di Ukraine kah. Aku kata Russialah, sekali lagi.

Susah rasanya nak faham, bahawa Russia dan Ukraine, sekarang ini, adalah dua entiti yang berlainan.

Yang Mana Satu?

Musim panas di Russia.Sungguh panas.

S kata dia mangsa liwat.A yang bertanggungjawab.
A kata dia tidak liwat.N yang kena jawab.

Aib sama dibuka.
Tuduh sama menuduh, surat khabar laku jua.

M kata jangan berbalah.Buat saja mubahalah.(?)
Suruh saja bersumpah.Minta laknat siapa yang salah.

Memang Islam ada segala penyelesaian.Segalanya boleh diselesaikan.
Tapi kau boleh tengok sendiri.Sejauh mana Islam itu dihayati.Di negara kau sendiri.

Sungguh panas.Musim panas di Russia.

psssttt..lusa aku balik ke Malaysia, adakah mungkin panasnya serupa?

Mohor Besar Raja-Raja

Salam..kepada jenanian(havoc993)

Kalau kalian ada mendengar khabar angin ada orang nak bernikah dalam masa terdekat ini,sukanya dimaklumkan bahawa berita yang dibawa angin yang bertiup itu tidak dapat diragui kebenarannya..InsyaAllah, jika diizinkan Allah Ogos 2008 ini ayahanda aku akan dapat menantu.

Majlis dan keraian insyaAllah mungkin akan diadakan selepas aku tamat pengajian 2010 nanti.

Maaf sekiranya aku ada membuat silap,sama ada sengaja atau tidak.Aku akui,aku hanya insan yang lemah.Kita merancang,Allah juga merancang..dan tentunya rancanganNYA lagi besar.Semoga semuanya diberkati dan diredhai Allah...Biznillah

p/s: Bulan 8 ni ada gak majlis kesyukuran sket kat rumah aku..yang dekat2 kalau boleh datang,datanglah,dialu2kan..cuma harap cakap awal2 k..nak budget ketumbukan =)..Majlis kecik2 je.Maklumlah student.ehe..Email aku mr_dreizehn@yahoo.com atau contact 019-9518527 atau mention kat ruangan komen di bawah..Peta Rumah Aku

Peta Rumah Aku

(PEMBETULAN : bukan JALAN PASIR PUTEH,tapi JALAN KUALA KRAI..maaf atas segala kesulitan)

Assalamualaikum warahmatullah..

Jika ada rezeki, umur yang panjang insyaAllah Ogos ini akan diadakan kenduri di rumah aku di Kota Bharu. Kenduri kesyukuran ayah aku nak dapat menantu.

Click For Larger View*untuk imej yg lebih besar, klik sini
*di mana Kota Jelasin ni? klik sini
*boleh juga klik imej untuk besarkan ia

Senang sahaja nak ke rumah aku :

Untuk kenderaan ber'cc' besar, sila ikut warna biru

Bagi kenderaan ber'cc' kecil atau tak ada cc, boleh ikut yang mana-mana satu

Alamat rumah aku lot 2264, Kg Kota Jelasin, 15100 Kota Bharu
Tapi kalau tanya, posmen pun tak tahu
Depa bukan pernah sampai ke rumah aku

Baik tanya mana rumah Pakcik Usin Pertahanan Awam Drebar Bas, kot-kot ada orang tahu
Lagi baik kalau nanti kalian helo aku 09-7486586 @ 017-9240609