21 Ogos atau 27 Rejab??

Hari ni 21 Ogos..apa istimewanya hari ni?hm..Siti kahwin eh?mungkin ramai yang tahu tentang perkahwinan artis popular tanah air tu..tak kisahlah dengan Siti tu..biarkan si Luncai tenggelam bersama labu2nya..siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong bolehkah jadi menteri?(dua ayat terakhir tu tiada kena mengena dengan post..saje melalut.eheh).Kepada Siti Nurhaliza Binti Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa,tahniah diucapkan..semoga perkahwinan kekal ke anak cucu dan bahagia di dunia dan akhirat.

Hari ni jugak 27 Rejab..apa istimewanya 27 Rejab?mungkin ramai juga yang tahu..hari ini ialah Hari Isra’ Mikraj..hari Rasulullah dinaikkan kelangit untuk menerima ibadah solat..banyak pandapat sebenarnya bila peristiwa bersejarah ni berlaku.Yang penting Isra’ dan Mikraj benar2 berlaku dan kita yang mengaku diri seorang Muslim wajib menunaikan solat 5 waktu sehari semalam..sebenarnya Allah memerintahkan 50 waktu..tetapi semasa di langit ke-7 nabi Musa menasihati Rasululah supaya minta dikurangkan..so dari 50 waktu berkuranglah jadi 10,dan akhirnya tinggal 5 sahaja..sampaikan Rasulullah berasa malu..nabi Musa sebenarnya bimbang kita tidak mampu..

Banyak cerita yang menarik tentang Isra’ Mikraj ni sebenarnya..aku tak nak copy paste kat sini,sebab aku tahu,kalau nampak panjang sket je orang tak minat sangat nak baca..tetapi jika ada kawan2 yang berminat nak tahu tentang Isra’ Mikraj bolehlah klik di sini..tak panjang sangat pun..berita tentang perkahwinan Siti lagi panjang aku rasa..apa salahnya luangkan masa sekejap..peace..

Dua,Tiga,Empat atau Satu..

Makam Sultan Abu BakarTerkenang aku semasa di Mesir winter dahulu.Sesampainya di kubu Salahuddin Al-Ayubi atau lebih dikenali Saladin oleh orang barat itu kami dihampiri oleh seorang lelaki tempatan yang konon2nya pemandu pelancong.

Kade2 gini la kijo aku din..aku bayar pak arab pahtu aku biar la pelancong jale nga dia..senang kijo..lepas sejam dua aku mari ambik la,”bisik kawan lamaku Majdi yang sekarang tinggal di Mesir..sambil belajar dia buat bisnes,Kadang2 dia jadi pemandu pelancong..aku hanya tersenyum..

Banyak cerita kami tahu tentang kubu tersebut..banyak juga tinggalan sejarah yang kami lawati..Akhirnya kami melepaskan penat Masjid Sultan Abu Bakar..kami bersila dalam bulatan seperti nak makan nasi usrah wida’ di sekolah dulu..dan pemandu pelancong tersebut memulakan cerita..

There are 365 lamps in this mosque and each one of them is dedicated tu 365 wives of Sultan Abu Bakar”..

“Macam tu rupanya..padanlah banyak sangat lampu..camne la raja ni boleh kahwin sampai 365 orang..macam mana la dia nak handle..”bunyi otak aku..

Here in Egypt, to marry someone a man must pay for dowry.And not many man can afford it..How about in Malaysia?”,

We must pay dowry too..but it’s not very expensive”,jawab seorang kawan..

Sometimes a man marries more than 1 woman,2,3 and even 4.”,celah seorang lagi kawan.

But we as muslims aren’t allowed to right?”tiba2 pemandu pelancong bertanya dan terus dijawab oleh seorang lagi kawan,”Of cause we can..Allah says in surah An-Nisa’ that….”

Sebelum sempat kawan itu menghabiskan ayat percakapannya dipotong oleh si pemandu pelancong,”Look my friends..a Christian can only marry 1 person and isn’t allowed to divorce..A Jew can marry,and can divorce..(maafkan kalau aku tersilap..aku pun ingat2 lupa..jangan pakai la apa yang aku tulis tu.eheh)..and how about a Muslim?Allah is very wise my friends..He says that you can marry 2,3,and 4 person..but if you afraid that you can’t be fair,you must marry only 1..you see?Allah grants us something with one hand,and He takes it back with the other hand..because we know that human can never be fair..So we should marry only one 1..”
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ
لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ
تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ
تَعُولُواْ

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil
terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain):
Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di
antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah
lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(An-Nisa:3)

Semestinya itu hanya pendapat pemandu pelancong tersebut..umat Islam memang dibenarkan kahwin melebihi 1..tapi kata2 pemandu pelancong tu ada benarnya..manusia tak kan berlaku adil..hm..rasanya aku nanti kahwin 1 je kot..Rasulullah pun tak kahwin dengan sesiapa semasa hayat Siti Khadijah..setelah Siti Khadijah wafat barulah Rasulullah mengahwini Sawdah Binti Zam’ah..konon2nya aku nak ikut sunnah la..tu pun kalau ada jodoh..eheh

Kenapa tiba2 aku bercerita tentang kahwin ni?dah kemaruk ke?hm..tak kot..Cuma sejak kebelakangan ni aku dilanda mood jiwang..mungkin sebab tinggal sorang2 di sini kot..sebab kerinduan insan tersayang ke?Ke sebab sekarang ni tengah hangat tentang Siti Nurhaliza nak kawen dengan datuk K?heh..entahlah..tapi yang pastinya cuti hampir habis dan tak lama lagi aku harus kembali menempuh hidup seperti biasa di bumi Russia ini (+_+)

Pih..kenapa tak balik Malaysia??

Hm..mungkin kata2 Imam Syafie ini adalah jawapan yang paling sesuai:

Yang berilmu dan berbudaya hidupnya tidak hanya satu
tempat.Suatu kedamaian baginya meninggalkan negara dan mengembara.Oleh itu
mengembaralah engkau nescaya dapat ganti yang ditinggalkan.Dan bekerja
keraslah,kerana nikmat hidup dikecapi mereka yang bekerja keras.Aku melihat air
yang bertakung sebagai rosak,sekiranya ia mengalir akan jernih.Sekiranya ia
bertakung akan rosak.Seketul bijih ditempatnya bagaikan seketul tanah.Gaharu di
tempatnya hanyalah sebatang kayu api.Sekiranya ia meninggalkan tempatnya
kedudukannya begitu tinggi dan mulia bagaikan seketul emas.

Sebab2 lain:
1)Duit habis pergi Europe.
2)Sebab aku dah cakap tak nak balik..benda yang tak pasti jangan cakap berapi dulu..lagipun kata itu kota..
3)Nak tengok,betul ke tak best sangat di Russia masa summer?
4)Sapa nak jaga kucing2 tu?ikan2 yang 3 ekor tu lagi?
5)Tiada lagi kata2 ayah ngah,"tak kan tiap2 tahun balik kot?"
6)Kalau balik pun takde benda nak buat jugak.Member semua busy..yang bes kat malaysia boleh makan sedap..dapat jumpa family.

The Last Templars

hm..time lepak2 ni tiba2 teringat lak aku suatu ketika..waktu tengah lepak di hostel funky,granada,spain..waktu tu kitorang dah check out..tapi disebabkan pemilik hostel tu selamber,dia kasi kitorang lepak lagi..kat roof cafe hostel dia..ada la 4-5 orang lepak kat situ..aku,ahmad,blue n sorang budak UK ni.man..che din pulak terpaksa masak burger untuk buat bekal kat dapur..kat situ jugak ada sorang minah saleh..cun..dari ukraine tapi tinggal di London..tengah baca buku..

Nak dijadikan cerita..si man ni pun tanya la minah ni.."buku apa awak baca tu?".."The Last Templar".jawab minah tu.."pasal apa?",tanya si man balik".."kamu tahu Da Vinci Code kan?ni ada kaitan ngan novel tu la lebih kurang..pasal the templar..orang yang lindungi Holy Grail..awak pernah tengok da vinci code?",terang minah tu kemudian bertanya pada man.."hm..tak..tapi saya baca buku dia sket2..citer a apa yang awak tahu"..lalu minah ni pun bercerita la..

"the templar ni sebenarnya adalah satu kumpulan atau pertubuhan..yang melidungi Holy Grail..holy grail ni lebih kurang harta karun la..(mengikut yang aku baca,Holy grail ni mangkuk yang ada darah Jesus,Christ's blood)..so pertubuhan ni nak lindungi dari orang lain..templar ni wujud selepas Jesus kena salib lagi dan berantaian hingga sekarang..ada orang kata kebanyakan orang besar2 tu adalah templar..leornardo da vinci pun salah seorang templar pada zaman dia..tapi dalam buku ni cakap,Holy Grail dan Christ's Blood tu bukan harta,dan the templar bukan lindungi benda ni dari orang ramai,tapi daripada pihak gereja..sebelum Jesus disalib ,dia ada zuriat dengan perempuan ni.(aku lupa nama dia)..so ada la orang yang ada darah Jesus yang diwarisi..ini lah Holy Grail sebenarnya..jadi kenapa lak templar nak lindungi dari gereja?..sebab kan orang kristian percaya yang Nabi Isa itu tuhan..so dia takde la zuriat..kalau ada zuriat maknanya dia manusia biasa..dan kalau orang ramai tahu pasal fakta ni gereja akan mengalami kerugian yang besar..tiada orang lagi akan ke gereja..takkan ada lagi orang yang kasi harta kepada gereja..macam tu la lebih kurang..",dengan panjang lebarnya minah ukraine tu bercerita..aku dengar je.."kalo la English aku macam dia",detik hati ku.

"So,what do you think?",soal si man ni..
"hm..entah la..saya bukan orang yang kuat agama sangat..tapi selepas baca semua ni saya tak tahu nak cakap"
"tapi tu novel je kan?",soal seorang minah ni..lupa pula nak cerita.kat situ ada gak seorang minah dari hongkong..dia macam kuat sket kristian dia..tak nak terima kenyataan..lalu minah ukraine jawab.."ye saya tahu..tapi selepas baca buku2 ni,saya berminat ke arah benda2 fakta..saya cari fakta..dari novel saya beralih ke sumber yang lebih ilmiah..dan baru2 ni dalam National geographic diorang jumpa gospel di sinai,Mesir..dan mengikut kajian juga,banyak kitab2,gospel,terutamanya yang menceritakan tentang perkara ni,dihapuskan..demi kepentingan pihak gereja.."

.......senyap seketika......

Aku pun mencelah,tapi cakap kat man je la.."kita percaya je yang Jesus tu manusia biasa,cuma seorang nabi,dan dia tak disalib sebaliknya diangkat ke langit.."
melihatkan minah ukraine tu terkebil-kebil,man pun translate la apa yang aku cakap tadi..aku nak cakap sendiri segan.eheh

Jadi kesimpulannya di sini..orang kristian pun semakin lama semakin tahu yang agama diorang tak betul,banyak penyelewengan..lebih2 lagi selepas peristiwa 11 September orang bukan Islam mula membaca tentang Islam,ingin tahu tentang Islam..dan tak dinafikan ramai antara mereka mula masuk Islam..Alhamdulillah..kerana hanya Islam agama disisi Allah.kebenaran akan terserlah..tapi aku tak faham..dalam masa orang bukan islam mulai sedar,orang Islam pula sedang kecoh nak keluar agama..nak masuk kristian..nak murtad..seperti yang berlaku di Malaysia sekarang..adakah mereka bodoh?mak bapak tak ajar?atau hidayah Allah pada diorang mulai hilang kerana banyak sangat ronggeng tengah malam,kepit betina jalang,tunggang air kencing setan?entah la..aku pun tak faham..peace...

Rosija o Rosija

Jumaat..Jumat memang selalu panas..

babak 1 - dalam mashrut

mana la driver mashrut ni..tak nak gerak lagi ke..ketiak gua dah berpeluh ni..orang pun dah ramai..ada orang india sorang,arab 2-3 orang..baru balik masjid aku jugak kot..cina pun ada..tapi sah bukan muslim ni..pelik je pakaian..hm..ada awek rupanya kat depan aku ni..orang russia kot..pakai skaf ni..ooo baru balik masjid gak kot..tadi macam ada kat masjid..aik?napa skaf dia tak tutup abes eh?baju ketat..skirt..labuh skirt tu..tapi nampak kaki tu..bukan aurat ke?hm..jalan pun mashrut ni..eh,minah ni bukak pulak tudung dia..

babak 2 - depan u

hm..harap2 si Larisa ni ada..eh,napa guard ni tahan aku pulak..aku ada student card apa..oo..tak nak kasi aku naik..takde orang katanya..tapi takle ke cakap baik2?celaka punya pak guard..padan a jadi guard je..budi bahasa takde..nak je aku maki..tapi dia bukan faham pun..takpe la..aku orang asing..lain kali la aku datang balik

babak 3 - dalam bas

nasib tak ramai orang tengah hari ni..boleh aku duduk..mujur jugak ada pas bas..kalau tak melayang lagi 6 ruble..eh,apsal lak kecoh2 kat belakang tu?oo..pakcik tu tak nak bayar tambang ke..konduktor tu dah halau dah..turun je la pakcik..try rezeki kat bas lain pula..tak pun jalan je..la..tak nak blah ke..dah kecoh sangat dah ni..ha,turun pun..ish,dia maki makcik konduktor tu pula..idiot,sabaka,suka, semua ada..eh,ramai pula backup makcik konduktor ni